Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 30 May 2013

"SEKIRANYA TIADA SIAPA BERANI TEGUR PEMIMPIN,BIARLAH SAYA YANG MENYATAKANNYA" - KHALID SAMAD


Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.


NONEMenulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.

"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.

"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.

Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.

NONEDalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.

Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.

Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.

Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.

"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.

Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".

"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!". M/kini



Apa pandangan korang..?

10 comments:

  1. Hidup Din Ayam dan mampuskan Ayah Mertua kamu.

    ReplyDelete
  2. semua ahli pas tahu khalid samad ni pembodek anwar ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18:04 adakah anda seorang pengamal assabiyah?

      “Bukanlah golongan kami orang yang menyeru kepada assabiyah. Bukan golongan kami orang yang berjuang atas dasar assabiyah dan bukan golongan kami orang yang mati kerana membela assabiyah.” (Hadis riwayat Abu Daud).

      Seorang sahabat bertanyakan Rasulullah saw, `Apakah yang dimaksudkan dengan `assabiyah’ itu? Apakah kecintaan seseorang terhadap bangsanya dikatakan `assabiyah’?’ Rasulullah saw menjawab ‘Tidak! Yang dikatakan `assabiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”. (Hadis riwayat Abu Daud)

      Delete
  3. Semua manusia nak jadi hero, maka berkokok di dalam reban sendiri, bising pasal reban sendiri yg sedikit bocor, maka hendak di bakar reban sendiri, padahal reban sebelah yg penuh najis dan hampir nak roboh menimpa reban sendiri dibiarkan, walaupun reban sebelah penuh dgn taik, inilah nasib para pemimpin gerakan Islam mereka ini seakan diambil kesempatan oleh pemimpin bawahan mereka sendiri bak kerana kelembutan mereka. Sudah sampai masanya mereka bersifat tegas spt Saidina Umar, jangan budaya menegur pemimpin secara terbuka atau tidak berhemah ini diamalkan dan jangan menganggap diri sempurna dalam serba-serbi dan tiada kesalahan dan cacat celanya. Penegur ada caranya jangan sampai membuka pekung di dada dan jangan mendabik dada hanya aku yg berani dan hebat, takut nanti syaitan akan memperdayakan kita nanti dgn perasaan riak dan sombong...dan ingatlah perbuatan kita diperhatikan oleh para ahli dan kita bukan manusia yg tidak memerlukan pertolongan org lain. Sekurang-kurang bila kita mati nanti kita memerlukan org utk mengangkat kita ke liang lahad...

    ReplyDelete
  4. Anonymous30 May 2013 22:10 pembelit lidah bercabang seperti ular... Saidina Umar dikatakan pemimpin yang suka ditegur sorok-sorok.

    Saidina Umar Al-Khatab seorang yang suka dingatkan oleh rakyatnya. Al-kisah ketika baginda meminta wang hantaran kahwin itu dikurangkan, maka bangkitlah seorang Wanita menyanggah permintaan beliau dengan ayat-ayat al-quran...

    Khalid Samad tidak berseorang.. saya sokong kata-kata beliau memperjuangkan islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah (dikuti para sahabat baginda) dan menghapuskan pembodek...

    Pembodek pemimpin dalam Pas ini umpama Abdullah bin Ubai Abdullah Bin Ubai adalah pemimpin orang Munafiq di Madinah. Di depan Rasullullah kata-kata itu manis - cium tangan kalau boleh , paling belakang najis dilontarkan....

    ReplyDelete
  5. Cleaning up now probably you more needing to get started next spring when the weather warms up.
    Remember, this is merely for those who had been certified by the state
    run.

    My webpage - grzejniki dekoracyjne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah kita "mufti", yg berani meletakkan penyokong yg taat kepada pemimpin itu adalah seorang yg munafik. Komen di atas bukannya tidak boleh menegur pemimpin tetapi menegur kena caranya, bukan secara terbuka, itupun tidak faham, kalau tidak faham bacalah dia tiga kali, supaya diri kita tidak terserlah kebodohan dalam memberi komen....

      Delete
  6. Siapakah kita "mufti", yg berani meletakkan penyokong yg taat kepada pemimpin itu adalah seorang yg munafik. Komen di atas bukannya tidak boleh menegur pemimpin tetapi menegur kena caranya, bukan secara terbuka, itupun tidak faham, kalau tidak faham bacalah dia tiga kali, supaya diri kita tidak terserlah kebodohan dalam memberi komen....

    ReplyDelete
  7. Tentu YB Khalib Samad berbangga kerana berani menegur Presiden PAS dan berjaya mengaibkan ketua sendiri dan lagi beliau tentu seorang pejuang sejati, tambahan pulak mendapat dokongan sokongan ramai pulak tu. Syabas YB Khalid anda seorang yg hebat, bijak, perkasa, genius, warak, ilmuwan, pejuang keadilan, dan aku setuju bahawa orang lain tidak cerdik tidak boleh dipakai kecuali YB Khalid...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Kalau tidak berjuang bersama PAS tidak merasapun dapat jadi YB, jangan mudah lupa diri, ingat kamu juga ramai pembodek yg akan merosakkan kamu, kamu jangan fikir hanta TGHH shj ada para pembodek, mungkin kamu dikelilingi pembodek yg membawa rebah, jangan hendak berbangga dgn sokongan pembodek...yg gunting dlm limpatan yg menggunakan kamu utk menghentam para pemimpin PAS...dan aku lihat usaha ini sudah hampir berjaya, adakah kamu sedar....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...