Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 22 April 2013

MAAFKAN ZUL KULIM YANG PANGGIL INDIA "KELING" - PINTA NAJIB RAZAK



Demi kemenangan BN dalam pilihanraya di kerusi Parlimen Shah Alam di mana BN diwakili oleh calon buangan PR Zulkifli Nordin,Najib memohon masyarakat india supaya melupakan penghinaan yang telah di buat oleh Zul Kulim terhadap masyarakat India yang dilakukan beliau pada 6 March 2013...


Begitu mudah Najib meminta masyarakat India melupakan penghinaan tersebut demi mahukan undi dari masyarakat India..
bermakna lepas menang nanti Zulkifli Nordin boleh panggil orang india sebagai "keling" lagi lepas tu minta maaf lagi..?

Pemuda UMNO pulak boleh pijak kepala lembu lepas tu UMNO akan minta maaf pada kaum india lagi..? 

Sepatutnya Najib tak calonkan seorang yang terlampau mengamalkan sikap perkauman seperti Zul Kulim ni..

Sifat pendirian beliau yang sangat perkauman tidak sesuai untuk masyarakat di Shah Alam dan juga Malaysia umumnya memandangkan kita mempunyai masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum termasuklah India...

Nak tengok video Zul Kulim ni hina masyarakat india dalam ceramah politiknya..
sila lihat sini..

Najib: Lupakanlah, Zul Noordin sudah minta maaf 

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba memadamkan kemarahan ekoran kenyataan naib presiden PERKASA berhubung penganut Hindu dan mendakwa masyarakat India kini mula menerima bekas MP PKR itu.
Malah, ada di kalangan masyarakat India yang mencium Zulkifli, kata Najib yang menambah beliau menyokong pencalonan Zulkifli untuk kerusi parlimen Shah Alam.

"Lupakanlah kenyataan yang dibuatnya. Dia sudah meminta maaf. Biarkanlah," kata penyandang kerusi parlimen Pekan itu yang menekankan bahawa kenyataan kontroversi berkenaan dibuat ketika Zulkifli berada di dalam parti yang "kolot".

Tambahnya, Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.

"Orang India mahu kuil, sekolah. Beliau beritahu saya beliau akan dapatkan apa yang mereka mahu," kata Najib.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive