Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 26 February 2013

POPULARITI NAJIB MEROSOT LAGI!!


Najib ditimpa malang bertimpa-timpa menjelang Pilihanraya UMUM ke 13 yang tidak berapa minggu saja lagi..

Setelah dua kali dimalukan di Pulau Pinang apabila pertanyaan beliau "are you ready for BN" di jawab "No" oleh para hadirin sebanyak 3 kali dan dalam majlis yang sama juga Psy turut memalukan Najib apabila enggan bersama Najib untuk menggaul  Yee Sang,membuatkan Najib ternanti-nanti dalam keadaan terpinga-pinga di atas pentas..
Ditambah pula kepulangan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam pada hari ahad baru-baru ini (24 February 2013) yang sekali lagi mengulangi kenyataan akuan bersumpah beliau bahawa Najib sememangnya mengenali dan terlibat dalam komplot pembunuhan Altantuya turut di senaraikan sebagai antara kisah malang najib..

Kini,kajian Merdeka Center pula mendapati populariti pengundi ke atas Najib merosot sebanyak 2%..


Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.
Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

 
"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus,  sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.
Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...