Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 27 December 2013

TARIF LETRIK NAIK : KARTUN KOSMO SINDIR KERAJAAN!!


Nampaknya cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk memberikan sumbangan sebanyak 30,000 buah set televisyen kepada 30,000 keluarga mangsa banjir baru-baru ini mendapat komen sinis dari akhbar Kosmo melalui ruangan kartun di akhbar berkenaan..

Namun sindiran itu lebih menjurus kepada kerajaan BN dan TNB yang bakal menaikkan kadar tarif letrik bermula awal tahun hadapan,sekaligus menambahkan lagi kos sara hidup rakyat yang kini sememangnya dalam kesempitan akibat dari perlbagai kenaikan harga barang keperluan lain sebelum ini..

Sindiran itu sangat jelas dari dialog kartun tersebut yang berbunyi..

"Bila barang elektrik bertambah,bil elektrik pun akan bertambah juga.. tarif letrik pula naik berkuat kuasa 1 januari 2014.."


Kenaikan demi kenaikan harga barang keperluan harian termasuklah tarif letrik ini sangat memberi kesan kepada rakyat tanpa mengira bangsa mahupun warna bendera parti..

semua rasa terbeban dengan kos sara hidup sekarang,cuma mungkin soalnya mahu mangaku terbeban atau tidak sahaja..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive