Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 12 December 2013

MAT SABU JAWAB KDN - "YA SAYA KAGUM KHOMEINI,TAPI BUKAN SYIAH"


KDN hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai 10 bukti yang menunjukkan Mat Sabu itu adalah syiah..



Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata antara bukti itu adalah mengenai Mat Sabu mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah lebih daripada empat kali.

Jika demikian,bagaimana pula dengan gambar di bawah ini..?




Ketua Setiausaha KDN itu juga menjelaskan bahawa salah satu bukti Mat Sabu adalah syiah adalah dari salah satu artikel Mat Sabu  yang bertajuk 'Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' yang disiarkan dalam ruangan Fikrah terbitan Harakahpada 5 hingga 15 Julai 2008.. 

Beliau berkata,di dalam artikel tersebut Mat Sabu menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini...

Dan Mat Sabu menjawab.. "Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah"

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya. (M/kini)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive