Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 28 September 2013

AKSI "SUPER SPONTAN" PERLI BINI MAT YO!! [VIDEO]


Dunia alam maya agak kecoh baru-baru ini apabila video insiden isteri Mat Yo bertekak dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dimuat naik ke youtube..

Insiden itu mengundang rasa marah orang ramai berikutan tindakan biadap isteri Mat Yo terhadap seorang tua yang selayaknya dipanggil "ayah" oleh beliau..

Perang mulut antara isteri Mat Yo dengan "Pak Cik pengawal keselamatan" di dalam video tersebut sangat popular sehinggakan malam tadi di dalam sebuah rancangan lawak spontan di Astro Mustika HD,Super Spontan, pelawak-pelawak tanahair yang terlibat dalam rancangan tersebut telah menggunakan insiden pertengkaran isteri Mat Yo tersebut sebagai bahan lawak mereka..

Jep Sepah adalah pelawak yang memulakan aksi spontan meniru aksi isteri Mat Yo tersebut..

Jep seolah-olah melakonkan semula aksi isteri Mat Yo dengan kata-kata..
"pakcik dayus.. pakcik dayus.. pakcik dayus.." yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton sebelum beliau sendiri dilayangkan kad kuning oleh hos Super Spontan kerana melakukan aksi tersebut..

Memang kelakar...
sesiapa yang terlepas aksi Super Spontan malam tadi boleh saksikan sendiri video di bawah ni..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...