Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 28 March 2013

JUMLAH KEHADIRAN DI CERAMAH EZAM MENGGAMBARKAN KEKUATAN BN KOTARAJA!!


Parlimen Kota Raja adalah merupakan kerusi parlimen yang mungkin meletakkan Ezam Mohd Noor sebagai calon UMNO/BN di situ..
jadi tidak hairanlah saban hari saban minggu Ezam kerap mengadakan siri ceramahnya di dalam Parlimen Kotaraja..

Beberapa hari lepas Ezam mengadakan ceramah di Flat Proton..
baca [SINI] untuk tahu keadaan ceramah di situ..

Dan saban hari saban minggu ceramah Ezam yang semakin kerap diadakan di Parlimen Kotaraja dengan anjuran UMNO Kotaraja telah berjaya membuka minda rakyat jelata..

Ini dapat dilihat dengan jumlah yang hadir ke ceramah beliau..
saban hari saban minggu jumlah yang hadir semakin berkurangan..
dan itu bermakna Ezam sudah berjaya menyedarkan rakyat bahawa penceramah UMNO ni kalau berceramah, memang dah tak ada isu yang nak dibawa..
termasuklah beliau sendiri..

Balik-balik isu liwat..
balik-balik isu perkauman..
rakyat sudah muak..

Dan Ezam..
seperti dalam kebanyakan ceramah beliau sebelum ini..
bertempat di padang bersebelahan Surau Baitulrahman Putra Height malam tadi ,beliau masih menunjukkan sifat dendam kesumat terhadap Anwar dan Azmin Ali..
serangan peribadi terhadap Anwar dan Azmin Ali dilakukan seolah-olah begitu banyak sekali dendam yang masih terbuku di hati...

Ezam perlu sedar..
rakyat sudah tidak mahu lagi dengar serangan fitnah ke atas tubuh badan pemimpin dijaja sana sini..
apatah lagi apabila mahkamah sudah dua kali memutuskan Anwar tidak bersalah dalam fitnah liwat..
samada fitnah liwat pertama mahupun kedua..

Anwar bebas dan lepas...
pengakuan bapa Saiful menjernihkan lagi keadaan yang sememangnya sudah sedia bersih...

Selain menyebarkan serangan fitnah ke atas Anwar..
malam tadi juga Ezam dilihat memuji Najib begitu melangit..

sehinggakan Ezam boleh berkata;

"ingat senang ker kalau pemimpin,seorang perdana menteri mahu melucutkan jawatan yang disandang oleh Ketua Wanita UMNO..?"
"tetapi Najib melakukannya.. Najib melucutkan jawatan Sharizat walaupun syarikat yang terbabit dengan skandal NFC hanyalah syarikat suami Sharizat.."
"tapi Najib berani melakukannya,tidak macam pemimpin pakatan.."

Siapa yang Ezam cuba tipu ni..?
Sharizat letak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April 2012 bersempena penggal sebagai Ahli Dewan Negara beliau tamat...
Utusan sendiri laporkan Sharizat letak jawatan..

Sharizat tidak di suruh oleh Najib untuk letak jawatan..
malah Najib diam membisu sepanjang skandal NFC itu dipersoalkan rakyat..
jika benar bagai dikata oleh Ezam yang Najib konon-kononnya berani melakukan tugasan sukar untuk memecat Sharizat,mengapakah sehingga kini Sahrizat masih memegang jawatan Ketua Wanita UMNO..?


Dan seperti ceramah beliau di Flat Proton baru-baru ini
Ezam...
di dalam cuba menonjolkan "keheroannya.."
beliau sekali lagi mendedahkan bahawa beliau pernah dipenjara kerana mendedahkan keburukan UMNO..

 "saya tahu keburukan UMNO.. saya lawan UMNO,sehingga saya pun kena penjara.. tak payah ler nak cerita pasal keburukan UMNO ni,saya lebih tahu..
saudara-saudara lawan UMNO di tepi jalan,di kedai kopi..
saya lawan sampai dalam penjara.." kata Ezam dengan bangganya..


Ezam dengan bangganya mahu tunjukkan beliau adalah pemimpin yang bersih yang tak sukakan rasuah..
(yer lah,bakal calon kerusi parlimen Kotaraja ler katakan..) 

Ezam tidak sedar,secara tidak langsung beliau telah mendedahkan bagaimana UMNO menggunakan kuasanya untuk memenjarakan mana-mana individu yang mendedahkan keburukan dan salahlaku pemimpin UMNO...

Mungkin itulah juga sebabnya jumlah kehadiran ke ceramah beliau semakin hari semakin sedikit..
sebab semakin hari rakyat semakin sedar bahawa sememangnya UMNO dan BN tu buruk sekali kelakunya..
apatah lagi apabila ianya disampaikan sendiri oleh seorang senator UMNO..

Mari kita lihat gambar-gambar yang berjaya dirakamkan ini..
UMNO buat ceramah macam main pondok-pondok jer...

Ini di saat Ezam sedang berceramah

Korang kiralah sendiri

Ini pula ketika Rusdi Long menyampaikan ceramahnya.

Hanya ada dua canopy


Rusdi Long

Gambaran di bahagian belakang
 
Kalau Najib nampak ni mahu menangis dia..


13 comments:

  1. tak tahulah samada diorang ni gila babi ke atau buta kayu buta hati... orang dah tak terima dan dah sudi mendengar ceramah diorang...yang datang saya agak-agak adalah kira-kira tiga puluh ribu orang yang menghadiri ceramah diorang .. apa 30 ribu ? eh bila pulak saya kata 30 ribu orang ? 30 orang je .. jadi kesimpulannya adalah lebih baik balaci-balaci umno ni jangan buat ceramah terbuka cam gini .. buat malu kat dunia luar je ... tapi kalau korang jenis tak malu terpulanglah sebab memang korang jenis tak malu pun hah hah hah ...

    seluang laut


    ReplyDelete
  2. dioarang ni pun satu hal, letak la khemah banyak-banyak sikit, dua khemah mana cukup untuk muatan 50 ribu orang.. lihat la sendiri, kesian kat diorang tu terpaksa berembun.

    ReplyDelete
  3. Rakyat bijak tak akan makan santapan fitnah Ezam Kotak Desparado! Buang masa aje orang yg masih nak dengar luahan dari mulut longkangnya! Mungkin orang2 jahil ni tak tahu kisah hidup Si Mulut Longkang ni semasa dia bersama parti pembangkang! Melayu jahil mudah ditipu kerana suka dengar cerita2 jajaan puak Umno yg dah kehilangan arah tuju! Hidup Melayu ....! Kahkahkah!

    ReplyDelete
  4. Ezam nak promote diri dia tu..
    sebab dia dikatakan bertanding di kotaraja,kemungkinan parlimen kotaraja..

    ReplyDelete
  5. Rakyat bijak tak akan makan santapan fitnah Ezam Kotak Desparado! Buang masa aje orang yg masih nak dengar luahan dari mulut longkangnya! Mungkin orang2 jahil ni tak tahu kisah hidup Si Mulut Longkang ni semasa dia bersama parti pembangkang! Melayu jahil mudah ditipu kerana suka dengar cerita2 jajaan puak Umno yg dah kehilangan arah tuju! Hidup Melayu ....! Kahkahkah!

    ReplyDelete
  6. lain kali bila buat ceramah tu wat la lucky draw... kasi hadiah keta sebiji , comfirm ramai org dtg... PM kan suka tolong rakyat bila dekat pilihanraya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun adakan tayangan amal filem filem anuar?? yangbewarna warni yang berlambak dalam simpanan papagomo

      Delete
  7. kebanyakan pengundi dah faham temberang,pembohongan dan fitnah pembangkang ni...mereka lebih suka duk rumah...dah tau semua kejelikan pembangkang termasuk begitu banyak kes moral spt video trio datuk T yg sampai sekarang Mr mansuh tak berani buat report polis dan saman malu datuk T...kami sekeluarga tatap pilih BN... parti yg tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik tapi guna politik utk kepentingan agama, bangsa dn negara!

    ReplyDelete
  8. betul tu anon 19:04... hidup BN!

    ReplyDelete
  9. nak tau ramai atau tidak tunggu bila kempen pilihanraya nanti...ana lihat kebanyakan yg datang ceramah pas ni orang import dari luar...walhal ceramah Bn ni orang tempatan...tapi yg banyak mengundi ni yg duk rumah menonton Rtm dan TV3 merekalah penentu siapa yg mereka percaya...merekalah yg tahu cerita jam omega dan the big spender he he he!

    ReplyDelete
  10. bagaimana pula dgn kehadiran lebih 60 ribu masyarakat cina dari pelbagai ngo dan persatuan dlm perhimpunan bersama DS najib di PKFZ klang kelmarin...perhimpunan ini mencipta rekod teramai dlm Malaysia...mereka semua tlh menyatakan kesetiaan menyokong Bn dlm pru 13...malah pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh secara terbuka telah merayu kpd masyarakat Cina menyokong penuh kpd PM kita untuk terus menerajui negara!... hidup BN hidup Ah Jib Gor!

    ReplyDelete
  11. mesti ada orang yg mula resah dan tak lena tidur tu!

    ReplyDelete
  12. berkait kepada Anon 12:22 yg memburukkan Ezam tu sebenarnya apa yg dikatakan Ezam tentang keburukan Anuwar adalah betul...sebab dia pernah jadi orang paling dekat dgn Anuwar...kenyataan Ezam ni pula disokong oleh bekas rakan2nya dlm PKR termasuk Datuk Eskay yg mendedahkan Video X tu dulu yg sampai la ni dah nak pru 13 tak juga berani saman...ini bukti pendedahan datuk Eskay tu adalah benar...diperkuatkan pula oleh kajian2 beberapa rakannya yg lain spt dr sidek baba...anda jgn terlalu taksub...kalau tidak inilah jadinya...fikiran yang murni bertukar menjadi penuh kebenciaan sesama insan ...adakah ini yang digalakkan Islam? saya percaya jawapannya tidak!!..fikir2 kanlah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive