Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 13 December 2013

TG NIK AZIZ JUGA SANJUNG TINGGI AYATOLLAH KHOMEINI.


Sebuah keratan akhbar lama "DUNIA ISLAM" yang bertajuk "saya sanjung tinggi Ayatollah Khomeini" mula tersebarkan dalam media baru..




Penyokong UMNO menggunakan keratan akhbar lama ini sebagai bahan untuk menyerang TGNA dan melabel beliau sebagai penyokong Syiah sekaligus mereka mahu mengaitkan PAS dengan fahaman Syiah memandangkan politik tanahair kini tertumpu kepada tuduhan KDN terhadap Mat Sabu..

Apa yang penyokong UMNO tidak faham adalah,kekaguman dan sanjung tinggi ini hanyalah berkisar dalam ruang lingkup kebijaksanaan pemikiran pemimpin Iran tersebut dalam menggerakkan revolusi Iran dan bukannya kagum kerana menggerakkan syiah.. dua perkara yang berbeza,kena faham tu..

Jika kita baca dalam keratan akhbar itu ada tajuk kupasan dalam wawancara tersebut "mengapa pula tok guru ini menganggap kehebatan Khomeini bukan kerana syiah,tetapi kerana dia bijak"..
jelaslah disini,rasa kagum dan sanjung tinggi ni adalah berkenaan pemikiran membina negara,bukan kerana syiah..

Begitulah juga halnya dengan Mat Sabu..

Dalam isu Mat Sabu,ada orang yang mengatakan Mat Sabu ni kagum pada salah orang,namun jika yang demikian sekalipun,kita masih tak boleh untuk menghukum Mat Sabu tu sebagai syiah..

Tak salah untuk rasa kagum..
contohnya : kita benci amerika,tapi kita masih ada rasa kagum dengan kemajuan sistem pertahanan mereka,namun itu tidak bererti kita sokong Amerika menyerang negara-negara Islam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive