Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 July 2013

PESAKIT MENANGIS TERHARU KETIKA DIKUNJUNGI EXCO,DR. DAROYAH ALWI


Alhamdulillah..
walaupun baru pertama kali menjadi wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri,namun Dr. Daroyah ( Adun PKR - Sementa) menjalankan tugas dengan baik dan tidak melupakan rakyat bawahan termasuklah yang sedang terlantar sakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah...

Sesuai dengan jawatan beliau sebagai Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi kehadiran beliau menyantuni para pesakit dan memberikan mereka sedikit sumbangan setidak-tidaknya mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada para pesakit sehinggakan ada pesakit yang menangis terharu menerima kunjungan beliau..

GURU BESAR SK SERI PRISTINA ORANG KUAT NAJIB RUPANYA!!


Hari ini kecoh pasal isu pelajar di arahkan makan di tandas walaupun sebenarnya adalah bilik persalinan..
boleh baca sini PELAJAR MAKAN DIBILIK PERSALINAN

BEKAS PESERTA RATU CANTIK DIAJAK TUKAR AGAMA DEMI CAPAI CITA-CITA!!


Salah seorang peserta ratu cantik,Sara Amelia Benard mempertikaikan satu fatwa yang telah menyebabkan beliau digugurkan dari menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 oleh pihak penganjur..

PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN,BUKAN TANDAS!



Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan beberapa pelajar bukan Islam konon-kononnya makan di dalam tandas/bilik air sekolah sepanjang bulan ramadhan..

Maka ramailah yang marah-marah dengan bermacam kutukan terhadap guru besar sekolah Seri Pistana,Sungai Buloh..

Friday, 19 July 2013

LEPAS LETRIK,TAMBANG TEKSI PULAK AKAN DINAIKKAN!!


Selepas Pengerusi TNB,Tan Sri Leo Moggie mengumumkan tarif letrik mungkin akan dinaikkan tidak lama lagi..
kini kerajaan melalui SPAD sedang mengkaji tambang teksi pulak..
kedua-dua kadar yang akan dinaikkan ini,maka rakyat jugalah yang akan menjadi mangsanya...

MONYET PUN SANGGUP GADAIKAN NYAWA DEMI SELAMATKAN ANAKNYA!!


Walaupun kisah ini sudah agak lama iaitu pada tahun 2010,namun ianya masih merupakan satu kisah yang boleh mengajar kita erti kehidupan dan kasih sayang..

Kejadian ini berlaku di New Delhi,India pada tahun 2010 apabila anak monyet yang pada mulanya dilanggar oleh penunggang skuter sewaktu anak monyet tersebut mahu melintas jalan..

Thursday, 18 July 2013

LEO MOGGIE KATA TARIF LETRIK MUNGKIN DINAIKKAN - TAHNIAH SEMUA!!


Terbaiklah kerajaan BN...
sebelum PRU 13,kerajaan berhabis duit belanja itu ini demi menarik undi..
bagi macam-macam habuan wang ringgit kepada rakyat,seolah-olah BN lah satu-satunya kerajaan dalam dunia ini yang baik dan bertanggungjawab..

Bagi penyokong Pakatan Rakyat macam aku ni,memang sudah tahu tentu ada "harganya" yang perlu kita bayar selepas PRU 13 sekiranya BN yang menang...

KAJIAN LAJNAH STRATEGIK PRK KUALA BESUT - PAS KALAH 4,853??


Sejak dari awal kempen sehingga semalam,bermacam-macam yang aku dengar tentang keadaan jentera pilihanraya kecil kuala Besut,Terengganu..

Ramai yang mengeluh apabila jentera tempatan dikatakan seolah-olah tidak perlukan bantuan dari jentera luar apatah lagi jika ianya datang dari jentera PKR mahu pun DAP..

Itu keluhan sahabat-sahabat aku di Kuala Besut..
dan aku sememangnya berharap perkhabaran tu tidak benar, namun apabila aku terbaca keluhan blogger penyokong pas ni..
aku termenung panjang...

Friday, 5 July 2013

TIADA TINDAKAN - PONDOK ROBOH PORT MAKSIAT DI PARLIMEN NAJIB SEJAK 2010!!



Penduduk menggesa MDP mengambil tindakan segera memandangkan pondok roboh ini bukan sahaja berisiko mendatangkan kecederaan malah turut menjadi port maksiat golongan muda.
PEKAN – Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.
Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.

BEZA KECAMAN ANWAR DAN NAJIB KE ATAS RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA MESIR!!


Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa oleh tentera ke atas kerajaan Mesir pimpinan Mohamed Morsi..
maka berduyun-duyunlah kecaman dunia ke atas rampasan kuasa tersebut dan Malaysia juga tidak terkecuali mengeluarkan kecaman ke atas rampasan kuasa tersebut..

Namun kecaman dari Malaysia bukanlah datangnya dari kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi Najib Razak, tetapi kecaman tersebut dikeluarkan oleh Ketua pembangkang negara ini,iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...