Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 9 February 2013

NAJIB DAN TAIB MAHMUD TIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP!!!


Sebelum Pilihanraya DUN Sarawak yang ke 10 berlangsung pada 16 April 2011 lalu..

Rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya telah dijanjikan oleh Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud bahawa beliau akan melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka selepas Pilihanraya DUN Sarawak di adakan..



Janji beliau itu turut diakui oleh PM kita yang sangat sukakan lagu Gangnam Style,Najib razak..
di mana Najib sendiri mengakui bahawa janji Ketua Menteri Sarawak itu akan dikotakan selepas Pilihanraya DUN Sarawak selesai...


Janji-janji tersebut merupakan satu usaha untuk meredakan kemarahan rakyat yang sudah bosan melihat Taib mahmud dan keluarganya mengumpul kekayaan hasil negeri Sarawak dengan cara penyelewengan...

Namun sehingga kini Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud masih lagi enggan mengotakan janji beliau walaupun beliau kini mempunyai kekayaan yang melayakkan beliau diiktiraf sebagai orang terkaya di Malaysia [BACA SINI]

Bukan sahaja Najib dan Taib Mahmud gagal mengotakan janji mereka,namun kini telah terdapat usaha mengekalkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihanraya UMUM ke 13 tidak berapa lama lagi...

Usaha untuk terus mengekalkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak telah dinyatakan oleh orang Parti Taib Mahmud sendiri iaitu Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB)..

Datuk Fadilah Yusuf, beliau mengatakan Sarawak masih memerlukan khidmat Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud untuk mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Rakyat Malaysia sudah banyak kali di tipu oleh BN..
penipuan mereka bukanlah satu penipuan yang bijak yang tidak dapat di sedari oleh kita semua..
mereka menipu pada tahap yang bodoh dan terang-terangan yang hanya bertujuan untuk terus kekal berkuasa... 

Mereka tipu..
kita pulak termakan dengan penipuan mereka..
mereka menang dan kekal berkuasa..
terus menyeleweng dan rampas harta negara dan rakyat..
kita hanya mampu berkata " cis aku tertipu lagi.."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...