Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 4 February 2013

SURAT BR1M DISERTAKAN NOTIS "IKHLAS" DARIPADA PENYELARAS BN!!


Dalam minggu ini ramai yang akan terima wang BR1M...
satu bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia untuk memancing undi sejak BN sedar bahawa mereka bukan lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia..

Selama 55 tahun dahulu BN tidak pernah memberikan bantuan seperti ini..
ini adalah kerana sebelum pilihanraya tahun 2008 BN kerap kali menang besar dalam pilihanraya..
dan ini menjadikan mereka melupakan rakyat dan merasa mereka sentiasa angkuh dan berasa berada ditahap yang selamat..

Selepas 2008..
barulah BN sedar keangkuhan mereka,segala penyelewengan mereka,kegagalan mereka menjaga kebajikan rakyat bawahan dan sikap mereka mengkayakan kroni masing-masing,rupa-rupanya tidak dipandang remeh oleh rakyat...

Rakyat kini sudah tidak lagi melihat BN adalah segala-galanya..
rakyat kini sudah tidak tahan lagi melihat bagaimana kebajikan mereka dipinggirkan,diperlekehkan manakala pemimpin-pemimpin dan kroni BN mengumpul kekayaan saban tahun dalam cara dan kadar yang tidak munasabah dan tidak menghormati perasaan rakyat..
mereka berlagak sebagai golongan bangsawan..

Maka kini..
untuk mengambil kembali hati rakyat..
kerajaan Najib mengadakan BR1M untuk memancing undi..

Apabila rakyat mengatakan ini semua bantuan ini adalah untuk memancing undi..
pemimpin BN menafikan..

Namun..
dalam menafikan,mereka sendiri jugalah yang menjadikan BR1M ini sebagai satu usaha untuk memancing undi..

Lihat sahaja dokumen-dokumen yang dilampirkan sekali di dalam surat pemberitahuan kelulusan BR1M kepada salah seorang kenalan aku..


Apa kena mengena Penyelaras BN parlimen Shah Alam dan Peyelaras BN DUN Batu Tiga ini dengan serahan BR1M ini..?

Sedangkan dana bantuan ini dikeluar dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia..
bila sebut Kementerian Kewangan Malaysia,bermakna wang ini datangnya dari hasil negara dan rakyat...
bukannya dari Bendahari BN atau pun UMNO..


Rakyat sudah bijak..
bagi duit sebanyak mana pun,rakyat tetap akan ambil kerana itu adalah dari kerajaan dan juga hasil kerajaan adalah datangnya dari hasil negara dan percukaian yang diambil dari rakyat juga..
maka adalah menjadi hak rakyat untuk menerima wang ini sekiranya kerajaan sememangnya mahu memberikan wang hasil pembayar cukai kepada rakyat yang berkelayakan..

Namun untuk mengundi BN hanya kerana "umpan" RM500,minta maaf banyak-banyak...
kami tidak semurah itu...





3 comments:

  1. MALU AKU TENGOK PAK HAJI PAK HAJI TU. PERLU BANYAK BERTAUBAT DAN POHONKAN HIDAYAH DARI ALLAH S.W.T KALAU SETAKAT BACA SURAH AL-FATIHAH WALAU PUN TAHU MAKNANYA, TANPA PENGHAYATAN. JADI MCAM NI LAH. JALAN YG LURUS TELAH DIBERI PETUNJUK TAPI MASIH NAK IKUT JALAN YG BERLIKU LAGI MENYESATKAN. WANG TERSEBUT ADALAH WANG RAKYAT YANG DITADBIR URUS OLEH PEMERINTAH, BUKAN WANG BN.

    ReplyDelete
  2. hang nk bag hang bagi, hang xnak bagi x payah bg...rakyat x heran..500 dlm 55 tahun? kah kah kah....betol la kata TGNA setelah nyawa dok d kerongkong bru nk bg..selama ni apa engko buat wahai UMNo BN?

    ReplyDelete
  3. BR1M merupakan talian hayat BN & UMNO!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...