Nampaknya Robert Kuok masih kekal sebagai orang terkaya di negara kita dengan kekayaan bernilai AS$12.5 bilion...
Menurut senarai terkini orang
terkaya Forbes.. di tangga kedua selepas Robert Kuok ialah Ananda Krishnan yang mempunyai kekayaan bernilai AS$11.7 bilion berbanding AS$9.9 bilion pada tahun lepas.. Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah
penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan
penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan
persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul AS$1.5 bilion dalam proses
ini.
Kepulangan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam ke Malaysia boleh dikira sebagai "bala" kepada Najib..
Pendedahan-demi pendedahan yang dilakukan oleh Bala sebelum ini tidak pernah disambut dengan berani oleh Najib Razak samada dengan membuat laporan polis mahupun menyaman beliau..
Najib ditimpa malang bertimpa-timpa menjelang Pilihanraya UMUM ke 13 yang tidak berapa minggu saja lagi.. Setelah dua kali dimalukan di Pulau Pinang apabila pertanyaan beliau "are you ready for BN" di jawab "No" oleh para hadirin sebanyak 3 kali dan dalam majlis yang sama juga Psy turut memalukan Najib apabila enggan bersama Najib untuk menggaul Yee Sang,membuatkan Najib ternanti-nanti dalam keadaan terpinga-pinga di atas pentas..
PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa
sebuah syarikat yang memperolehi kawasan pembalakan di Terengganu
dikehendaki memeterai perjanjian pembelian saham (Share Sale Agreement)
sebuah syarikat tidak aktif iaitu Berkat Seribumi Sdn Bhd.
Saham syarikat yang dipercayai bernilai RM2 itu dibeli dengan harga
tinggi yang tidak sepadan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak
mempunyai aktiviti perniagaan.
Bala bersumpah dengan kitab Hindu Bhagavad Gita sejurus tiba di KLIA
Kepulangan Penyiasat Persendirian P.Balasubaramaniam semalam 24 Februari
2013 setelah sekian lama berada di luar negara sangat dialu-alukan dan
merupakan saat terbaik sebelum rakyat berdepan dengan PRU 13 yang
sehingga sekarang masih belum diumumkan.
Azhar Sulaiman sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila beliau secara sedar mengakui beliau telah murtad.. dan beliau juga menyatakan hasrat untuk kembali kepada Islam.. sila baca [SINI] Ketika membuat pengakuan sudah murtad itu juga,Azhar Sulaiman juga mengakui beliau adalah ahli UMNO..
Mufti Perak,Harussani yang selama ini di kenali sebagai mufti yang kuat menyokong UMNO dan BN hari ini mengeluarkan kenyataan di dalam media perdana bahawa "Pas lebih teruk daripada kafir".
BN berada dalam keadaan sangat terdesak apabila cuba menjerat pengundi di Kelantan dengan sumpah menggunakan nama Allah bagi rakyat Kelantan yang mengambil wang BR1M supaya menyokong dan mengundi BN dalam PRU13 nanti..
Isu air di Selangor seringkali cuba di kelirukan oleh BN melalui media propaganda mereka,Utusan dan TV3.. Mereka cuba wujudkan keadaan mendesak akan keperluan projek kroni BN iaitu Langat dua yang memakan belanja hampir RM9 billion yang kosnya kelak akan diletakkan di bahu rakyat Selangor melalui tarif air yang tinggi...
Negara kita ini di perintah oleh BN selama 56 tahun.. bermakna,sekiranya kita lahir pada tahun 1957 umur kita kini sudah menjangkau 56 tahun dan selama 56 tahun itulah kita tidak pernah berpeluang melihat pentadbiran negara kita bertukar tangan... Maka dari situlah timbulnya kata-kata "tanpa BN negara tidak akan maju" juga timbulnya kata-kata "hanya BN mampu mentadbir Malaysia".. Dari umur 56 tahun pemerintahan BN itu jugalah maka wujudnya sikap angkuh dan bongkak pemimpin BN.. dan sikap ini dapat dilihat dalam diri Shahidan Kassim (Timbalan Pengerusi
BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Langkah Kerajaan Pusat menetapkan kadar
nisbah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada angka 53
peratus merupakan satu tindakan yang berani tetapi membahayakan ekonomi
negara, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, kadar nisbah tersebut tidak boleh melebihi pada kadar 53
peratus itu ditetapkan oleh Menteri Kabinet BN sendiri sekaligus
menunjukkan kerajaan sendiri menyedari kadar peningkatan hutang negara
yang semakin membimbangkan.
Semalam (Sabtu,9 February 2013) UMNO & BN telah menganjurkan siri ceramah "Kembara Anak Muda Sayangi Selangor" bertempat di seksyen 24 Shah Alam.. Aku sengaja datang ke ceramah tersebut lewat sikit.. kerana jika aku datang awal dan ambil gambar kerusi seperti yang blogger UMNO selalu buat tu,itu bagi aku tidak jujur dalam menyampaikan maklumat keadaan semasa.. Jadi aku sengaja datang sekitar pukul 10 malam.. dan seperti yang diduga,ceramah sedang berlangsung...
Sebelum Pilihanraya DUN Sarawak yang ke 10 berlangsung pada 16 April 2011 lalu.. Rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya telah dijanjikan oleh Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud bahawa beliau akan melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka selepas Pilihanraya DUN Sarawak di adakan..
KUALA LUMPUR 5 Feb: Pakatan Rakyat (Pakatan) dijangka memenangi 145
kerusi Parlimen berbanding hanya 77 kerusi oleh Barisan Nasional (BN)
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ramalan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar
Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak yang dirampas jawatannya
itu secara haram oleh BN.
Dalam minggu ini ramai yang akan terima wang BR1M... satu bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia untuk memancing undi sejak BN sedar bahawa mereka bukan lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia..
Selama 55 tahun dahulu BN tidak pernah memberikan bantuan seperti ini.. ini adalah kerana sebelum pilihanraya tahun 2008 BN kerap kali menang besar dalam pilihanraya.. dan ini menjadikan mereka melupakan rakyat dan merasa mereka sentiasa angkuh dan berasa berada ditahap yang selamat..