Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 12 March 2013

PENYOKONG SETIA UMNO BERDEMO TUNTUT LAYANAN ADIL DARI KERAJAAN NEGERI BN!!



Najib seringkali melaung-laungkan kerajaan BN prihatin dengan masalah kehidupan rakyat..
Najib juga, sebaik sahaja menjadi PM..
beliau sepantas kilat mencari slogan bagi menggantikan slogan "Islam Hadhari" yang dahulunya menjadi slogan keramat Pak Lah..
lalu Najib mencipta slogan "Pencapaian di Utamakan Rakyat Didahulukan" bagi menunjukan konon-kononnya kerajaan mendahulukan rakyat..

Tapi yang nyatanya..
semua itu hanyalah sekadar slogan kosong semata-mata..


Itulah yang menimpa penyokong setia kerajaan BN dan UMNO Kampung Melayu Sempalit,Pahang...
sehingga menyebabkan mereka mengadakan demo aman membantah ketidakadilan jabatan kerajaan di negeri di bawah pemerintahan BN,Pahang.

Penduduk kampung kesal dan terkilan dengan layanan sebuah jabatan kerajaan yang mereka dakwa tidak adil dalam menangani isu perusahaan tanah pertanian sehingga berlaku dua insiden tangkapan penduduk yang sedang mengusahakan pertanian di kawasan Semantan Ulu iaitu pada 28 Disember 2012 dan juga pada 5 Mac 2013 baru-baru ini..

Manaf Awang, 53, berkata, berlaku dua insiden tangkapan penduduk yang sedang mengusahakan pertanian di kawasan Semantan Ulu iaitu pada 28 Disember tahun lalu dan 5 Mac lepas.
Menurutnya, keadaan itu menyusahkan penduduk terbabit kerana peralatan digunakan termasuk motosikal turut dirampas.

“Mereka yang terlibat ini hanya mengusahakan tanaman getah atas tanah yang sudah dipohon sejak sekian lama.

“Malah ia adalah permohonan secara berkelompok demi jaminan masa depan generasi ketiga penduduk Kampung Melayu Sempalit,” katanya.

Sudah lama memohon
Seorang lagi penduduk, Jamil Mustaffa, 72, berkata, tanah seluas lebih 445 hektar itu dipohon 265 penduduk sejak 1970 lagi.

Katanya, permohonan di bawah usaha Pembesaran Kampung Melayu Sempalit itu dikendalikan Ketua Kampung ketika itu, Musa Imam Genggam.






“Masih segar dalam ingatan permohonan itu diluluskan secara lisan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Abd Rashid Abd Rahman ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cawangan Kampung Melayu Sempalit.

“Tugas memantau status permohonan itu kemudiannya diteruskan bekas Ketua Kampung Melayu Sempalit, Hassan Abd Latif dan perkembangannya diikuti dari masa ke masa oleh pemohon serta waris mereka hingga ke hari ini,” katanya.

Usaha tanaman Getah

Abdul Samad Mustaffa, 71, pula berkata, permohonan dalam kawasan Hutan Simpan Klau itu diusahakan tanaman getah memandangkan kawasan itu tidak ada lagi kayu balak.

Katanya, perusahaan tanaman itu mendapat perhatian dan makluman Pejabat Tanah Daerah serta di bawah pengetahuan Pegawai Daerah.

“Hampir setahun lalu pemohon mengusahakan tanaman getah demi kelangsungan hidup dan peningkatan ekonomi generasi berikutnya.

“Tetapi usaha mereka terbantut apabila menerima tindakan penahanan dan sita daripada jabatan berkaitan sedangkan di lokasi dan perkampungan lain tindakan seumpama itu tidak pula berlaku,” katanya.

Dia berkata, penduduk juga boleh melihat dan menilai tindakan yang tidak adil kerana beberapa lokasi lain turut mengusahakan tanaman tanpa kekangan sehingga sudah mengeluarkan hasil.









Harap toleransi

Generasi muda Kampung Melayu Sempalit, Ahmad Faizol Anuar, 21, berkata, sebahagian besar generasi ketiga kampung itu sudah pun berumah tangga tetapi tidak memiliki sebidang tanah sekali pun.

Menurutnya, situasi itu mengakibatkan sebilangan daripada mereka berhijrah ke tempat lain tetapi nasib masih belum menyebelahi mereka.

“Kita mohon diberikan kelonggaran sama seperti pemohon lain yang sebahagiannya sudah pun mendapat hasil perusahaan masing-masing terutama bangsa asing,” katanya.


Baru hangpa tahu BN perangai macam apa...?

1 comment:

  1. Itu la nasib anak pahang jati. Felda sibuk dgn tuntutan generasi kedua anak peneroka tapi anak jati pahang sehingga kini, tapak rumah pun x dpt. Seme di bagi kepada sedara mara pemimpin. Sedar la anak pahang, hak anak pahang kena kita pejuangkan. Kalau kita ke negeri2 lain di semanjung, susah anak negeri lain nak dtp tanah, nak beli rumah pun susah kalau korang tak di lahirkan di sana tapi di pahang...korang kira berapa byk kampung org kelantan, kg org kedah, kg org bajar, kg org asal indonesia...fed up bro bila tengok tanah di pahang ni jadi hak milik org negeri lain, bangsa lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive