Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 4 December 2013

PEMUDA TERLANGGAR KERETA RASMI NAJIB.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    

Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
  
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
  
"Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
  
Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.
  
Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. - Bernama

2 comments:

  1. Sakai.. terundur je pun.. x yah nk cedera2 sangat lahh. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tu laa pasal. bukan ape pun

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive