Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 26 June 2013

NAJIB BUAT AFIDAVIT LIWAT II GUNA "NAMA PALSU" , JINGGA 13 LAPOR POLIS!!

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana membuat afidavit palsu kes Liwat II yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21  dan 23 September 2011.
Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporan berkata, Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Kenyataan bersumpah itu dilakukan Najib dan Rosmah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Abdul Karem Hassan.
Bagaimanapun menurut Fariz semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.
Sekaligus menjadikannya bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Liwat II.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/26/jingga-13-lapor-polis-nama-palsu-najib/#sthash.4uO6uAfH.dpuf

Tengah hari tadi,NGO Jingga 13 membuat satu laporan polis berhubung tindakan Najib membuat affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang difailkan dalam Mahkamah, yang membicarakan kes liwat II yang kini berada dalam peringkat rayuan..

Di dalam afidavit tersebut,Najib menggunakan nama beliau sebagai Najib bin Tun Hj.Abdul Razak sedangkan ketika hari penamaan calon pada 20.4.2013 yang lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuh beliau sebagai Mohd.Najib....
dan pendaftaran nama beliau tersebut diterima oleh Pegawai Pengurus bagi kawasan Parlimen Pekan..

Berikut adalah laporan polis yang dibuat oleh Ketua Koordinator Jingga 13, saudara Fariz Musa..

                                                          LAPORAN.
1.Saya Fariz Musa adalah calon PKR yang bertanding dikawasan Parlimen P085-Pekan menentang calon Barisan Nasional ,YAB Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak dalam PRU ke-13 yang lalu.

2.Beberapa hari yang lalu saya telah membaca satu laporan dalam Freemalaysiatoday (FMT) bertarikh 17.6.2013 diatas tajuk “Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib”.Laporan ini adalah berdasarkan surat terbuka oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Kuala Lumpur yang ditujukan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut disalinkan kepada Ketua Setia Usaha Negara,Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

3.Perkara utama dalam laporan berkenaan yang ingin saya bangkitkan ialah maklumat berkaitan DS Najib telah membuat affidavit-affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang difailkan dalam Mahkamah, yang membicarakan kes liwat yang sekarang berada diperingkat rayuan.

4.Susulan dari itu saya telah mendapatkan salinan affidavit-affidavit berkenaan daripada Peguam PKR untuk semakan. Saya memandang berat perkara ini kerana setahu saya, membuat affidavit palsu adalah kesalahan jenayah yang serius dan sama dengan kesalahan memberi keterangan palsu di-mahkamah.

5.Saya mendapati dalam kedua-dua affidavit berkenaan,DS Najib telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai Najib bin Tun Hj.Abdul Razak.Isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor juga, ada membuat affidavit pada 21.9.2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau, ialah Najib dan bukan Mohd.Najib seperti yang saya sangka selama ini.

6.Bagaimanapun,pada hari penamaan calon pada 20.4.2013,DS Najib telah mendaftarkan nama penuh beliau sebagai Mohd.Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus bagi kawasan Parlimen Pekan.Nama yang DS Najib berikan dalam borang penamaan calon itu adalah bercanggah dengan nama yang beliau ikrarkan dalam affidavit beliau dan isteri beliau.

7.Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui akan perkara ini, sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar DS Najib, akan berlaku pada hari tersebut.Ini berikutan surat terbuka bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur kepada Pengerusi SPR sendiri, memaklumkan akan kemungkinan percanggahan tersebut akan berlaku di-hari penamaan calon tersebut.
Rencana FMT bertajuk “Pencalonan Najib dalam PRU13 ditolak?” bertarikh 15.4.2013 iaitu lebih kurang 5 hari sebelum hari penamaan calon berkaitan maklumat kepada Pengerusi SPR itu, disertakan sebagai lampiran kepada laporan ini.

8.Sekiranya DS Najib atau Pegawai Pengurus SPR telah memaklumkan kepada saya atau wakil calon berkaitan percanggahan nama DS Najib dalam affidavit dan borang pencalonan beliau itu,maka sudah pasti saya akan membuat sesuatu bantahan dan akan meminta mereka merujukkan perkara tersebut ke-mahkamah dimana affidavit-affidavit berkenaan difailkan.

9.Memandangkan maklumat yang penting ini disorokkan daripada makluman saya atau wakil saya dihari penamaan calon tersebut,maka saya telah dinafikan untuk melakukan sesuatu bantahan yang pasti akan saya buat jika telah diberitahu akan maklumat ini.Malahan saya akan membuat laporan polis terhadap DS Najib kerana membuat affidavit palsu seperti yang saya lakukan sekarang ini.

10.Saya membuat laporan polis ini adalah untuk menggesa pihak polis menyiasat Dato Seri Najib kerana dikatakan telah membuat affidavit palsu dalam perbicaraan kes liwat dan tindakan beliau menyorokkan yang beliau telah mengikrarkan affidavit dengan menggunakan nama yang berlainan dengan nama yang beliau berikan ketika mengisi borang pencalonan pada 20.4.2013.

Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti diatas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu.

Tujuan saya membuat laporan ini juga, untuk menggesa pihak polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana perbuatan bersubahat dengan DS Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan affidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam affidavit dan nama dalam borang pencalonan,daripada pengetahuan calon lain yang akan bertanding dan pengundi-pengundi kawasan Parlimen Pekan khasnya.

11.Bersama-sama laporan ini,saya sertakan dokumen-dokumen bukti seperti berikut;

        a)Affidavit-affidavit DS Najib ikrarkan pada 21 dan 23.09.2011.
        b)Affidavit Datin Seri Rosmah Mansor diikrarkan pada 21.09.2011.
        c)Rencana FMT bertajuk: “Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib.” bertarikh     17.06. 2013.
        d)Rencana FMT bertajuk: “Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?” bertarikh 15.04.2013.

Sekian laporan saya.  

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana membuat afidavit palsu kes Liwat II yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21  dan 23 September 2011.
Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporan berkata, Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Kenyataan bersumpah itu dilakukan Najib dan Rosmah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Abdul Karem Hassan.
Bagaimanapun menurut Fariz semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.
Sekaligus menjadikannya bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Liwat II.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/26/jingga-13-lapor-polis-nama-palsu-najib/#sthash.4uO6uAfH.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...