Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 21 February 2013

JAWATAN JUANDA DAN ASRI ADALAH PEMBERIAN BN,SYOR BATAL HASRAT JADI CALON PEMBANGKANG!! - SHAHIDAN KASSIM



Negara kita ini di perintah oleh BN selama 56 tahun..
bermakna,sekiranya kita lahir pada tahun 1957 umur kita kini sudah menjangkau 56 tahun dan selama 56 tahun itulah kita tidak pernah berpeluang melihat pentadbiran negara kita bertukar tangan...

Maka dari situlah timbulnya kata-kata "tanpa BN negara tidak akan maju"
juga timbulnya kata-kata "hanya BN mampu mentadbir Malaysia"..

Dari umur 56 tahun pemerintahan BN itu jugalah maka wujudnya sikap angkuh dan bongkak pemimpin BN..
dan sikap ini dapat dilihat dalam diri Shahidan Kassim (Timbalan Pengerusi
Perhubungan BN Negeri Perlis)..

Shahidan secara angkuhnya mengungkit bahawa jawatan yang di sandang oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin adalah jawatan yang diberikan oleh BN kepada dua orang tokoh tersebut..


Dan oleh kerana jawatan itu diberikan oleh BN maka Shahidan mengatakan kedua-dua tokoh agama itu perlu membatalkan hasrat sekiranya mereka mahu bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam PRU 13 tidak lama lagi..



Sememangnya kenyataan Shahidan itu terlalu angkuh..
beliau masih tidak dapat membezakan tanggungjawab sesebuah kerajaan dengan tanggungjawab parti..

Mahathir dulu pun pernah mempertikaikan seorang Mufti,iaitu Allahyarham Dato' Ishak Baharom sebagai "pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan" apabila Mufti berkenaan mengeluarkan kenyataan melarang wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Mahathir ketika itu telah mengeluarkan kenyataan..
“Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad”  

(Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato’ Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)

Pemimpin BN sudah terlalu lama berada dalam dunia bangsawan sehingga mereka lupa apa tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pemimpin..

Kita kena bantu mereka berubah sikap dengan menurunkan mereka dari dunia bangsawan mereka.. 

2 comments:

  1. Ηave you ever thought about publiѕhing an е-book or guest authoring on other websites?
    I have a blog bаsed οn the same іnformatiοn you discuѕs аnd
    ωоuld reallу like to have yοu sharе some storіeѕ/informatiοn.

    I know my audiеnce wοulԁ enјoy уour work.
    If уοu arе еνen remοtelу interested, fеel frеe tο
    shoot me an e maіl.

    Also vіsit my wеbpagе www.sfgate.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...