Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 19 June 2013

HARGA PETROL - NEGARA MANA YANG LEBIH MURAH? INDONESIA ATAU MALAYSIA?


Kebiasaanya apabila rakyat bersungut akan kenaikan harga petrol, maka akhbar-akhbar pro BN/UMNO akan mula menyiarkan perbandingan harga petrol di antara negara-negara jiran..

Media perdana akan memainkan peranan mereka bagi menunjukkan betapa murahnya minyak di negara ini berbanding negara jiran..
seolah-olah mereka mahu kita sujud syukur sampai lebam dahi setiap kali BN menaikkan harga petrol..
Antara paparan yang selalu keluar adalah seperti ini..


Utusan selalu berusaha memaparkan harga petrol di negara jiran adalah mahal,mengambil contoh perbandingan harga dengan negara Indonesia,
Utusan memaparkan harga petrol di negara berkenaan adalah mahal,iaitu RM3.18 seliter..

yer..RM3.18 seliter digunakan sebagai hebahan berita perbandingan harga petrol bagi menunjukkan betapa mahalnya harga petrol di Indonesia dan betapa murahnya petrol di Malaysia..

Tapi yang menghairankan adalah..
Kosmo hari ini memaparkan berita mengenai kenaikan harga petrol di Indonesia..
dalam berita berkenaan,Kosmo menyatakan bahawa harga petrol di Indonesia kini adalah pada harga RM1.40 seliter.
jauh lebih murah dari RON95 di negara ini..


Bukan setakat Kosmo sahaja..
Utusan pun sebelum ini ada menyiarkan harga petrol di Indonesia ketika melaporkan berita mengenai kenaikan harga petrol di negara berkenaan..

Walaupun harga petrol di Indonesia yang dilaporkan oleh Utusan sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh Kosmo,kedua-dua harga yang dinyatakan masih lagi jauh lebih murah dari RON95 yang dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia..

Kosmo melaporkan harga perol di Indonesia adalah RM1.40 seliter (ikut tukaran RM)
Utusan pula melaporkan RM1.42 seliter (juga setelah ikut tukaran RM)
apa pun kedua-dua harga berkenaan masih lagi murah dari petrol yang digunakan oleh rakyat Malaysia..

Berikut adalah petikan berita Utusan yang mengatakan harga petrol di Indonesia adalah pada kadar RM1.42 seliter..


Mungkin juga kerajaan hanya mengambil kadar harga minyak yang paling mahal di setiap negara yang dibuat perbandingan bagi mencapai objektif mereka untuk mengelirukan rakyat konon-kononnya harga petrol di negara ini adalah yang kedua termurah di Asia..

Seperti contoh di negara ini ada dua versi - RON97 dan juga RON95..
RON 97 kebiasaannya digunakan oleh mereka yang memiliki kereta mewah yang sudah tentunya mereka juga berada dalam golongan "mewah dan berada"...

Manakala rakyat Malaysia secara majoritinya menggunakan RON95,minyak yang sesuai untuk digunakan oleh kereta biasa dan juga oleh rakyat biasa.. 

Jadi, jika kerajaan mahu membandingkan harga petrol di antara dua negara,kerajaan sepatutnya mengambil harga petrol yang menjadi kegunaan utama di kedua-dua negara...

Dan dari sini dapatlah kita lihat bahawa Indonesia sebelum ini memberikan harga petrol yang rendah bagi kegunaan rakyatnya...

P/S : 
harga petrol Indonesia yang paling murah = RM1.40 seliter
harga petrol Malaysia  yang paling murah = RM1.90 seliter
Di Indonesia tak ada UMNO tau...



7 comments:

  1. di Indonesia, 'petrol biasa' ialah 92 .. masih banyak yang ron 88 pon ada.. paling bagus di indonesia ron 95.... yang utusan buat perbandingan itu aple to aple perbandingan.. ron 95 di indon n ron 95 di malaysia....
    ada duit lebih skali skala gi la bandung ke jakarta ke medan ke... then lihat asap yang keluar dari kete diorang...

    ReplyDelete
  2. Jenis Petrol yang dijual di Indonesia adalah :
    [1] Premium (RON 88) harga IDR 6,500 [RM 2.01 ]/ liter..
    [2] Pertamax (RON 92) IDR 9,900 [RM 3.14] / liter
    [3] Pertamax Plus (RON 95) IDR 10,100 [RM 3.21] / liter

    utk kegunaan rakyat Indonesia , petrol yang biasa digunakan adalah Premium [RON 88], memang murah tapi kualitinya juga rendah,,,asap macam injin diesel...

    ReplyDelete
  3. Kepada yg 'PANDAI MEMANDAI PANDAI??' Sya syorkan penulis pi bercuti di indonesia sya syorkan SEBULAN. sewa kereta di sana DAN cuba lah beli MINYAK petrol di yg mana PENULIS cakap MURAH ( U.P BILA PENULIS MEMBELI MINYAK TERSEBUT JANGAN TANYA APA RON MINYAK TERSEBUT) "PANDULAH KERETA SEWA TERSEBUT SEKITAR JAKARTA" dalam masa percutain tersebut. "dan mari kita tengok siap yag kena" opps silap " mari kita uji.... apa RON KA MINYAK PETROL DI INDONESIA.... KEPADA penulis yg dihormati cuba pi di NEGARA INDONESIA RASA DULU..dan postkanlah semula di lama anda ini.. ( DARI YG DAH TERBERCUTI, TERBERCUBA TERMENGELAMI) sekian.......

    ReplyDelete
  4. Penulis artikel ni memamg katak bawah tempurung. Bila dah benci.. otak kita sempit bila tengok orang yang kita benci tu. Cuba persepsi tu di 'neutral'kan.. Sebagai orang Islam, bila saya cuba baca akhbar Harakah.. rasa terhina dan low self-esteem pon ada.. penuh dengan kebencian... fitnah.. fakta tak betul.. (tidak dinafikan ada artikel yang betul juga)... Jangan la tulis artikel dengan cara begini.. nampak bodoh dan buta tuli... malu Islam tau.. forget orang-orang tua haram jadah yang merosakkan bangsa dan agama (Mahathir & Anwar & Nik Aziz).. start new.. fresh.. Melayu bersatu.. Make sure orang cina tak hina Melayu and Islam.. bukan bertepuk tangan macam sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puiii... sembang lah.

      Delete
  5. Kesian penulis ni.. Aku harap dia berentilah buat dosa

    ReplyDelete
  6. Diesel murah kt sne.. 5,500 je.... korang try g bercuti kat sna...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...