Tak sangka aku..
masih ada juga rakyat Malaysia yang terpaksa ikat perut dalam meniti kehidupan mereka sehari-hari..
Kalau ikut kata Najib,duit BR1M sebanyak RM500 tu akan cukup untuk makan setahun..
Najib cakap seolah-olah menggunakan hidung,sesuka kembang sesuka kuncup..
seolah-olah hidup ni hanya nak beli bawang jer selama setahun...
Kisah pakerja operasi am Ladang Plantation
Felda Selendang,Pahang yang sentiasa "ikat perut" demi 6 orang anak sejak kematian suami beliau setahun yang lalu wajar diambil perhatian oleh pemimpin BN yang selama ini tidak pernah tahu keluh kesah rakyat jelata..
sebab itulah Najib sampai boleh cakap RM500 BR1M tu cukup untuk setahun.
SELENDANG – “Selagi nyawa dikandung badan, saya tak akan biar anak-anak
terus hidup sengsara. Saya akan terus berjuang bagi memastikan mereka
berjaya dalam pelajaran,” demikian kata ibu tunggal, Siti Aminah
Abdullah, 36.
Siti Aminah yang hidup serba kekurangan mengakui berdepan cabaran dalam
membesarkan enam anaknya seorang diri sejak kematian suaminya, Muhamad
Asri Hasyim kira-kira setahun lalu.
Siti Aminah yang bekerja sebagai pekerja operasi am Ladang Plantation
Felda Selendang hanya mengharapkan gaji asas sebanyak RM400 sebulan
untuk menanggung perbelanjaan barangan dapur dan wang persekolahan
anak-anak.
“Ikutkan memang tak cukup untuk sara enam anak, tapi hendak buat macam
mana kerana ini saja yang mampu saya berikan kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, dia terpaksa berjimat cermat untuk membeli barangan
keperluan hinggakan wang itu ada ketikanya tidak cukup terutama pada
hujung bulan.
“Kadang-kadang saya terpaksa pinjam duit dengan ibu atau adik-beradik
lain kerana wang tidak cukup. Apa boleh buat, kerana anak-anak baru
membesar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga makan bubur kosong berlaukkan ikan masin atau sambal belacan.
Katanya, tiga daripada anaknya itu belajar di sekolah menengah, seorang
di sekolah rendah dan se-orang lagi di peringat pra sekolah.
“Saya terpaksa belanja lebih RM100 beli keperluan anak bongsu berusia setahun untuk beli susu dan lampin pakai buang.
“Mujur, anak-anak faham keperitan yang saya alami, malah saya menangis
sendirian kerana mereka terpaksa ikat perut untuk ke sekolah kerana
tidak ada wang belanja,” katanya.
Katanya, dia sebelum ini pernah meminta bantuan dan menceritakan nasib
keluarganya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sehingga
hari ini tiada satu pun maklum balas diterima.
“JKM ada juga datang ke rumah buat soal selidik, tapi tiada apa-apa
jawapan yang saya terima setakat ini, walaupun sudah beberapa kali buat
aduan kepada jabatan itu.
“Saya merayu kepada JKM supaya pertimbangkan permohonan ini bagi memastikan masa depan anak-anak terus terbela,” katanya.
Ini Jawapan Khalid Samad Berkenaan Tulisan Menantu TGHH
2 minutes ago




No comments:
Post a Comment