Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 6 December 2013

PERWAKILAN UMNO: KERAJAAN JANGAN BAGI BR1M PADA PENYOKONG PR.


Datuk Mohd Shafie Abdullah
Pemimpin-pemimpin UMNO ni memang tak pernah nak jadi bijak ke ha..?
macam-macam idea yang ntah apa-apa di bawa masuk ke dalam Perhimpunan Agung UMNO..

Yang terbaru adalah dari calon BN Parlimen Wangsa Maju yang kalah PRU 13 hari tu,yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju iaitu
Datuk Mohd Shafie Abdullah,beliau telah mencadangkan agar dikaji pemberian BR1M supaya tidak diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat..




Beliau berkata perkara itu perlu dilakukan supaya ada keberkesanan pada undi ketika PRU14 nanti...

Aku tak tahu apa yang difikirkan dalam kepalanya,tapi itulah yang keluar dari mulut mamat ni...

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut.

"Sebagai contohnya bagi BR1M, berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun kita tapi bila bagi mereka ambil.

"Oleh itu saya harap kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan, supaya ada keberkesanan undi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," kata Mohd Shafei, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 lalu tetapi tewas.

Dalam pada itu, bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebut mendesak supaya kerajaan lebih memberi fokus kepada undi yang pasti, iaitu Bumiputera.

"Saya rasa kita mesti 'bet on sure things', bertaruh kepada yang pasti.
"Yang pastinya, yang kita nampak kali ini adalah undi Melayu, undi Bumiputera.

"Untuk meraih sokongan kepada yang pasti ini, strategi kita mesti ke arah undi Bumiputera dan Melayu ini," kata beliau lagi.

Selain itu, Mohd Shafei turut mahu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dikaji semula memandangkan strategi tersebut masih lagi gagal menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

"Kalau nak kata konsep dan cara kerja kita bawa ini baik, undi Cina menurun.
"'We need to stud our strategy again'. Benar 1Malaysia can diamalkan 'but we must also have carrot and stick'," tambah beliau lagi.

Beliau juga menggesa supaya kerjasama dikalangan parti komponen dalam BN diperkukuhkan dan menjadikan contoh permuafakatan dalam Umno sebagai rujukan.

"Kadangkala tengok jentera sesama kita saja. Sedangkan jentera dalam komponen tank pernah ambil berat.
"Benar, mereka adalah komponen tapi untuk menang, 'we are a group'. Parti komponen juga mesti bekerja seperti Umno, 'in areas with 50-55%' Melayu, jadi kita perlukan undi bukan Melayu. Oleh itu gerak kerja mesti melalui proses kerjasama," tegas beliau lagi.

Najib yang juga pengerusi BN sebaik berakhir PRU13 menyifatkan kemerosotan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh gabungan pemerintah tersebut berpunca daripada "Tsunami Cina", namun pengkritik dan penganalisis menolak hujah tersebut. (TMI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive