Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 21 May 2013

LELAKI INI LAPOR POLIS, MENGAKU MENGUNDI DUA KALI!!


Setiap kali pilihanraya diadakan di Malaysia ini..
rakyat Malaysia di sajikan dengan penipuan keputusan pilihanraya..
jika dahulunya kita tak ada media sosial untuk kita kongsikan penipuan ini,namun kini keadaan sudah berbeza..

Kita ada bukti bergambar termasuklah rakaman video..
rakyat juga sudah bijak menilai dan juga bijak dalam menguji..


Ini termasuklah apa yang telah dilakukan oleh seorang anak muda berusia 23 tahun,Saudara Fadhli Khaharruddin dari Kuantan,Pahang dalam mendedahkan kepincangan sistem pengundian negara kita ini yang dijanjikan telus oleh SPR..

Untuk menunjukkan sistem yang digunapakai oleh SPR ini langsung langsung tidak menjamin bahawa seseorang itu hanya boleh mengundi hanya sekali sahaja,maka Fadhli Khaharruddin telah membuat sesuatu bagi membuktikan bahawa seseorang itu masih boleh pergi mengundi 2 kali walaupun menggunakan dakwat kekal yang hanya kekal 5 minit itu...

Ketika hari mengundi pada 5 May 2013 lalu,Fadhli telah pergi mengundi pada pukul 10:30am di saluran 4,di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap..
dan beliau kemudiannya keluar mengundi sekali lagi pada pukul 1:15pm di tempat yang sama...

Menurut Fadhli..
dia menggunakan cecair peluntur dan sabun untuk manghilangkan dakwat kekal pada jarinya dan kesan dakwat pada jarinya terus hilang dalam tempoh itu juga..

""jadi saya mengambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi' kata fadhli..
 
Jadi sekarang mari kita lihat apa kata SPR dan juga pembela-pembela tegar SPR...

Jika semua petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat ditolak oleh SPR dan sistem undang-undang negara ini,maka janganlah marah jika rakyat bangkit dengan sendirinya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...