Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 19 March 2013

SHARIZAT PERTAHAN KELUARGANYA BELI KONDOMINIUM MEWAH SINGAPURA


Ketua Wanita UMNO,Sharizat Abdul Jalil mempertahankan pembelian kondominium mewah di Singapura yang menggunakan nama peribadi ahli keluarganya dari dana pinjaman mudah kerajaan untuk projek ternakan lembu fidlot yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta..

Sharizat berkata nama ahli keluarganya digunakan bagi pembelian kondominium mewah itu adalah kerana syarikat suaminya, National Feedlot Corporation tidak dapat membuat pinjaman di Singapura..
maka terpaksalah menggunakan nama ahli keluarganya sendiri untuk membeli kondominium mewah tersebut..

Dan yang menarik..
Sharizat tidak pasti berapa banyak kondominium yang telah dibeli oleh keluarga beliau
beliau cuma dapat mengesahkan bahawa satu unit kondo telah dibeli..
sebelum ini telah didedahkan oleh Rafizi bahawa keluarga Sharizat telah beberapa unit kondominium mewah di Singapura, [BACA SINI] dan [SINI]

Yang rakyat persoalkan adalah..
1) Benarkah pembelian kondo itu untuk pelaburan syarikat NFC atau pun untuk kegunaan peribadi?

2) Jika pelaburan,kenapa perlu beli kediaman dan tidak banggunan pejabat atau hartanah lain yang lebih cepat pulangan pelaburannya?

3) Sharizat mengatakan disebabkan syarikat suaminya itu satu syarikat baru,maka tidak layak untuk membuat pinjaman di Singapura,dan ini lebih menimbulkan tandatanya bagaimanakah syarikat yang baru ini dan tiada pula pengalaman boleh dapat tender yang bernilai RM250 juta dari kerajaan BN?

4) Pengeluaran daging lembu yang dikeluarkan oleh syarikat suami Sharizat itu jauh dari sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan semasa projek ini dijalankan iaitu 60,000 ekor setahun sedangkan syarikat suami Sharizat hanya mengeluarkan sekadar 8,000 ekor setahun [BACA SINI] tidak berbaloi dengan peruntukan RM250 juta yang telah diberikan.

Petikan dari Malaysiakini,

Beliau yang disoal balas semasa perbicaraan kes samannya ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddiin berkata, keluarganya menggunakan nama mereka untuk membeli kondominium berkenaan memandangkan syarikat terbabit – National Feedlot Corporation – tidak dapat membuat pinjaman.

"Saya difahamkan bahawa, disebabkan NFC satu syarikat yang baru dimulakan, mengikut undang-undang Singapura ia tidak boleh memohon pinjaman di negara itu.

“Maka mereka terpaksa melakukannya (membuat pembelian) menggunakan nama peribadi,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada wang yang digunakan untuk membeli kondominium tersebut adalah daripada pinjaman mudah NFC sebanyak RM250 juta dari kerajaan, walau pelaburan itu dibuat untuk syarikat tersebut.

Beliau juga tidak pasti berapa banyak kondominium di Singapura yang dibeli dengan nama keluarga berkenaan untuk NFC namun mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya sebuah kondominium telah dibeli.

PKR pada Disember 2011 mendakwa suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah membeli kondominium mewah seluas 2,282 kaki persegi di Anthony Road, Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa keluarga Shahrizat membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites.



2 comments:

  1. Perancangan jangka panjang kat jat jangan kaco. heheee tak lama dahh, mungkin hujung bulan nih kat jat pindah singapura

    ReplyDelete
  2. xdak..xdak..pi balik karachi tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive