Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 22 April 2013

DEMI UNDI,NAJIB MINTA RAKYAT TENGOK DIA SEDANG MENDIRIKAN SOLAT!!


Orang yang selalu mendirikan solat,tak kira samada solat fardhu atau sunat, tidak akan menganggap solatnya itu sebagai satu perkara yang baru dan pelik kepada dirinya sehingga ianya perlu ditunjuk-tunjuk atau mahu ianya dipuji manusia lain..

Senang cerita, orang yang selalu solat tidak akan anggap ketika dia mendirikan solat itu sebagai satu perkara luar biasa yang beliau lakukan sehingga perlu di hebahkan pada orang ramai..
orang yang selalu solat, akan solatlah dia apabila sampai waktunya,selepas solat fardhu dilakukan pula solat sunat (kecuali waktu terlarang) tak kira samada orang melihat atau tidak..

Namun berbeza dengan Najib ni.. 
dia minta rakyat tonton video yang sememangnya disediakan khas untuk merakam beliau melakukan solat hajat..


Anwar Ibrahim,Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz pun banyak kali buat solat sunat,solat sunat hajat...
solat fardhu tak payah cerita ler..
tapi tak pernah pun Anwar,TGHH dan TGNA nak minta supaya rakamkan waktu mereka sedang solat,lepas tu masuk youtube kemudian buat status kat FB atau Twitter "marilah tengok video saya sedang solat,saya rasa hebat kerana saya solat hari ini"

Kebiasaannya orang yang jarang melakukan sesuatu perkara itu,apabila dia melakukan perkara tersebut,dia akan anggap ianya satu perkara luar biasa dan perlu dihebahkan..
maka dia merasakan yang orang ramai perlu tahu bahawa "hari ini saya sudah melakukan sesuatu yang baru dalam hidup saya,saya buat solat hajat"

Tidak di nafikan bahawa mendirikan solat itu adalah satu sifat yang baik kerana melakukan ibadah kepada Allah..

Tetapi, sehingga sanggup mengajak orang ramai untuk menonton video sedang solat membuatkan aku terfikir apakah mungkin Najib merasakan beliau sudah melakukan sesuatu yang teramat baik dalam hidupnya apabila melakukan solat hajat sehingga beliau merasakan rakyat perlu melihat beliau bersolat..?

Apakah Najib tidak tahu Nabi Muhammad SAW. melarang sikap riak dan sikap suka menunjuk-nunjukkan solat kepada manusia..?

Dari Mahmud bin Lubaid dia berkata: Telah keluar Rasulullah saw. sambil berkata, "Wahai sekalian manusia, jauhilah olehmu perbuatan syirik yang tersembunyi." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah syirik yang tersembunyi itu?" Baginda menjawab, "Iaitu seseorang berdiri menjalankan solat lalu dia menghiasinya (memanjangkan) solatnya dengan bersungguh-sungguh kerana manusia melihatnya. Itulah syirik yang tersembunyi." - [Sahih Targhib wa Tarhib 1/17]

Nabi Muhammad SAW juga bersabda ;
"Janganlah engkau belajar satu ilmu untuk bermegah-megah di hadapan para ulama, mempermainkan orang bodoh serta untuk menguasai majlis. Maka barangsiapa berbuat demikian maka apilah (nerakalah) berhak baginya." - [Riwayat Ibn Majah:254, Ibn Hibban:90, Hakim I/86]

Biasanya orang yang jahat jer yang akan berusaha promote diri dia tu sebagai insan yang baik di mata manusia lain..

Najib solat kerana Allah atau kerana undi ni..?

1 comment:

  1. Saya ada diberitahu begini dgn guru agama saya. Tlg betulkan jika saya silap. Diakhirat nanti akan bertanya seseorg kenapa sembahyang dan amal jariahnya tidak mendapat ganjaran? Maka di jawab, kamu telah mendapat ganjarannya semasa didunia dimana kamu dipuji dan sisanjung kerana melakukan solat and amal jariah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive