Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 July 2013

BEKAS PESERTA RATU CANTIK DIAJAK TUKAR AGAMA DEMI CAPAI CITA-CITA!!


Salah seorang peserta ratu cantik,Sara Amelia Benard mempertikaikan satu fatwa yang telah menyebabkan beliau digugurkan dari menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 oleh pihak penganjur..


Sara Amelia (kanan)
Sara mendakwa fatwa pada tahun 1996 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada zaman ini...
beliau juga sedih dan kecewa kerana pada tahun 2013 ini bangsa terbesar di negara ini (melayu) dilarang menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia.

Beliau juga cuba membandingkan keputusan fatwa di negara ini dengan kemenangan pertama seorang gadis Muslim di Amerika dalam pertandingan Miss World USA pada tahun 2010 dan menegaskan bahawa kelonggaran yang sama juga di UK beberapa tahun lalu...

Dalam keadaan Sara Amelia sedih  dan terkeliru dengan hukum Allah yang nampaknya beliau tidak fahami lantaran kehidupan beliau yang agak modern dan bebas itu, maka beberapa rakan FB beliau yang bukan Islam mengambil kesempatan ini dengan mengesyorkan Sara Amelia supaya meninggalkan agama Islam..


 Lagi saranan rakan beliau yang meminta Sara meninggalkan agama Islam..


Perkara-perkara ini melibatkan akidah..
kita tak boleh memandang remeh perkara yang sebegini..
Sara dan 3 orang gadis yang kecewa di gugurkan itu mungkin akan dirapati oleh pihak agama lain supaya meninggalkan Islam demi mencapai cita-cita menjadi ratu cantik Malaysia...

Kalau mereka tu kuat akidahnya kita tidaklah begitu bimbang apabila ada pihak lain datang menghasut..

Tapi kalau dah sanggup sertai pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh badan sana sini di hadapan orang ramai,dah tentulah kita boleh agak tahap mana agamanya mereka semua tu..
lebih-lebih lagi dalam keadaan fikiran mereka yang lemah pada saat-saat seperti ini...

Individu-individu yang memegang jawatan besar dalam dalam bidang agama Islam di negara ini perlulah mengambil tindakan menjelaskan secara baik kenapa beliau tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik ini yang banyak memaparkan aurat seorang wanita yang sangat-sangat di larang dalam Islam..

Penjelasan harus dilakukan dengan teliti sehingga Sara Amelia ini faham sepenuhnya akan hukum Islam..

Menurut Sara lagi, Datin Anna Lim,penganjur pertandingan tersebut yang kini sedang berusaha keras supaya beliau dapat disenaraikan kembali ke pertandingan Miss Malaysia ini sudah pun cuba mengaturkan pertemuan dengan Mufti Wilayah,Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di manakah bahagian dalam Al Quran yang menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik..

Namun menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..

Jika benarlah bagai apa yang dinyatakan oleh Sara tersebut,maka bagi aku Datuk Wan Zahidi telah gagal tanggungjawab beliau sebagi Mufti dalam menjelaskan ayat-ayat dan hukum-hukum Allah apabila ada insan yang mahukan penjelasan..

Jangan apabila mereka berempat ini murtad kerana tidak memahami Islam demi cita-cita mereka,waktu tu baru kita nak menyesal..

Buat Sara, ini ada petikan ayat Al Quran dari Surah An Nur ayat ke 31..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Bagi aku,mereka membantah kerana mereka tidak memahami Islam dan mungkin kehidupan mereka terlalu jauh syariat islam..
jadi tanggungjawab kitalah menerangkan kepada mereka... 
bukan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa penjelasan.. 

Dan pihak agama juga haruslah adil dalam mengeluarkan hukum dan fatwa..
sepertimana yang dipertikaikan oleh 4 orang peserta ini..
"bagaimana dengan sukan gimnastik yang melibatkan peserta melayu Islam yang mendedahkan aurat..?"

seperti di dalam gambar ini..


Kalau kita bersikap adil dalam semua hal dan perkara nescaya orang tidak akan salah faham terhadap Islam..
tapi bila hukum dikeluarkan mengikut sesedap rasa..
yang itu boleh.. yang ini tak boleh,maka yang tak faham Islam akan semakin keliru... 


14 comments:

  1. Bukan setakat ratu cantik shj, termasuklah acara renang, lumba lari dan lain lain yg mendedahkan aurat. Bukan hanya untuk perempuan, pihak lelaki pun dilarang membuka aurat, termasuklah pemain bola berseluar pendek dan lebih lebih lagi dlm sukan bina badan. Wallah huaalam.

    ReplyDelete
  2. termasuk juga dgn filem drama yang mendedahkan aurat wanita islam. haramkan sekali dari wanita islam berlakon dengan membuka aurat,.

    ReplyDelete
  3. TERMASUK JUGA DGN SEMUA ORANG DI LUAR SANA TAK KIRA APE JENIS PEKERJAAN ATAU KEHIDUPAN YG SEDANG DIJALANI... HENDAKLAH SENTIASA INGAT AKAN HUKUM ALLAH

    ReplyDelete
  4. inilah bala apabila kerajaan 'islam' yg memerintah tidak mjalankan pemerintahan islam dgn sebaiknya mengikut Al-Quran dan sunnah. ini keburukan apabila puak sekular memerintah, mhancurkan agama dan penganutnya secara pelahan2. Allah. Allah. Allah.. percepatkanlah kebangkitan Islam di Negara ku, dan seluruh dunia amnya..

    ReplyDelete
  5. Mungkin dia bangga tunjuk body dia di depan khalayak ramai. Tuhan boleh ubah kecantikan atau kemewahan yg dia miliki sekejap saje..masa tu orang yg menyanjungi dia akan memandang hina kepadanya. Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi.

    ReplyDelete
  6. dah la tak cantik mana, bodoh pulak tuh. kalau jahil bab agama tapi belajar dan menerima takpe, ni pertikai pulak. low class la korang wahai pempuan2.

    ReplyDelete
  7. Mana pemimpin kita yg beragama Islam? Jgn senyap je.. mufti pun jgn bg muka mcm ni..memalukan. org Islam sendiri hina Islam

    ReplyDelete
  8. Inilah bala apabila kerajaan parti islam malaysia yg memerintah tidak mjalankan pemerintahan islam dgn sebaiknya mengikut Al-Quran dan sunnah. Ini keburukan apabila parti yang kononnya memperjuangkan islam bergabung dengan Parti kemusnahan Rakyat sehingga sanggup mendiamkan diri dalam hal2 begini yang akan mhancurkan agama dan penganutnya secara pelahan2. Allah. Allah. Allah.. berikanlah mereka kesedaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh la kenyataannlu bro..saper yang memerintah mesia..ko kena tau tu..bila pusat pun xnak islam tu yang terlondeh sampai ke peha......nak komen tp guna kaki..orng macam ni la yang bila harga minyak naik dia akan cakap bodoh nyer penjual minyak sbb naikkan harga..padahal kerajaan yang putuskan unyuk naikkan harga...tp syukurla mesia masih aman..buka tingkap xdabperang walaupun org mati mcm ayam kena tembak siang mlm

      Delete
  9. Cantik ke? kulit je dik, luaran je dik.... Allah kalau dah murka, sekelip mata lekang kulit yang dikatakan cantik tu...apalagi yang nak dipersembahkan pada orang ramai...

    Ingat!!! perkara paling hampir dalam hidup adalah MATI.

    Ingat!!! sesuatu yang terjadi itu juga atas izin Allah, kerana Dia menyayangi hambaNya. Tak payah nak sedih2 sebab tak pergi tayang aurat di sana, Dia tak izinkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...