Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 26 February 2013

PENYELEWENGAN BN LAGI - SYARIKAT BALAK TERENGGANU DIPAKSA BELI SAHAM SYARIKAT TIDAK AKTIF!!



PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa sebuah syarikat yang memperolehi kawasan pembalakan di Terengganu dikehendaki memeterai perjanjian pembelian saham (Share Sale Agreement) sebuah syarikat tidak aktif iaitu Berkat Seribumi Sdn Bhd.

Saham syarikat yang dipercayai bernilai RM2 itu dibeli dengan harga tinggi yang tidak sepadan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai aktiviti perniagaan.

Wang dari jualan saham itu kemudiannya disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh menentukan hak membalak.

“Pada 17 Julai 2012, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di hutan simpan Hulu Setiu.

“Keputusan itu diluluskan oleh Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar)

“(Enam bulan sebelum itu) satu perjanjian ditandatangani pada 28 Disember 2011, agar syarikat terbabit (yang memperolehi kawasan pembalakan) membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat ‘dorman’ bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd,” kata Rafizi di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Menurut Rafizi lagi beliau mempunyai bukti jelas perjanjian ini mempunyai kaitan dengan kelulusan balak yang diberikan Kerajaan Terengganu di bawah Ahmad dan akan didedahkan dalam tempoh dua minggu sebelum menjelang pilihan raya.

Jesteru, Rafizi juga menasihati agar media milik Umno-BN tidak terlalu ghairah mereka cerita mengenai penyelewengan balak di negeri Pakatan Rakyat kerana kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap dengan bukti-buktinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...