Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 21 March 2013

CERAMAH UMNO DI FLAT PROTON BERJAYA MENARIK "HAMPIR" SERATUS HADIRIN!!


Malam tadi bertempat di flat Proton Seksyen 27 Shah Alam telah diadakan satu siri ceramah bagi mempolitikkan isu insiden pencerobohan di Lahad Datu,Sabah..

Tengok tajuk pun sudah tahu betapa BN dan UMNO mempolitikkan insiden Lahad Datu..



Barisan penceramah pada malam tadi adalah seperti yang tertera di banner di atas..
tapi yang sempat berceramah hanyalah Rusdi Long, Wan Khairul Ihsan dan Ezam..

Apa yang aku lihat semua penceramah kelihatan habis modal atau tak ada modal untuk burukkan Pakatan rakyat...

Contohnya apabila Wan Khairul kemukakan isu lebuhraya rakyat di Kelantan..
yang dia pertikaikan adalah kerajaan Kelantan mengutip derma untuk membina lebuhraya rakyat tersebut...
kemudian dia pertikaikan pula satu flyover yang terdapat dalam plan lebuhraya tersebut yang menyediakan satu laluan bagi haiwan liar...

Wan Kahirul mempertikaikan akan keperluan laluan untuk haiwan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara pelik di Kelantan..

Menyediakan laluan bagi haiwan liar supaya dapat melintas di laluan bawah highway pun nak dimasukkan dalam teks ceramah ker..?

Kemudian Ezam pula seperti biasa ler..
tidak lain dan tidak bukan menghentam Anwar Ibrahim..
isu yang dia bawa adalah menyalahkan Anwar dalam insiden pencerobohan Lahad Datu..  

Penceroboh bebas masuk ke Sabah..
kemudian bebas pula keluar dari Sabah pulang ke Filipina dia tak mahu cerita..

Bagaimana Sultan Sulu boleh menjadi warga negara Malaysia dia tak mahu pulak nak cerita..?

Lepas tu Ezam ulang balik cerita lama,kes fitnah liwat Saiful Bukhari..
isu fitnah liwat ni isu lapuk,orang dah tak mahu dengar dah..
lagi pun Ezam ni dah lupa ker pendedahan bapak Saiful baru-baru ni..?
kan ker bapa Saiful dah akui dan dedahkan bahawa pegawai Najib yang peralatkan anak dia si Saiful tu,[BACA SINI]
 

Penat dan haus tekak "bung bang bung bang" ceramah bagai nak rak...
Tapi jumlah hadirin..?

Gambar di bawah ini dirakam ketika Ezam sedang memberikan ceramahnya...

Secara kasar aku mengira tidak sampai seratus orang pun yang hadir.. 

Menyedari jumlah yang hadir terlalu sedikit,Ezam berkali-kali memperkatakan dalam ceramahnya tadi bahawa flat Proton ini sememangnya diakui sebagai tempat yang ramai terdiri dari penyokong PR..
Mungkin beliau sekadar mahu memujuk hati beliau dan juga hadirin yang lain.. 
kira nak "cover line" ler tu...

Beginikah kekuatan yang ada untuk BN tawan kembali Selangor..?

Kah..kah..kah..




5 comments:

  1. Bodoh dan dunggunya Wan Khairul ni nak pertikai laluan binatang. Kat Australia dan negara2 maju, mereka dah lama buat jalan khas untuk binatang melintas supaya tak mati kena langgar>>>sayngnya mereka kat binatang..hamba Allah. Simangkuk ni mengaku Islam saja tapi tak ada langsung sifat sayang pada makluk lain...apa punya otak daa!! Pergi luar negeri tak nak buka mata..dok asyik tengok lain kut!!??

    ReplyDelete
  2. yer.. kalau kat negara maju ni memang ada disediakan laluan bagi haiwan ni..
    tu sebab umno tak pernah nak maju....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak maju macam mana, umno yang menjadi tempurung besar macam helmet full face yang menutup habis kepala dan pandangan rakyat selama ni.

      Delete
  3. bapa segala bebal dilangit dan dibumi (pinjam dari DIDI KOTA BELUD) madey bapa segala kemungkaran dibumi dan didalam bumi ... kweh.. kweh.. kweh.. ajer nyer hawor kate ude noman teman...

    ReplyDelete
  4. DIDI KOTA BELUD4 June 2013 at 00:46

    Hehehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive