Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 18 July 2013

LEO MOGGIE KATA TARIF LETRIK MUNGKIN DINAIKKAN - TAHNIAH SEMUA!!


Terbaiklah kerajaan BN...
sebelum PRU 13,kerajaan berhabis duit belanja itu ini demi menarik undi..
bagi macam-macam habuan wang ringgit kepada rakyat,seolah-olah BN lah satu-satunya kerajaan dalam dunia ini yang baik dan bertanggungjawab..

Bagi penyokong Pakatan Rakyat macam aku ni,memang sudah tahu tentu ada "harganya" yang perlu kita bayar selepas PRU 13 sekiranya BN yang menang...

Nah!!
ini hadiah buat rakyat Malaysia yang kini dihimpit dengan pelbagai kos sara hidup sedangkan gaji masih duk tang tu jer lagi tak laju macam kenaikan kos sara hidup seharian..

Tarif elektrik naik..!!
kerajaan apa nak kisah kalau rakyat kata apa pun sekarang ni,sebab kerajaan tahu pilihanraya yang akan datang hanya akan di adakan dalam tahun 2018,lambat lagi..
lagi pun rakyat Malaysia mudah sejuk hati mereka dan mereka mudah "redha" dengan apa yang dihadapkan kepada mereka...


Sinar
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
  
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
  
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
  
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
  
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
  
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama


Marahlah..
marahlah korang...
nanti 2018 kerajaan bagi BR1M,lepas tu sejuk balik..
lepas tu masih nak undi BN lagi..
lepas tu kos hidup naik lagi..
lepas tu marah lagi..
sampai ke mati ler macam tu melayu kita ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...