Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 July 2013

PESAKIT MENANGIS TERHARU KETIKA DIKUNJUNGI EXCO,DR. DAROYAH ALWI


Alhamdulillah..
walaupun baru pertama kali menjadi wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri,namun Dr. Daroyah ( Adun PKR - Sementa) menjalankan tugas dengan baik dan tidak melupakan rakyat bawahan termasuklah yang sedang terlantar sakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah...

Sesuai dengan jawatan beliau sebagai Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi kehadiran beliau menyantuni para pesakit dan memberikan mereka sedikit sumbangan setidak-tidaknya mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada para pesakit sehinggakan ada pesakit yang menangis terharu menerima kunjungan beliau..




Sesiapa yang mengenali Dr. Daroyah ini pasti tahu bagaimana sikap rendah diri beliau dan sifat lemah lembutnya apabila berbual tak kira dengan sesiapa jua pun..

KLANG 23 JULAI : Seramai 150 pesakit di wad pembedahan, wanita dan lelaki, Hospital Tengku Ampuan Rahimah menerima 150 kotak kurma sempena bulan Ramadan ini.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata sumbangan terbabit merupakan salah satu cara mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.

“Sumbangan kurma ini daripada Kerajaan Negeri. Ini salah satu cara saya sebagai exco baru mendekatkan diri dengan masyarakat termasuk pesakit hospital.

“Untuk hari ni kita hanya memberikan di tiga wad sahaja, Insyaallah lain kali kita berikan di semua wad,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma.

Hadir sama Timbalan Pengarah Hospital, Dr Zainab Ramli.

Pada majlis itu juga, antara yang turut menerima sumbangan buah kurma ialah kakitangan hospital di ketiga-tiga wad terbabit.

Selain mengedarkan kurma, Daroyah turut berkesempatan melawat pesakit-pesakit itu.

Dalam lawatan itu, isteri kepada pesakit buah pinggang yang mahu dikenali sebagai Ha bin, 70, terharu dengan kunjungan Daroyah yang juga Adun Sementa.

Ha Bin, yang setia menjaga suaminya, Seau Swee Pin, 70, penghidap penyakit buah pinggang sejak enam tahun lalu, mengalirkan air mata ketika menerima kunjungan.

“Saya rasa sangat terharu sebab sebelum ini tiada sesiapa yang datang menjenguk kami. Terima Kasih YB sudi melawat kami,” katanya sambil menangis.

Selain itu, bagi Asiah Hassan, 67, keprihatinan Kerajaan Negeri patut dipuji kerana sudi melawat pesakit selain menyampaikan sumbangan Ramadan.


Pada kita,ianya kunjungan biasa terhadap rakyat..
tetapi bagi rakyat bawahan,mereka sangat hargai jika pemimpin prihatin dan sudi mendengar masalah mereka.. 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...