Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 7 December 2013

KHAIRY JAMALUDDIN GESA NAJIB TANGANI PEMBAZIRAN DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA!!!



Kalau lagi 2,3 tahun Khairy Jamaluddin ni  tiba-tiba ditahan atas "tuduhan " liwat nanti,maka kita akan fahamlah kenapa ianya berlaku...
UMNO tidak suka orang yang tunjuk pandai dan orang yang melawan bos..

Khairy,sekali lagi membuatkan Najib pening..
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) mengatakan, beberapa isu perlu ditangani kerajaan seperti ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 jika mahukan Umno terus relevan dan diterima generasi anak muda.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera terhadap isu-isu seperti itu sekiranya mahu golongan muda menyokong parti itu.

"Sebab itu, sekiranya berlaku ketirisan atau pembaziran seperti dilaporkan Ketua Audit Negara, presiden perlu mengambil tindakan dengan segera," katanya ketika memulakan ucapan penangguhan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.
Selain itu menurut Khairy, Pemuda tidak memerlukan gelaran "tulang belakang" Umno kerana sejak sekian lama, kepimpinan parti Melayu itu dipilih daripada kalangan kepimpinan sayap itu.

Menurut Khairy, Najib dan kesemua Naib Presiden parti Melayu itu juga merupakan anggota Pemuda Umno suatu ketika dahulu.
"Pemuda Umno tidak perlu gelaran tulang belakang. Kita sejak sekian lama memberikan tulang-tulang hadapan Umno yang besar.

"Anak muda tidak melihat sayap-sayap parti. Mereka melihat satu parti dari atas ke bawah," katanya.

Khairy dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, Umno perlu merekrut kumpulan anak muda sejurus mereka selesai menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun akan ketinggalan berbanding parti lain.

"Selepas pilihan raya umum kita perlu fokus kepada lingkungan umur yang lebih rendah. Kalau tidak kita akan ketinggalan satu blok yang besar," katanya. – (TMI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive