Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 4 December 2013

MT UMNO - USTAZ KAZIM YANG DIPECAT DARI PAS LEBIH BERHARGA DI MATA NAJIB BERBANDING MUKHRIZ ??






Bagaimana boleh bagi seorang Presiden UMNO melantik seorang yang telah dipecat dari PAS sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi tidak melantik seorang tokoh dalam UMNO yang juga merupakan anak kepada bekas Presiden UMNO, Mukhriz Mahathir..



Ustaz Kazim adalah orang luar..
Ustaz Kazim juga sudah dibuang dari PAS..
PAS pun tak mahu Ustaz Kazim ni..
sedangkan Mukhriz adalah orang UMNO dan juga merupakan MB Kedah selepas Kedah berjaya ditawan kembali dari Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu..

Namun yang mahu dilantik sebagai MT UMNO adalah Ustaz Kazim dan amat memalukan apabila perlantikan itu yang diumumkan kepada rakyat,telah pun ditolak oleh Ustaz Kazim semalam..
sedangkan Mukhriz langsung tidak mendapat perhatian dari Najib untuk dijadikan MT UMNO..

Dan ini menyebabkan ketidakpuasan hati oleh akar umbi UMNO Kedah..

Beberapa ahli akar umbi Umno Kedah melahirkan rasa kecewa kerana Menteri Besar mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dilantik menganggotai Majlis Tertinggi.

NONEKushahrom Ku Ahmad (kanan) dari Langkawi berkata ia nampak seperti
pimpinan pusat tidak menghargai usaha dan sumbangan Umno negeri itu yang berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.

"Kami telah berusaha sepenuhnya untuk mengambil kembali negeri ini dari Pakatan Rakyat... tapi akhirnya kami tak mendapat sebarang pulangan," kata beliau ketika ditemui di Perhimpunan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mukhriz, anak bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad tidak tersenarai dalam sembilan ahli MT lantikan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu beliau tewas tipis dalam persaingan enam penjuru untuk tiga tempat naib presiden Umno.

NONESeorang lagi ahli Wanita dari Langkawi Ku Arfah Ku Bin (kiri) turut
bersetuju yang Umno Kedah diketepikan pusat.

"Walaupun kami menerima bahawa Mukhriz kalah dalam pemilihan parti, tapi apa yang susah sangat nak lantik dia jadi MT?," kata beliau.

Bagaimanapun ada juga delegasi Kedah yang menerima jelas keputusan Najib itu.

Seorang perwakilan Pemuda dari Kedah yang enggan dikenali berkata Mukriz dan kepimpinan parti sepatutnya fokus dalam memajukan negeri dan negara ini bersama.

"Sekarang ini, kita patut fokus untuk membuat Kedah lebih baik tanpa tekanan sebagai ahli MT. Kepimpinan semua patut tunjuk teladan berdamai dan kita semua bekerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 akan datang," kata beliau ketika ditemui.

Ahli akar umbi dari Alor Star Azlan Baharuddin bagaimanapun membayangkan Mukhriz masih mempunyai peluang setelah pendakwah popular Mohammad Kazim Elias menolak dilantik menganggotai MT hari ini.

"Peluang mungkin tipis, tapi ya, Mukhriz mungkin terpilih kerana ini," katanya.

Seorang lagi ahli akar umbi parti itu dari Jitra yang hanya mahu dikenali sebagai 'Din' berkata Mukhriz sepatutnya mengambil peluang untuk menjadikan Kedah, negeri model bagi Barisan Nasional.

"Walaupun (tidak dipilih) tidak adil tapi beliau boleh menunjukkan kemampuan beliau di negeri kami. Dengan cara ini, pembangkang takkan mampu memenangi Kedah lagi," tambahnya. (M/Kini)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive