Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 July 2013

BEZA KECAMAN ANWAR DAN NAJIB KE ATAS RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA MESIR!!


Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa oleh tentera ke atas kerajaan Mesir pimpinan Mohamed Morsi..
maka berduyun-duyunlah kecaman dunia ke atas rampasan kuasa tersebut dan Malaysia juga tidak terkecuali mengeluarkan kecaman ke atas rampasan kuasa tersebut..

Namun kecaman dari Malaysia bukanlah datangnya dari kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi Najib Razak, tetapi kecaman tersebut dikeluarkan oleh Ketua pembangkang negara ini,iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim..


Beliau mengecam keras rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan pimpinan Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir secara sah.
 
Kenyataan Anwar,
“Setiap negara yang mengiktiraf demokrasi berperlembagaan mesti mengecam tindakan yang tidak berperlembagaan dan tidak demokratik dalam meraih kuasa.

“Tindakan pihak tentera di Mesir merupakan satu tamparan hebat terhadap Kebangkitan Arab. Apa pun matlamat mereka, ia tidak sekali-kali menghalalkan cara.

“Pemimpin yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil tidak sepatutnya diturunkan dengan cara sebegitu,” ujar Anwar dalam satu kenyataan.

Itu kata Anwar..
apa pula kata Najib..?
adakah Najib mengecam rampasan kuasa oleh tentera..?

Kenyataan Najib ,
"rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.."

"perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
  
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," kenyataan Najib ketika di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis. 


Itulah kenyataan Najib..
bukannya mengecam tentera Mesir,tapi mengambil peluang insiden rampasan kuasa tersebut bagi keuntungan politiknya sendiri..

Rampasan kuasa oleh tentera itu sangat memberi kesan kepada perjuangan Islam di Palestin apabila "Rafah Gate" iaitu terowong bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir bagi penyaluran bekalan makanan ke rakyat palestin ditutup.


Memang sepatutnya pemimpin Islam di seluruh dunia mengecam rampasan kuasa tersebut kerana ianya merugikan perjuangan Islam..

Mungkin Najib sukar mengecam tindakan tentera yang mempunyai agenda yahudi itu kerana penasihat kerajaan kita pun datangnya dari yahudi..


1 comment:

  1. Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa hari ini, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.

    Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.

    Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :

    1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
    2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
    3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia

    Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...