Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 15 March 2013

UTUSAN MELAPORKAN BALA MENGAKU LETIH JADI ALAT POLITIK!!



Memang sangat kelakar..
Media UMNO yang memegang rekod sebagai akhbar yang paling banyak kena saman dan paling banyak pula kalah dalam saman akibat suka melaporkan berita yang tidak benar dan fitnah,kali ini melaporkan bahawa Bala sempat membuat pengakuan di hadapan wartawan Utusan bahawa Bala rasa letih berasa 'sangat letih' menjadi alat politik pihak tertentu...

Utusan mengatakan pengakuan Bala ini dibuat kepada mereka semalam,iaitu sehari sebelum Bala meninggal dunia..
 
Dan yang menariknya,Utusan hanya menyiarkan "pengakuan letih Bala" di Utusan Online selepas Bala meninggal dunia hari ini...

Sudah tentulah Utusan tahu Bala tiada lagi untuk menafikan perkara yang dilaporkan oleh mereka..

Bala merupakan saksi penting dalam skandal Altantuya dan beliau berpegang teguh dengan pendirian dan pengakuan bersumpah beliau dalam mendedahkan penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya 7 tahun lalu..

Jadi korang fikir sendirilah,kalaulah betul Bala membuat pengakuan seperti yang didakwa oleh Utusan itu,adakah Utusan akan menunggu sehingga pukul 7.42pm hari ini (waktu utusan online menyiarkan berita ini)
untuk menyiarkan berita pengakuan panas Bala tersebut..?

Kalau betul ler,sudah tentu Utusan akan siarkan laporan mengenainya 5 minit selepas Bala berkata demikian...

Dan yang paling kelakarnya,Utusan juga turut melaporkan Bala menafikan beliau telah disihir sehingga jatuh sakit...

Tentulah rakyat faham ini adalah sebagai langkah membersihkan nama Rosmah Mansur yang sebelum ini di dedahkan oleh Deepak sebagai wanita yang kuat mengamalkan sihir..

Dan sehingga kini pendedahan Deepak mengenai Rosmah mengamalkan sihir itu belum diambil apa-apa tindakan oleh Rosmah,samada menafikan,membuat laporan polis mahupun menyaman Deepak..

Semangat Bala untuk mendedahkan dan masih bersemangat untuk mencari keadilan bagi Altantuya dapat kita lihat pada isnin baru-baru ini..

Pada Isnin baru-baru ini kenyataan Bala masih lagi menunjukkan beliau masih lagi berpegang teguh dengan pendirian beliau dalam mencari keadilan untuk Altantuya...

Bala, mengikut kepercayaannya mengatakan menyakini bahawa "pihak di atas" dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.

"Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan," kata Bala pada Isnin lalu.


Dan selepas Bala meninggal dunia Utusan tiba-tiba nak kata Bala rasa letih dan rasa dipergunakan oleh pihak tertentu..?

Kah..kah..kah...

1 comment:

  1. Assalamualaikum. . =) Saya nak tnya awak nak lose weight x? Atau awak tahu sape2 yg nak lose weight?contact saya farhan natasya 0132037120

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive