Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 11 March 2013

BAPA SAIFUL BUKHARI SERTAI PKR!!


SaifulPETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.


“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.

“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. 
Saya menyokong penuh dan mengumumkan sebagai ahli KEADILAN.

“Saya juga mendoakan semoga ahli dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita.

Semakin menarik politik negara kita..
dan semakin peninglah kepala Najib..

Anwar dalam respon pendedahan bapa Saiful Bukhari itu mengatakan di dalam ceramah beliau pada majlis Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam baru-baru ini..

“Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang meminta maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II.

“Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat,” 

Begitulah...
dalam dunia ini..
kebenaran akhirnya akan teserlah jua.. 
walupun lambat sekali hadirnya..
 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive