Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 5 May 2013

VIDEO PESERTA FLASHMOB PR DIPUKUL PENYOKONG BN!!


Di ambang pilihanraya yang bakal diadakan esok..
satu tragedi yang tidak kita ingini telah berlaku akibat perbuatan samseng yang selama ini memang direstui oleh pemimpin BN..

Dalam satu kejadian di Pengkalan Pegoh dalam Dun Sungai Rapat,Perak penyokong BN telah menyerang secara beramai-ramai peserta flashmob Pakatan Rakyat..

Flashmob ini adalah satu cara demokrasi yang meminta orang ramai menunjukkan sokongan melalui membunyikan "hon" motor atau kereta sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat..

Penyokong BN tidak sepatutnya melakukan sebarang provokasi ataupun memukul peserta flashmob yang terlibat,kerana peserta flashmob tidak melakukan apa-apa tindakan yang mengundang provokasi pihak BN..
samada melalui kata-kata atau pun melalui tulisan plakad..

Namun..
apabila budaya samseng telah dibiarkan tanpa kawalan malah seolah-olah mereka direstui pula oleh pemimpin mereka untuk mengasari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat..

Lihat sahaja di dalam video di bawah ini bagaimana ketika penyokong-penyokong BN melakukan kekasaran dengan membaling objek ke arah penyokong PR,terdapat seorang anggota polis di situ...
namun seperti yang kita lihat di dalam video,langsung tiada sebarang arahan dari anggota polis tersebut bagi menghentikan tindakan penyokong BN itu..


Marilah sama-sama kita menolak BN dalam pilihanraya esok..
kita tolak budaya samseng yang semakin menular dalam Barisan Nasional..
kita perlu ubah dan turunkan BN sekiranya kita mahu mendidik kembali akhlak generasi muda kita yang semakin jauh tersasar dan semakin liar...

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.



Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...