Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 22 December 2013

BUKTI TERKINI LAGI SAHIH, PETROL DI SAUDI HANYA RM0.55SEN SELITER!!


Mungkin ramai penyokong UMNO yang masih tidak tahu bahawa mereka sebenarnya ditekan semahu-mahunya oleh kerajaan BN...

Kerajaan BN menaikkan harga beberapa barangan harian sewenang-wenangnya terutamanya harga petrol, sehingga menyebabkan  kos sara hidup rakyat menjadi tinggi dan mereka pula diberitahu oleh kerajaan BN bahawa kos sara hidup yang tinggi itu sudah tidak dapat dielakkan lagi..


Mungkin penyokong UMNO dan BN dapat menerima bulat-bulat penjelasan pemimpin BN yang ternyata gagal mengurus ekonomi dengan baik itu adalah kerana penyokong UMNO/BN tidak mengetahui bahawa di negara luar terutamanya negara-negara pengeluar minyak petrol mengenakan kadar harga petrol yang amat murah kepada rakyat mereka..

Seorang rakan Facebook yang kini berada di Arab Saudi telah merakamkan kadar bayaran di pam minyak bagi seliter petrol di negara tersebut yang menunjukkan harga semasa petrol di sana adalah pada harga 0.63 riyal seliter ataupun bersamaan dengan RM0.55sen seliter..


Diharapkan dengan perkongsian gambar ini maka penyokong-penyokong UMNO dapat dicelikkan mata hati mereka..

Jika ukuran kadar pengeluaran minyak antara Saudi dan Malaysia dijadikan hujah penyokong UMNO,maka perlulah difahami setidak-tidaknya harga petrol di negara ini tidaklah sepatutnya semahal RM2.10 seliter..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive