Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 10 December 2013

SEORANG BAPA BUNUH DIRI MINUM RACUN SELEPAS DIDENDA RM31,701


gambar hiasan
Seorang lelaki 45 tahun membunuh diri dengan meminum racun serangga selepas beberapa pegawai kerajaan datang ke rumahnya dan merampas bekalan makanan jagung miliknya sebanyak 3.5 tan pada hari selasa minggu lepas..


Itulah yang berlaku di Liang'erzhuang,utara wilayah hebei,China..
lelaki berkenaan meminum racun serangga tersebut di rumah seorang Ketua Komunis tempatan yang bernama Ai Liankun's (kira ketua cawangan UMNO le ni lebih kurang)..

Lelaki berkenaan,Ai Guangdong, telah pergi ke rumah Ketua Komunis tempatan pada hari rabu minggu lepas,sehari selepas bekalan makanan keluarga beliau dirampas,bagi membantah denda yang dikenakan ke atas keluarga beliau dan akhirnya beliau mengambil tindakan drastik dengan meminum racun serangga di rumah Ketua Komunis tempatan tersebut dan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan..

Ketua Komunis tempatan tersebut,Ai Laikun's menghilangkan diri selepas kematian Ai Guangdong..

Pegawai kerajaan merampas bekalan makanan tersebut ekoran kegagalan lelaki tersebut membayar denda sebanyak 60,000 yuan (RM31,701) kerana mempunyai 5 orang anak..
stok makanan sebanyak 3.5 tan itu merupakan stok setahun bagi keluarga tersebut sehingga musim menuai tahun hadapan..

Di negara China,polisi kerajaan pada tahun 1979, menetapkan pasangan di luar bandar hanya boleh memiliki anak kedua sekiranya anak pertama mereka ialah anak perempuan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive