Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 19 April 2013

DAP GUNA LOGO PAS & PKR ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA!!!


DAP akan menggunakan logo PAS dalam PRU13 di seluruh semenanjung Malaysia manakala DAP akan menggunakan logo PKR di Sabah dan Sarawak..
ini berikutan DAP sehingga kini tidak dapat lagi surat penarikan balik penggantungan jawatankuasa eksekutif  DAP daripada ROS (Pendaftar Pertubuhan)..

Bagi aku,ini merupakan satu perkembangan yang baik juga bagi Pakatan Rakyat..
sebab dalam kertas undi di semenanjung nanti akan hanya ada logo BN vs PAS & PKR sahaja...


Ini dapat memberikan kelebihan undi bagi pengundi melayu atas pagar yang selama ini ada pandangan negatif pada logo DAP..

Bayangkan jika seorang makcik melayu tua (berpendirian atas pagar) yang mengundi di parlimen yang calon BNnya adalah MCA menggunakan lambang BN manakala di pihak PR,calonnya adalah DAP tetapi menggunakan lambang PAS,sudah pastilah makcik tua ini akan memangkah logo PAS di kertas undi...

Mereka merancang untuk mengalahkan kita,menyusahkan kita tetapi sebenarnya ada hikmah besar disebaliknya...

Bagi pengundi Cina pula kita tak perlu bimbang...
kerana pengundi Cina semuanya bermaklumat,mereka pasti tahu isu perkara logo ini..


DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

M/kini.

4 comments:

  1. Having read this I thought it was extremely informative.
    I appreciate you spending some time and energy to put this informative article together.
    I once again find myself spending a lot of time both reading and
    commenting. But so what, it was still worth it!

    My web-site yellow lab Golden retriever Mix

    ReplyDelete
  2. This is a good tip particularly to those new to
    the blogosphere. Short but very accurate information… Thank you for sharing this one.

    A must read article!

    my web blog - Visit For miniature retriever stuff

    ReplyDelete
  3. Hello, i think that i saw you visited my site so i got here to go back the favor?
    .I am attempting to find issues to enhance my website!
    I suppose its good enough to make use of a few of your
    ideas!!

    Feel free to surf to my webpage - continue reading

    ReplyDelete
  4. Good way of describing, and fastidious paragraph to obtain facts regarding my presentation topic,
    which i am going to deliver in college.

    Check out my web page - important link

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive