Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 31 May 2013

TURUN HARGA RON 97 - KOSMO SINDIR BN


Baru-baru ini kerajaan menurunkan harga minyak orang kaya,RON 97 sebanyak 20 sen..
menjadikan RON 97 berharga RM2.70sen seliter..
penurunan harga minyak orang kaya tersebut langsung tidak memberi apa-apa impak ke atas kehidupan rakyat jelata kerana rata-rata rakyat biasa tidak menggunakan RON 97..
rakyat biasa di Malaysia ini menggunakan RON 95 untuk kenderaan mereka dan sememangnya itulah realitinya di Malaysia ini..

Thursday, 30 May 2013

"SEKIRANYA TIADA SIAPA BERANI TEGUR PEMIMPIN,BIARLAH SAYA YANG MENYATAKANNYA" - KHALID SAMAD


Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.

Tuesday, 21 May 2013

ANGGOTA KABINET SARAWAK NAIK GAJI KERANA KOS SARA HIDUP??


Anggota kabinet Sarawak yang sudah kaya raya dengan memiliki harta yang tidak terfikir oleh rakyat Sarawak hari ini menjalankan tugas mereka setelah dipilih oleh rakyat dengan meluluskan kenaikan gaji mereka sendiri..

Kenaikan gaji ahli pentadbiran serta Adun Sarawak itu dilakukan setelah mengambil kira kenaikan kos sara hidup rakyat bawahan...
rakyat bawahan yang sedang hidup susah,tapi pemimpin Sarawak pula yang dapat kenaikan gaji..
memang terbaik...

LELAKI INI LAPOR POLIS, MENGAKU MENGUNDI DUA KALI!!


Setiap kali pilihanraya diadakan di Malaysia ini..
rakyat Malaysia di sajikan dengan penipuan keputusan pilihanraya..
jika dahulunya kita tak ada media sosial untuk kita kongsikan penipuan ini,namun kini keadaan sudah berbeza..

Kita ada bukti bergambar termasuklah rakaman video..
rakyat juga sudah bijak menilai dan juga bijak dalam menguji..

Sunday, 5 May 2013

HARI MENGUNDI - TUAN GURU NIK AZIZ PUN BERATUR, TIADA PROTOKOL


Walau pun sudah berusia..
walaupun beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan..
tetapi beliau tetap beratur sama seperti rakyat marhaen yang lain..
beliau tetap juga menunaikan amanah sebagai rakyat Malaysia tanpa sebarang protokol..
Itulah Tuan Guru Nik Aziz yang aku sanjungi...

Ini kalilah!!

VIDEO PESERTA FLASHMOB PR DIPUKUL PENYOKONG BN!!


Di ambang pilihanraya yang bakal diadakan esok..
satu tragedi yang tidak kita ingini telah berlaku akibat perbuatan samseng yang selama ini memang direstui oleh pemimpin BN..

Dalam satu kejadian di Pengkalan Pegoh dalam Dun Sungai Rapat,Perak penyokong BN telah menyerang secara beramai-ramai peserta flashmob Pakatan Rakyat..

Flashmob ini adalah satu cara demokrasi yang meminta orang ramai menunjukkan sokongan melalui membunyikan "hon" motor atau kereta sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat..

Penyokong BN tidak sepatutnya melakukan sebarang provokasi ataupun memukul peserta flashmob yang terlibat,kerana peserta flashmob tidak melakukan apa-apa tindakan yang mengundang provokasi pihak BN..
samada melalui kata-kata atau pun melalui tulisan plakad..

Namun..
apabila budaya samseng telah dibiarkan tanpa kawalan malah seolah-olah mereka direstui pula oleh pemimpin mereka untuk mengasari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat..

Lihat sahaja di dalam video di bawah ini bagaimana ketika penyokong-penyokong BN melakukan kekasaran dengan membaling objek ke arah penyokong PR,terdapat seorang anggota polis di situ...
namun seperti yang kita lihat di dalam video,langsung tiada sebarang arahan dari anggota polis tersebut bagi menghentikan tindakan penyokong BN itu..


Marilah sama-sama kita menolak BN dalam pilihanraya esok..
kita tolak budaya samseng yang semakin menular dalam Barisan Nasional..
kita perlu ubah dan turunkan BN sekiranya kita mahu mendidik kembali akhlak generasi muda kita yang semakin jauh tersasar dan semakin liar...

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.



Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

Saturday, 4 May 2013

NAJIB SEMAKIN TIDAK KERUAN - BN PEKAN SEBAR RISALAH PALSU!!


Pilihanraya akan diadakan esok..
kalau mengikut kajian dan semua perkembangan yang ada di mutakhir ini..
Pakatan Rakyat akan berjaya menubuhkan kerajaan...

Dan oleh kerana itulah di hari-hari terakhir sebelum menjelang pilihanraya ini kita nampak BN semakin tidak keruan..
mereka mula memainkan cara kotor dengan mengedarkan risalah-risalah palsu termasuklah terdapatnya edaran Harakah palsu..

Thursday, 2 May 2013

AKTIVITI PAKATAN RAKYAT DI PUTRAJAYA - PENDUDUK PUTRAJAYA DIBERI AMARAN KERAS


Memandangkan setiap kali ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Putrajaya berjaya menarik jumlah hadirin yang begitu ramai sehingga mencecah puluhan ribu maka Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya mula mengeluarkan notis amaran kepada penduduk yang mendiami kuarters kerajaan di Putrajaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...