Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam, memandangkan mandat pentadbiran BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.
Katanya, secara teknikal, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) kini seperti kerajaan sementara.
Beliau
menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab dan cuba menarik
sokongan golongan berkaitan untuk menyokong BN dalam pilihan raya umum
akan datang.Najib satu-satunya perdana menteri yang tidak mengadakan pilihan raya selepas tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya sebelumnya berakhir, kata Rafizi.
"Mandat pilihan raya, seperti orang ramai tahu, sejak tarikh pilihan raya terakhir," katanya sambil menyifatkan penjawat awam, polis, tentera dan profesional dalam tidak akan terpengaruh dengan langkah itu.
Perdana menteri semalam mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi tentera dan polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam melalui, Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Malaysiakini.



yang diatas bertambah masyukk bersama-sama kroni , yang dibawah ni macam biasa lah....
ReplyDelete