Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 29 April 2013

BEGINILAH PEMIMPIN YANG KITA MAHU!!


Macam inilah pemimpin yang kita mahu...
menerangkan matlamat perjuangan untuk membela rakyat teramai kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit atau warna baju...

Dr. Siti Mariah Mahmud penyandang Parlimen Kotaraja yang kini bertanding mempertahankan parlimen Kotaraja menerangkan sesuatu berkenaan perjuangan Pakatan Rakyat kepada seorang remaja yang memakai baju BN..


Di kawasan Parlimen Kotaraja ini, memang BN kawasan ini ada mengedarkan baju BN secara percuma dalam kuantiti yang begitu banyak sekitar dua minggu lepas kepada golongan remaja dan meminta remaja-remaja berkenaan memakai baju BN, supaya BN nampak kuat di mata rakyat..

Melalui seorang rakan dalam UMNO mengatakan,mereka berbuat demikian dengan tujuan supaya
peruntukan "lebih" dapat diberikan kepada BN Kotaraja..

Kebanyakan remaja tersebut hanya memakai baju tanpa mengenal erti politik..
mereka pun sebenarnya tidak tahu apa yang mereka perjuangkan..

Jadi apabila ada pemimpin seperti Dr. Siti Mariah ini sanggup menerangkan fakta perjuangan pakatan Rakyat kepada remaja seperti ini,ianya mungkin dapat memberikan pemahaman kepada remaja terbabit..

Dan mungkin dari situ pula maklumat akan disampaikan kepada rakan-rakannya..
dan apabila mereka faham..
mungkin mereka akan tertanya sesama sendiri kenapa mereka perlu melakukan provokasi terhadap ceramah Pakatan Rakyat,sedangkan Pakatan Rakyat hanya mahu membantu rakyat di negara ini..

Hidayah adalah dari Allah..
penerangan dakwah adalah kerja kita..
jadi,janganlah berputus asa dalam memberikan penerangan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive