Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 28 February 2013

TV3 MAINKAN ISU WARGA EMAS SELANGOR,SINI JAWAPANNYA!!



Sejak kebelakangan ini TV3,RTM dan Utusan semakin menggila memainkan isu khairat kematian warga emas di negeri Selangor..

Mereka mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menunaikan janji untuk memberikan wang khairat kematian sebanyak RM2,500 kepada warga emas...

UMNO dan BN sebenarnya mengetahui bahawa Kerajaan negeri Selangor sebenarnya telah pun melaksanakan program Skim Mesra Usia Emas ini dengan jayanya...


Setiap warga emas yang telah pun mendaftar dengan Skim Mesra Usia Emas ini,apabila ahli yang berdaftar tadi meninggal dunia,kerajaan Negeri Selangor akan memberikan wang secara percuma kepada waris penama si mati tadi sebanyak RM2,500 bagi menguruskan segala usrusan berkaitan dengan si mati..

UMNO tahu..
TV3 pun tahu syarat-syarat ini dan mereka pun sebenarnya faham apa itu SMUE ini..
mereka sangat mengetahui bila sebenarnya wang RM2,500 itu akan dapat.. 
siapa yang akan terima wang khairat kematian ini...
dan segala hal yang berkaitan dengan khairat kematian ini..
mereka sebenarnya tahu..

Itulah sebabnya TV3 dan UMNO memainkan isu ini dengan menggunakan "caruman takaful", dan bukannya maksud sebenar iaitu khairat kematian,
ini bagi mengelirukan warga emas dan rakyat Malaysia umumnya..

Jadi untuk menjawab fitnah TV3 dan UMNO ini..
mari kita saksikan video ini...



Khairat kematian ini..
tak kiralah khairat kematian kariah masjid, surau dan koperasi mana sekalipun,wang itu hanya akan dapat selepas kematian ahli..
dan wang khairat kematian hanya akan diterima oleh waris..
jadi bagaimanalah pula pakcik-pakcik dan makcik-makcik seperti yang dilaporkan TV3 kebelakangan ini boleh mengadu mereka tidak dapat wang tersebut..?
belum mati,macam mana nak dapat..?




Syarat-syarat Skim Mesra Uia Emas ini adalah seperti berikut..

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

1.1 - Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 - Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 - Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)


2. Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan. Bagi OKU kelahiran di luar Negeri Selangor mestilah juga telah menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja layak untuk mendaftar.

3. Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. Pembayaran RM2,500 ini dibuat dalam 2 peringkat, RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

4. Hanya ahli yang telah berdaftar dan meninggal dunia sahaja yang layak menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas. Bagaimanapun, pendaftaran ahli selepas warga emas meninggal dunia adalah dibenarkan, sehinggalah dinyatakan sebaliknya. 

Harap-harap lepas ni rakyat Malaysia tidak dapat lagi diperbodohkan TV3.. 

Jika nak semak samada nama sudah didaftarkan atau belum
sila klik link ini SEMAKAN KEAHLIAN MESRA USIA EMAS

3 comments:

  1. bila la orang orang johor nak dapat masuk TV macam kat selangor. harap harap selepas PRU akang datang ni

    ReplyDelete
  2. Diorg jd bodoh sbb malas nk cr maklumat..pcaya pd satu sumber tu je..sian..dahla bodoh..dibodohkan lagi..mudah2an sempat dpt hidayah..

    ReplyDelete
  3. la ni umno slalu mainkan isu yg remeh temeh, umno ni tau nk prbodokan rakyat ja... aku rsa PR tadbir negeri lg elok drpd BN merintah... tgok laman web jbtan audit negara, hutang mlebihi sparuh tlah dibayar hasil dr titik peluh joli kroni BN dlu dan aset negeri tlah mningkat brlipat kali ganda...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...