Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 30 April 2013

KAJI SELIDIK MPN MENYEBELAHI NAJIB!!


Ramai pemimpin BN yang sakit hati bila tengok hasil kajian UMCEDEL baru-baru ini..
kaji selidik UMCEDEL yang menunjukkan bahawa peratusan yang menganggap Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri adalah besar berbanding dengan Najib..



Keputusan kajian UMCEDEL itu juga ditolak bulat-bulat oleh Najib yang mengatakan hasil kajian itu sebagai karut..
malah beliau mengatakan bahawa beliau ada kajian beliau sendiri dan melalui hasil tinjauan yang dilakukan oleh pihak beliau,BN masih lagi menjadi pilihan rakyat..


Yer..
kalau kita lihat suasana sekeliling kita di seluruh negara sekarang ni,bagaimana rakyat bangkit dan berani menyatakan pendirian mereka untuk menolak UMNO dan BN..
bagaimana ramainya artis-artis yang sudah berani menyatakan pilihan politik mereka..
bandingan jumlah kehadiran di ceramah-ceramah politik..
maka kita hanya akan tersenyum bila baca kenyataan Najib itu..

Dan sebagai tindak balas ke atas hasil kajian UMCEDEL tersebut maka sebelum pilihanraya ke 13 ahad ini nanti..
Majlis Profesor Negara (MPN) akan mengeluarkan pula hasil kaji selidik mereka..

Kalau kita lihat kenyataan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, maka kita pasti,hasil kaji selidik MPN itu nanti akan menyebelahi BN..

Mungkin pembentangannya itu nanti akan menyatakan 65% responden memilih Najib lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar..

Bagaimana aku tahu hasil kaji selidik MPN tu akan menyebelahi BN..?
baca kenyataan Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak ini..


Kah..kah..kah..
apabila UMCEDEL bentangkan hasil kaji selidik mereka, Najib tolak, penganalisis politik BN tolak, pemimpin BN tolak, Majlis Profesor Negara (MPN) sendiri pun menolaknya..

Lepas tu MPN keluar kenyataan bahawa sebelum PRU ke 13, MPN akan bentangkan hasil kaji selidik mereka pulak..

Dan yang paling tak tahan tu, MPN keluar kenyataan meminta "rakyat bersabar dan melihat sendiri hasil kajian oleh MPN"

Maka kita dah boleh agak ler apa hasilnya nanti tu..
tak lain tak bukan keputusannya nanti akan memihak kepada Najib..

Ia boleh kita umpamakan macam budak-budak bergaduhkan robot..
bila kawan Ahmad tunjukkan robot dia yang canggih siap boleh cabut tangan dan tukar kepada pedang, maka dah tentulah Ahmad yang tak puas hati akan  kata "tunggulah aku beli robot baru,aku tunjuk kat ko nanti,ko tengoklah.." 

Dan dah tentulah juga Ahmad akan beli robot yang lebih canggih bagi mengalahkan robot kawannya tadi..


Macam tu le jugak kisahnya kajian MPN tu nanti..
mesti Anwar kalah punyalah dalam pembentangan MPN tu nanti..
kah..kah..kah... sebijik macam bebudak MPN ni..

Baca kenyataan penuh ketidakpuasan Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak di bawah ni...


Cubalah kalau kajian UMCEDEL tu menyebelahi Najib..
mesti tak akan dianggap karut oleh Najib dan konco-konconya kan..?
dan MPN pulak tidak akan kelam kabut nak keluarkan hasil kajiannya kan..? 

Apalah gunanya keluarkan hasil kajian secara kelam kabut hanya untuk menggembirakan Najib..?
apakah dengan pembentangan hasil kaji selidik yang keputusannya boleh diagakkan itu akan mengubah pandangan rakyat terhadap Najib dan Anwar dan keputusan pilihanraya?


5 comments:

  1. buatlah apa yg patut MPN jnji najib seronok dan syok sendiri..berkata benarlah walaupun pahit

    ReplyDelete
  2. tunggu 050513 taulah kajian sapa betul

    ReplyDelete
  3. MPN kena berani menyatakan kebenaran.......
    Andainya apa yang dikeluarkan jauh bertentangan dengan keputusan PRU13 pada 5 Mei nanti, ia akan mencalar kredebilti MPN itu sendiri...

    ReplyDelete
  4. jangan main musykil2 aje Prof oiii..

    kalau nak cabar kajian orang, mestilah berdasarkan fakta dan hujah bukan main ikut perasaan dan arahan orang

    macamana la nak maju negara kalau setiap hasil kajian terpaksa mengikut acuan yang ditetapkan

    ReplyDelete
  5. I'm extremely inspired together with your writing skills and also with the format to your blog. Is that this a paid subject matter or did you customize it your self? Anyway stay up the nice high quality writing, it is uncommon to peer a great weblog like this one today..

    my site :: useful mini goldendoodle puppy details

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive