Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 19 July 2013

LEPAS LETRIK,TAMBANG TEKSI PULAK AKAN DINAIKKAN!!


Selepas Pengerusi TNB,Tan Sri Leo Moggie mengumumkan tarif letrik mungkin akan dinaikkan tidak lama lagi..
kini kerajaan melalui SPAD sedang mengkaji tambang teksi pulak..
kedua-dua kadar yang akan dinaikkan ini,maka rakyat jugalah yang akan menjadi mangsanya...

Kalau kita ikut alasan Najib mengenai keperluan kajian tambang teksi ini dilakukan kemudian (kebiasaannya) akan dinaikkan dan rakyat yang akan menanggung segalanya adalah berdasarkan 2 faktor :
1) Kos operasi yang ditanggung oleh pemandu teksi.
2) Menaikkan taraf hidup pemandu teksi.

Jika itulah alasan terbesar Najib, maka kenaikan tambang teksi tidak perlu dilakukan...
ini kerana taraf hidup pemandu teksi yang rendah dan kos operasi seharian yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi adalah berpunca dari sistem mengkayakan kroni yang diamalkan oleh kerajaan BN dan UMNO..

Cuba bayangkan..
pemandu teksi terpaksa membayar RM45 - RM55 sehari kepada syarikat teksi..
itu termasuklah kos sewaan permit teksi sebanyak RM18 - RM22 (bergantung kepada syarikat) setiap hari,selebihnya adalah kos sewa beli teksi daripada syarikat teksi..

Sewaan permit terpaksa dibayar setiap hari kerana permit individu telah dinafikan sekian lama oleh kerajaan BN..

Mari kita kira..
sewa permit sehari RM22 x 30 hari  =  RM660 (sebulan)
jumlah setahun  =  RM 7920

Sejumlah RM660 sebulan terpaksa dibayar kepada syarikat teksi hanya untuk sewaan permit teksi..
jumlah yang sepatutnya dimiliki oleh pemandu teksi untuk membayar bil-bil semasa atau pun ansuran rumah..

Kerana itulah pemandu teksi ini sentiasa hidup dalam keadaan yang sempit..
sedangkan permit individu hanya RM70 untuk 3 tahun..

Dan sekarang Najib mahu bercakap soal membaiki taraf hidup pemandu teksi..? 

Jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 hari tu,PR akan memberi permit individu kepada pemandu teksi sekaligus mereka akan mendapat tambah nilai dalam pendapatan mereka dan kenaikan tambang teksi langsung tidak akan timbul..



Kerajaan BN tidak mampu berfikir untuk kebajikan rakyat tanpa memberi keuntungan kepada kroni mereka..

Semua tahu,kebanyakan permit teksi ini dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO...
untuk mengekalkan pemimpin-pemimpin UMNO tadi kaya raya dengan wang sewaan permit,maka tambang terpaksa dinaikkan dan akhirnya pengguna yang menjadi mangsa....

Bersyukurlah korang semua sebab Malaysia aman..
pemimpin mentekedarah wang rakyat pun tak apa,asalkan Malaysia aman dan bersyukur dan redha..
gitu..?



2 comments:

  1. Apa yg tak naik lepas PRU 13 ni? Semuanya naik cuma batang pelir Najib aja tak naik bila dgn Rosmah.

    ReplyDelete
  2. kata nak bantu ringan beban rakyat nie mcm nak tmbah derita rakyat adalah

    My update: Suara Ajaib: Benarkah? ,Raja Sulu Kiram hendak serang Tambunan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...