Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 2 April 2013

MAHATHIR DAKWA MAHASISWA TAMAK - MAHASISWA JAWAB MAHATHIR!!!


Baru-baru ini Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa di negara ini sebagai tamak dan terlalu selesa sehingga tidak lagi mahu berterima kasih dengan kerajaan BN..

Kelihatan Mahathir masih menggunakan tektik lapuk UMNO dengan mudah melabel mahasiswa sebagai tidak tahu berterima kasih,tamak dan tidak bersyukur apabila beliau mendapati kebanyakan dari mahasiswa masakini tidak lagi menyokong kerajaan BN yang korup dan gagal menjalankan amanah rakyat..
Ini kenyataan Mahathir yang dimaksdukan..


Dan ini pula jawapan balas dari Mahasiswa Keadilan Malaysia...
kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Presidennya sendiri,Haziq Abdul Aziz..
mari kita baca apakah benar mahasiswa-mahasiswa di negara ini tidak bersyukur apabila mereka mahu memilih pentadbiran yang lain selain dari BN..




                                            Tun Mahathir harus muhasabah diri

Mahasiswa Keadilan Malaysia ingin mengeluarkan kenyataan balas berhubung dengan  kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucaptama dalam program “Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka bertarikh 30 Mac 2013. 


Beliau menuduh mahasiswa sekarang sebagai tamak dan tidak bersyukur dengan pemberian kerajaan.

Pada pendapat kami, mahasiswa bukanlah tamak dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Cuma kami menuntut supaya penambahbaikan dilakukan untuk sistem pengajian tinggi negara. 


Kualiti silibus, metod pengajaran,demokrasi kampus, autonomi universiti dan dasar yuran pengajian masih banyak yang perlu dibaiki. Sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan yang terbaik untuk rakyat. Dan sememangnya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memikirkan apa yang terbaik untuk negara.

Mahasiswa juga tidak terikat untuk mengundi parti yang memerintah sekarang. Sekiranya mahasiswa merasakan apa yang dilakukan sekarang tidak sempurna, banyak kepincangan dan salah laku, maka itu adalah hak mereka untuk mengkritik dan mempertikai. 


Mahasiswa juga mempunyai hak untuk mengundi parti yang mereka rasa lebih layak untuk meneraju kerajaan.

Tun Dr.Mahathir seharusnya muhasabah diri sebelum menuduh pihak lain tamak dan tidak bersyukur. Muhasabah diri untuk apa yang beliau telah lakukan kepada demokrasi dan pentadbiran negara. Demokrasi negara hancur di bawah pentadbiran beliau. 


Begitu juga dengan demokrasi dan kebebasan akademik di kampus. Beliau jugalah yang menggubal undang-undang zalim seperti AUKU untuk menyekat kebebasan berekpresi mahasiswa.



Haziq Abdul Aziz
Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia

2 April 2013

4 comments:

  1. Everything is very open with a clear clarification of the issues.
    It was definitely informative. Your website is very useful.
    Thanks for sharing!

    Here is my homepage; click For petite Goldendoodle Info

    ReplyDelete
  2. Everything is very open with a clear clarification of
    the issues. It was definitely informative. Your website
    is very useful. Thanks for sharing!

    Have a look at my blog post; click For petite Goldendoodle Info

    ReplyDelete
  3. Excellent site you have got here.. It's difficult to find excellent writing like yours nowadays. I seriously appreciate individuals like you! Take care!!

    Also visit my blog - Important Link

    ReplyDelete
  4. Thankfulness to my father who informed me about this webpage, this
    web site is actually awesome.

    Also visit my blog Read More Here

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive