Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 18 July 2013

KAJIAN LAJNAH STRATEGIK PRK KUALA BESUT - PAS KALAH 4,853??


Sejak dari awal kempen sehingga semalam,bermacam-macam yang aku dengar tentang keadaan jentera pilihanraya kecil kuala Besut,Terengganu..

Ramai yang mengeluh apabila jentera tempatan dikatakan seolah-olah tidak perlukan bantuan dari jentera luar apatah lagi jika ianya datang dari jentera PKR mahu pun DAP..

Itu keluhan sahabat-sahabat aku di Kuala Besut..
dan aku sememangnya berharap perkhabaran tu tidak benar, namun apabila aku terbaca keluhan blogger penyokong pas ni..
aku termenung panjang...

Mari kita ikuti luahan blogger ini mengenai keadaan di Kuala Besut..

PRK Kuala Besut – Setakat Hari ini. Kalah 4,853 Undi.

Ana sudah tuliskan sejak awal, kita berdepan dengan masalah besar di Kuala Besut. Kalau kita naik roket ke bulan, ana rasa, kita sudah perlu menjerit ‘Houston, we have a problem’.

Pada ana, BN bermain game dengan baik dan cerdik kali ini. Mereka fokus. Gerakan nampak cantik. Semua nampak kemas.

Calon kita kena teruk di bawah. Di peringkat PDM, hasil kajian awal yang dibuat oleh Lajnah Strategik PRK Kuala Besut, kita berhadapan dengan kemerosotan sokongan yang ketara. Sangat ketara. Itu yang dapat 4,853 undi kalah tu. Ngeri.

Calon BN nampak kuat. Orang muda. Di beberapa PDM, calon BN jumpa dengan hampir semua pengundi. Bayangkan. Betapa dia kerja kuat.

Imej calon kita teruk. Harapan kita untuk Husam menukar game, tidak menjadi. Malah menjadi lebih teruk. Ada insiden, Husam ditengking oleh pengundi Kuala Besut. Malu kita. Bukan orang BN pun yang tengking, tetapi orang kita.

Ana pelik. Tak tahu apa yang sedang berlaku di sana. Macam-macam tak kena. Tak menjadi.

Antara PDM yang mungkin memberi masalah besar kepada calon kita.
- Pulau Perhentian
- Sebarang Barat
- Kampong Nangka
- Bukit Puteri


Ana harap kita tidak kecewa. Tetapi bila tengok data yang dibentangkan malam semalam, jentera pun jadi lesu.
Pemimpin pun buat hal sendiri. Ana anggap, ini macam pelancongan sahaja lah. Jumpa kawan-kawan. Dah tak rasa ada peluang.

Di petik dari PenyokongPas 

Apa pandangan korang semua..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...