Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 12 January 2013

GAMBAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112 di STADIUM MERDEKA,


Hari ini telah pun berlangsungnya Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur
satu perhimpunan yang menggentarkan BN dan bos BN, Najib Razak beserta isterinya,Rosmah Mansur...

Walaupun dah lama jugak tak update blog ni pasal sibuk sikit kebelakangan ini.. namun aku tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama rakyat Malaysia menyertai perhimpunan yang sangat-sangat bersejarah ini..


Ini adalah perhimpunan terakhir sebelum PRU13 dan mungkin juga merupakan perhimpunan terakhir sebelum Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas PRU13 nanti..

Sangat padat..
sehingga aku sendiri tidak dapat masuk ke dalam Stadium Merdeka kerana Unit Amal mengatakan dalam stadium sudah penuh sesak..

Di sini aku paparkan gambar yang sempat di rakam bermula dari Shah Alam sehinggalah di hadapan Stadium Merdeka..













Yang ni jangan salah faham pulak,aku rakam ketika jemaah menunaikan solat sunat selepas Zohor.



mula menuju ke stadium merdeka selepas solat Zohor















Tang sini nak naik ke arah stadium,manusia sangat padat...




Keadaan di luar stadium



Untuk memberikan gambaran di dalam stadium pula..
memandangkan aku sendiri tidak dapat masuk..
maka aku ambik sekeping gambar dari blog Jalanpulang

3 comments:

  1. Kenapa Angka 112? Ada Agenda Kristian?
    13 January, 2013 in Uncategorized
    Perhimpunan Bersih 4.0 semalam, atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu pergi. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112?

    Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.

    Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam - klik untuk baca]



    Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIMor LORD God.

    The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)

    Dalam pada kalimah Allah hendak mereka hina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka , puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah dalam isu kalimah Allah – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah mereka inilah pulak yang mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah

    Apakah ada dalam pakar strategi perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian?

    Wallahu’alam


    ReplyDelete
  2. Orang Kristian jugak yang jadi mangsa kan?... semuanya salah org kristian.. ada ker nampak salah satu pemimpin yang ada disitu beragama Kristian?... satahu saya.. satu pun tiada.. jadi jangan cuba mengarut dan mengapi apikan... Kalau kita percaya pada Tuhan yang satu.. Nama itu tidak menjadi satu isu besar...

    ReplyDelete
  3. RELAX LA WAHAI UMAT2 Ku KRISTIAN..GUA PUN RELAX JE TGH MAKAN ANGGUR KAT SYURGA NI...KORANG HORMAT LA MUSLIM..JGN DENGKI MENDENGKI...CACI MENCACI...HINA MENGHINA....KANG GUA SEPAK SATU2 BARU TAHU....HAHAHA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...