Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 26 January 2013

NAJIB HANTAR SURAT KEPADA 28 PENGUNDI HANTU!!


Akibat selalu menipu untuk menang dalam semua pilihanraya..
BN secara tidak sengaja telah membuktikan dakwaan pengundi yang tidak dikenali dihimpunkan di dalam bawah satu alamat di mana tuan punya alamat rumah sendiri pun tidak mengenali pengundi-pengundi yang tidak bermastautin itu..

Ini berlaku apabila baru-baru ini Najib menghantar surat ucapan tahun baru serta mesej propaganda politiknya pada para pengundi di Selangor..


Tembelang BN yang menghimpunkan pengundi hantu di bawah satu alamat disedari oleh seorang pemilik banglo apabila sebanyak 28 surat ucapan Najib itu ditujukan ke alamat banglo beliau dengan 28 nama yang berlainan..

Apabila disiasat lanjut alamat rumah berkenaan di dalam daftar pemilih..
rupa-rupanya bukan hanya 28 orang yang didaftarkan sebagai pengundi di alamat tersebut,tetapi seramai 37 orang telah didafatarkan di alamat yang sama..

“Daripada jumlah itu, dua adalah  Melayu, seorang India dan lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur antara 36 hingga 90 tahun.

Ini lah yang sedang dan telah pun berlaku di seluruh Selangor..
begitu ramai pengundi yang datangnya entah dari mana telah didaftarkan di satu alamat yang mereka sendiri tidak menetap di alamat tersebut..

Kebanyakan operasi daftar pengundi hantu dan pindah alamat mengundi ini dilakukan pada awal tahun 2012..

Aku sendiri pernah mendedahkan di blog ini gerak gempur yang dilakukan PKR dan PAS Kotaraja bagi mengesan pengundi hantu ini..

Sila baca [SINI]

Dan baca sini untuk lihat bukti pengundi-pengundi yang dibantah di SPR Selangor dan kebanyakannya adalah pengundi yang tidak bermastautin..

Pakatan Rakyat begitu yakin akan menawan Putrajaya dan mengekalkan Selangor..

Tetapi BN sudah ada perancangan jahat mereka sendiri..
inilah yang dimaksudkan oleh Najib dalam kenyataan beliau tidak lama dulu bahawa BN akan pertahankan Putrajaya tidak kira apa cara sekalipun...



 

1 comment:

  1. kat tgn aku ni pun ada 2 surat daripada jibby, nama lain2 tapi alamat sama, dan surat tu pulak dialamatkan ke rumah member aku yg warganegara indonesia, sebek dia xde IC, kalau x selambe dia ngundi haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...