Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 17 February 2013

HUTANG NEGARA DALAM BAHAYA - KHALID




BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Langkah Kerajaan Pusat menetapkan kadar nisbah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada angka 53 peratus merupakan satu tindakan yang berani tetapi membahayakan ekonomi negara, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, kadar nisbah tersebut tidak boleh melebihi pada kadar 53 peratus itu ditetapkan oleh Menteri Kabinet BN sendiri sekaligus menunjukkan kerajaan sendiri menyedari kadar peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika  sidang media Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan tengahari tadi.

Jelasnya, penetapan kadar nisbah sama juga dibuat ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

“Saya rasa angka itu ditetapkan oleh Kabinet BN yang mengatakan tidak boleh lebih 53 peratus, menunjukkan BN sendiri rasa lebih pada itu adalah dalam keadaan yang bahaya.

“Ini menunjukan kadar 53 peratus itu BN berani dalam keadaan yang bahaya dan saya rasa masa Tun Dr Mahathir pun menetapkan angka tersebut.

“(Sekarang) untuk beliau(Mahathir) mengatakan ini adalah angka yang tidak betul, saya ingat dia sudah lupa dengan keputusan yang dia sudah buat,” kata Abdul Khalid yang sebelum itu disahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 itu.

Dr Mahathir dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini mengatakan nisbah hutang negara kepada KDNK pada tahap 53 peratus yang dialami negara pada masa ini masih menunjukkan ekonomi yang sihat.
Terdahulu, dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di sini seramai hampir 5,000 hadirin membanjiri padang bola sepak Taman Bukit Anggerik Cheras.

Turut kelihatan dalam majlis tersebut, dramatis terkenal tanah air, Abu Bakar Juah yang sempat mendapatkan autograf Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di poster kalendar tahun 1999 koleksi miliknya yang memaparkan peristiwa tercetusnya gelombang reformasi tahun sebelumnya.

Selain itu turut memeriah majlis tersebut ialah  Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad.

Selangorku

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...