Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 19 July 2013

MONYET PUN SANGGUP GADAIKAN NYAWA DEMI SELAMATKAN ANAKNYA!!


Walaupun kisah ini sudah agak lama iaitu pada tahun 2010,namun ianya masih merupakan satu kisah yang boleh mengajar kita erti kehidupan dan kasih sayang..

Kejadian ini berlaku di New Delhi,India pada tahun 2010 apabila anak monyet yang pada mulanya dilanggar oleh penunggang skuter sewaktu anak monyet tersebut mahu melintas jalan..


Ibu monyet manarik anaknya yang cedera ke tepi jalan
Selepas dilanggar,anak monyet yang cedera itu tidak mampu untuk melarikan diri ke tepi jalan,lalu si ibu datang menarik anak kecilnya ke tepi jalan bagi mengelak dari dilanggar oleh kenderaan lain..

Keadaan yang cemas itu tidak berhenti setakat itu sahaja apabila datang pula seekor anjing liar menghampiri anak monyet yang sedang cedera itu untuk membahamnya..
 
si ibu bergegas manghalang anjing dari merapati anaknya..


Nasib baiklah si ibu monyet sempat datang menghalang dengan menyerang dan mengigit belakang anjing tersebut..

si ibu bergelut dengan anjing liar demi nyawa anaknya..
Menyedari tidak mampu untuk melawan semangat dan kekuatan seekor ibu monyet yang sedang berusaha keras menyelamatkan anak kecilnya,anjing berkenaan lari meninggalkan anak monyet tersebut bersama ibunya..


Lihatlah bagaimana sayangnya binatang terhadap anaknya..
anak yang dikandung dan dilahirkan..

Dan jika binatang pun sayangkan anaknya..
sanggup merisikokan nyawa demi anaknya..
maka apakah gelaran yang kita patut beri kepada ibu yang sanggup membunuh anak mereka dengan membuang bayi yang baru lahir ke dalam tong sampah seperti ini..?

Fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...