Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 29 December 2013

BARANG NAIK : AGAK-AGAK MALAYSIA NI SIAPA YANG PUNYA - LUAHAN DR. ASRI


Kadang-kadang kita merasa sangat hairan apabila hanya orang UMNO sahaja yang menyokong kerajaan menaikkan harga barang yang menyusahkan hidup rakyat teramai..

Boleh dikatakan semua orang yang masih waras akal fikirannya pasti tidak akan bersetuju dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian yang makin menyempitkan hidup rakyat..

MAHATHIR AKUI KERAJAAN BIASA MELAKUKAN PEMBAZIRAN!!


Bila Mahathir mula menghentam kerajaan,bermakna ada sesuatulah yang dia tak puas hati tu..
mungkin juga kali ini ada kaitan dengan kegagalan kerajaan Najib mengurus ekonomi secara berkesan sehingga menyebabkan banyak barang keperluan harian rakyat yang terpaksa dinaikkan harga..

Saturday, 28 December 2013

HARGA BARANG NAIK : PELAKON DIANA DANIELLE PERLI ORANG UMNO!!


Dalam kemelut kenaikan beberapa harga barangan keperluan harian rakyat Malaysia,hanya penyokong UMNO sahaja yang menyokong kenaikan harga barang sambil mengesat peluh di dahi mereka..

Friday, 27 December 2013

TARIF LETRIK NAIK : KARTUN KOSMO SINDIR KERAJAAN!!


Nampaknya cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk memberikan sumbangan sebanyak 30,000 buah set televisyen kepada 30,000 keluarga mangsa banjir baru-baru ini mendapat komen sinis dari akhbar Kosmo melalui ruangan kartun di akhbar berkenaan..

Thursday, 26 December 2013

INI KISAH SEBENAR KERANG TERDAMPAR DI PANTAI!!



Selepas kita dikejutkan dengan fenomena beribu-ribu ikan tamban naik ke pantai di Lahad Datu..
kita sekali lagi digemparkan dengan berita kononnya ratusan ribu kerang pula naik ke Pantai Sabah..
maka gemparlah kita..
ramailah yang share kisah ini...

Sunday, 22 December 2013

BUKTI TERKINI LAGI SAHIH, PETROL DI SAUDI HANYA RM0.55SEN SELITER!!


Mungkin ramai penyokong UMNO yang masih tidak tahu bahawa mereka sebenarnya ditekan semahu-mahunya oleh kerajaan BN...

Kerajaan BN menaikkan harga beberapa barangan harian sewenang-wenangnya terutamanya harga petrol, sehingga menyebabkan  kos sara hidup rakyat menjadi tinggi dan mereka pula diberitahu oleh kerajaan BN bahawa kos sara hidup yang tinggi itu sudah tidak dapat dielakkan lagi..

Friday, 13 December 2013

TG NIK AZIZ JUGA SANJUNG TINGGI AYATOLLAH KHOMEINI.


Sebuah keratan akhbar lama "DUNIA ISLAM" yang bertajuk "saya sanjung tinggi Ayatollah Khomeini" mula tersebarkan dalam media baru..



Thursday, 12 December 2013

MAT SABU JAWAB KDN - "YA SAYA KAGUM KHOMEINI,TAPI BUKAN SYIAH"


KDN hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai 10 bukti yang menunjukkan Mat Sabu itu adalah syiah..

Tuesday, 10 December 2013

TERBAIK!! SAMBUTAN TAHUN BARU 2014 DI SELANGOR - GANDINGAN AZHAR IDRUS & SHIRO,USTAZ HASLIN BAHRIM & SEPAHTU


gambar-Ustaz-AzharSHAH ALAM 10 DIS: Ustaz Azhar Idrus – Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim – Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

BERITA CADANGAN KAK MAH JADI MENTERI DITARIK BALIK, SELEPAS SATU PANGGILAN DARI JPM!!


Hebat..
pantang kena cuit sikit...

Beberapa hari lalu, Tokoh kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin secara sinis mencadangkan supaya Rosmah,bini Najib dilantik menjadi menteri malah ke jawatan Perdana Menteri..

AHLI UMNO KECEWA BILA PEMIMPIN UMNO PILIH BULU DAN SOROK BANTUAN BANJIR!!


Kalau dah UMNO..
maka UMNO jualah ianya...

Seperti biasalah..
bila dalam kelompok geng jahat sendiri,pastilah ada orang yang lebih jahat dari yang lain...

SEORANG BAPA BUNUH DIRI MINUM RACUN SELEPAS DIDENDA RM31,701


gambar hiasan
Seorang lelaki 45 tahun membunuh diri dengan meminum racun serangga selepas beberapa pegawai kerajaan datang ke rumahnya dan merampas bekalan makanan jagung miliknya sebanyak 3.5 tan pada hari selasa minggu lepas..

Monday, 9 December 2013

ROSMAH SEKALI LAGI MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA!!


Setiap kali kak mah kita pergi ke negara Islam yang lain,kita sebagai rakyat Malaysia pasti akan berasa sangat malu apabila isteri kepada PM kita dengan bangganya menayangkan rambut yang tidak ikalnya itu yang sudah pasti tidak mengikut syariat Islam..

BANGLA MERUSUH DI SINGAPORE!!


Semalam (ahad 8 Dec 2013), satu kejadian merusuh telah berlaku di Singapore selepas berlakunya satu kemalangan pada jam 9:23pm..
dikatakan dalam kemalangan tersebut,sebuah bas telah terlanggar seorang pekerja asing dari Bangladesh di persimpangan Race Course Road dan

Sunday, 8 December 2013

SHABERY CHEEK TAKUT MANGSA BANJIR MINTA AIRCOND PULAK NANTI.


Apa punya kenyataan dari menteri ni pun tak tahulah..

Orang minta khemah tu adalah lebih kepada isu menjaga aurat terhadap perempuan yang tidur di pusat penempatan banjir tu,sekaligus akan menjadikan ianya sebagai pusat penempatan banjir yang lebih teratur berbanding yang ada kini..

Saturday, 7 December 2013

KHAIRY JAMALUDDIN GESA NAJIB TANGANI PEMBAZIRAN DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA!!!



Kalau lagi 2,3 tahun Khairy Jamaluddin ni  tiba-tiba ditahan atas "tuduhan " liwat nanti,maka kita akan fahamlah kenapa ianya berlaku...
UMNO tidak suka orang yang tunjuk pandai dan orang yang melawan bos..

Khairy,sekali lagi membuatkan Najib pening..

Friday, 6 December 2013

PERIHATIN : NAJIB LAWAT MANGSA BANJIR,SEHINGGA BASAH KASUT KULIT DIA


Siapa kata Najib tak perihatin..?
Najib perihatin dengan mangsa banjir apabila sanggup meredah banjir dengan menggunakan kapal terbang..

KEMAMAN DARI UDARA,BELUM TAHAP DARURAT?


Dah sampai tahap ini pun masih belum mahu isytiharkan darurat..?
ini adalah pemandangan Kemaman dari udara..
mungkin nak tunggu semua bumbung tenggelam kot..?

BANGLA MAKIN BERANI!! AJAK PEREMPUAN MELAYU "MAIN SATU KALI"


Di negara kita ni dah bersepah-sepah pendatang warga asing,samada yang ada permit atau pun PATI..
macam-macam bangsa ada,ada Vietnam,Indon,India,China,Nepal dan bermacam-macam lagi,dan yang paling popular adalah bangla..

Bangla popular sebab dikaitkan dengan PRU baru-baru ni..
dan bangla ini juga semakin kurang ajar..

PERWAKILAN UMNO: KERAJAAN JANGAN BAGI BR1M PADA PENYOKONG PR.


Datuk Mohd Shafie Abdullah
Pemimpin-pemimpin UMNO ni memang tak pernah nak jadi bijak ke ha..?
macam-macam idea yang ntah apa-apa di bawa masuk ke dalam Perhimpunan Agung UMNO..

Yang terbaru adalah dari calon BN Parlimen Wangsa Maju yang kalah PRU 13 hari tu,yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju iaitu
Datuk Mohd Shafie Abdullah,beliau telah mencadangkan agar dikaji pemberian BR1M supaya tidak diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat..


Thursday, 5 December 2013

JAMBATAN CHUKAI,KEMAMAN RUNTUH AKIBAT BANJIR.


Akibat banjir teruk yang berlarutan beberapa hari telah manjadikan arus deras di sungai utama di bandar Chukai,Kemamanyang telah menyebabkan jambatan utama di bandar tersebut telah runtuh semalam.

Wednesday, 4 December 2013

MT UMNO - USTAZ KAZIM YANG DIPECAT DARI PAS LEBIH BERHARGA DI MATA NAJIB BERBANDING MUKHRIZ ??






Bagaimana boleh bagi seorang Presiden UMNO melantik seorang yang telah dipecat dari PAS sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi tidak melantik seorang tokoh dalam UMNO yang juga merupakan anak kepada bekas Presiden UMNO, Mukhriz Mahathir..

PEMUDA TERLANGGAR KERETA RASMI NAJIB.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    

APA PENYOKONG UMNO NAK KATA TENTANG KENYATAAN KHAIRY INI?


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini membantah kenaikan harga tarif elektrik 14.89 peratus setiap kilowatt yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Tuesday, 3 December 2013

NAJIB AKUI PRU-14 AKAN LEBIH SENGIT DARI PRU-13



FMT

Memang PRU 14 nanti merupakan satu PRU yang penting,sangat2 penting..dalam keadaan kos kehidupan rakyat semakin hari semakin tinggi,dengan kenaikan harga gula,harga petrol selepas PRU dan juga perkhabaran baru iaitu harga petrol akan dinaikkan sekali lagi menjelang tahun hadapan,begitu juga tarif letrik yang sudah diumumkan akan naik pada january 2014 dan kenaikan harga gula,BN akan berada dalam keadaan yang amat lemah..

Sunday, 20 October 2013

RASUAH MEMANG BERLAKU DALAM PEMILIHAN UMNO!! - CALON UMNO SERDANG.


Nampaknya pemilihan UMNO tidak pernah lari dari isu rasuah atau pun apa yang mereka gelarkan sebagai politik wang..
ubahlah corak pemilihan bagaimana sekalipun,rasuah tetap akan berlaku..
itulah UMNO..
maka peribahasa tahun ini adalah "kemanakah tumpahnya rasuah jika tidak ke dalam UMNO."

Saturday, 28 September 2013

AKSI "SUPER SPONTAN" PERLI BINI MAT YO!! [VIDEO]


Dunia alam maya agak kecoh baru-baru ini apabila video insiden isteri Mat Yo bertekak dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dimuat naik ke youtube..

Insiden itu mengundang rasa marah orang ramai berikutan tindakan biadap isteri Mat Yo terhadap seorang tua yang selayaknya dipanggil "ayah" oleh beliau..

Monday, 16 September 2013

DULU NAJIB TAK SETUJU 16 SEPTEMBER SEBAGAI CUTI UMUM!!


Hari ini merupakan cuti umum bagi negara kita sempena hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963..

Pada tahun 2008,Anwar mencadangkan agar tarikh bersejarah ini diisytiharkan sebagai cuti umum memandangkan selama 45 tahun (ketika dicadangkan) Malaysia ditubuhkan tarikh bersejarah ini tidak langsung disambut sehingga menyebabkan kebanyakan rakyat tidak tahu mengenai tarikh bersejarah ini..

Namun cadangan itu ditolak mentah oleh pihak kerajaan terutamanya oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu,Najib Razak..

Najib secara tegasnya menyatakan bahawa Malaysia hanya memerlukan satu hari kemerdekaan demi perpaduan...

Najib juga menyatakan "untuk mengiktiraf hari lain sebagai Hari Kemerdekaan akan memberi pelbagai andaian, pertelagahan dan tidak sihat daripada segi perpaduan nasional.." begitulah tegas Najib pada ketika itu..

Tuesday, 23 July 2013

PESAKIT MENANGIS TERHARU KETIKA DIKUNJUNGI EXCO,DR. DAROYAH ALWI


Alhamdulillah..
walaupun baru pertama kali menjadi wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri,namun Dr. Daroyah ( Adun PKR - Sementa) menjalankan tugas dengan baik dan tidak melupakan rakyat bawahan termasuklah yang sedang terlantar sakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah...

Sesuai dengan jawatan beliau sebagai Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi kehadiran beliau menyantuni para pesakit dan memberikan mereka sedikit sumbangan setidak-tidaknya mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada para pesakit sehinggakan ada pesakit yang menangis terharu menerima kunjungan beliau..

GURU BESAR SK SERI PRISTINA ORANG KUAT NAJIB RUPANYA!!


Hari ini kecoh pasal isu pelajar di arahkan makan di tandas walaupun sebenarnya adalah bilik persalinan..
boleh baca sini PELAJAR MAKAN DIBILIK PERSALINAN

BEKAS PESERTA RATU CANTIK DIAJAK TUKAR AGAMA DEMI CAPAI CITA-CITA!!


Salah seorang peserta ratu cantik,Sara Amelia Benard mempertikaikan satu fatwa yang telah menyebabkan beliau digugurkan dari menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 oleh pihak penganjur..

PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN,BUKAN TANDAS!



Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan beberapa pelajar bukan Islam konon-kononnya makan di dalam tandas/bilik air sekolah sepanjang bulan ramadhan..

Maka ramailah yang marah-marah dengan bermacam kutukan terhadap guru besar sekolah Seri Pistana,Sungai Buloh..

Friday, 19 July 2013

LEPAS LETRIK,TAMBANG TEKSI PULAK AKAN DINAIKKAN!!


Selepas Pengerusi TNB,Tan Sri Leo Moggie mengumumkan tarif letrik mungkin akan dinaikkan tidak lama lagi..
kini kerajaan melalui SPAD sedang mengkaji tambang teksi pulak..
kedua-dua kadar yang akan dinaikkan ini,maka rakyat jugalah yang akan menjadi mangsanya...

MONYET PUN SANGGUP GADAIKAN NYAWA DEMI SELAMATKAN ANAKNYA!!


Walaupun kisah ini sudah agak lama iaitu pada tahun 2010,namun ianya masih merupakan satu kisah yang boleh mengajar kita erti kehidupan dan kasih sayang..

Kejadian ini berlaku di New Delhi,India pada tahun 2010 apabila anak monyet yang pada mulanya dilanggar oleh penunggang skuter sewaktu anak monyet tersebut mahu melintas jalan..

Thursday, 18 July 2013

LEO MOGGIE KATA TARIF LETRIK MUNGKIN DINAIKKAN - TAHNIAH SEMUA!!


Terbaiklah kerajaan BN...
sebelum PRU 13,kerajaan berhabis duit belanja itu ini demi menarik undi..
bagi macam-macam habuan wang ringgit kepada rakyat,seolah-olah BN lah satu-satunya kerajaan dalam dunia ini yang baik dan bertanggungjawab..

Bagi penyokong Pakatan Rakyat macam aku ni,memang sudah tahu tentu ada "harganya" yang perlu kita bayar selepas PRU 13 sekiranya BN yang menang...

KAJIAN LAJNAH STRATEGIK PRK KUALA BESUT - PAS KALAH 4,853??


Sejak dari awal kempen sehingga semalam,bermacam-macam yang aku dengar tentang keadaan jentera pilihanraya kecil kuala Besut,Terengganu..

Ramai yang mengeluh apabila jentera tempatan dikatakan seolah-olah tidak perlukan bantuan dari jentera luar apatah lagi jika ianya datang dari jentera PKR mahu pun DAP..

Itu keluhan sahabat-sahabat aku di Kuala Besut..
dan aku sememangnya berharap perkhabaran tu tidak benar, namun apabila aku terbaca keluhan blogger penyokong pas ni..
aku termenung panjang...

Friday, 5 July 2013

TIADA TINDAKAN - PONDOK ROBOH PORT MAKSIAT DI PARLIMEN NAJIB SEJAK 2010!!



Penduduk menggesa MDP mengambil tindakan segera memandangkan pondok roboh ini bukan sahaja berisiko mendatangkan kecederaan malah turut menjadi port maksiat golongan muda.
PEKAN – Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.
Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.

BEZA KECAMAN ANWAR DAN NAJIB KE ATAS RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA MESIR!!


Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa oleh tentera ke atas kerajaan Mesir pimpinan Mohamed Morsi..
maka berduyun-duyunlah kecaman dunia ke atas rampasan kuasa tersebut dan Malaysia juga tidak terkecuali mengeluarkan kecaman ke atas rampasan kuasa tersebut..

Namun kecaman dari Malaysia bukanlah datangnya dari kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi Najib Razak, tetapi kecaman tersebut dikeluarkan oleh Ketua pembangkang negara ini,iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim..

Wednesday, 26 June 2013

NAJIB BUAT AFIDAVIT LIWAT II GUNA "NAMA PALSU" , JINGGA 13 LAPOR POLIS!!


KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana membuat afidavit palsu kes Liwat II yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21  dan 23 September 2011.
Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporan berkata, Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Kenyataan bersumpah itu dilakukan Najib dan Rosmah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Abdul Karem Hassan.
Bagaimanapun menurut Fariz semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.
Sekaligus menjadikannya bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Liwat II.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/26/jingga-13-lapor-polis-nama-palsu-najib/#sthash.4uO6uAfH.dpuf
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana membuat afidavit palsu kes Liwat II yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21  dan 23 September 2011.
Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporan berkata, Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Kenyataan bersumpah itu dilakukan Najib dan Rosmah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Abdul Karem Hassan.
Bagaimanapun menurut Fariz semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.
Sekaligus menjadikannya bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Liwat II.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/26/jingga-13-lapor-polis-nama-palsu-najib/#sthash.4uO6uAfH.dpuf


Tengah hari tadi,NGO Jingga 13 membuat satu laporan polis berhubung tindakan Najib membuat affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang difailkan dalam Mahkamah, yang membicarakan kes liwat II yang kini berada dalam peringkat rayuan..

Di dalam afidavit tersebut,Najib menggunakan nama beliau sebagai Najib bin Tun Hj.Abdul Razak sedangkan ketika hari penamaan calon pada 20.4.2013 yang lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuh beliau sebagai Mohd.Najib....
dan pendaftaran nama beliau tersebut diterima oleh Pegawai Pengurus bagi kawasan Parlimen Pekan..

PILIHANRAYA KECIL - ADUN KUALA BESUT MENINGGAL DUNIA!!


Dr. A.Rahman Mokhtar

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Wednesday, 19 June 2013

HARGA PETROL - NEGARA MANA YANG LEBIH MURAH? INDONESIA ATAU MALAYSIA?


Kebiasaanya apabila rakyat bersungut akan kenaikan harga petrol, maka akhbar-akhbar pro BN/UMNO akan mula menyiarkan perbandingan harga petrol di antara negara-negara jiran..

Media perdana akan memainkan peranan mereka bagi menunjukkan betapa murahnya minyak di negara ini berbanding negara jiran..
seolah-olah mereka mahu kita sujud syukur sampai lebam dahi setiap kali BN menaikkan harga petrol..

Saturday, 15 June 2013

KENAPA ERRA FAZIRA TAK MAHU SEBUT NAMA USTAZ AZHAR IDRUS!!??


Entah kenapa dan mengapa Erra Fazira tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar Idrus ketika mewar-warkan iklan "uji bakat Pencetus Ummah" di dalam rancangan Primadona di Astro..

Erra Fazira seolah-olah tidak mahu penonton rancangan Primadona tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus juga kini dijadikan sebagai idola dalam pencarian bakat penceramah muda..

Tuesday, 4 June 2013

APABILA SIRUL AZHAR BERI "SIGNAL" PENTING!!


Semalam Sirul Azhar memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, beliau mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Semua tahu siapa Sirul Azhar ini..
beliau telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 selepas mahkamah mendapati beliau bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja pada 19 October 2006 antara jam 9.45 malam hingga 01.00 pagi,rakan beliau,Azilah turut dijatuhi hukuman yang sama atas kesalahan yang sama juga...

Friday, 31 May 2013

TURUN HARGA RON 97 - KOSMO SINDIR BN


Baru-baru ini kerajaan menurunkan harga minyak orang kaya,RON 97 sebanyak 20 sen..
menjadikan RON 97 berharga RM2.70sen seliter..
penurunan harga minyak orang kaya tersebut langsung tidak memberi apa-apa impak ke atas kehidupan rakyat jelata kerana rata-rata rakyat biasa tidak menggunakan RON 97..
rakyat biasa di Malaysia ini menggunakan RON 95 untuk kenderaan mereka dan sememangnya itulah realitinya di Malaysia ini..

Thursday, 30 May 2013

"SEKIRANYA TIADA SIAPA BERANI TEGUR PEMIMPIN,BIARLAH SAYA YANG MENYATAKANNYA" - KHALID SAMAD


Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.

Tuesday, 21 May 2013

ANGGOTA KABINET SARAWAK NAIK GAJI KERANA KOS SARA HIDUP??


Anggota kabinet Sarawak yang sudah kaya raya dengan memiliki harta yang tidak terfikir oleh rakyat Sarawak hari ini menjalankan tugas mereka setelah dipilih oleh rakyat dengan meluluskan kenaikan gaji mereka sendiri..

Kenaikan gaji ahli pentadbiran serta Adun Sarawak itu dilakukan setelah mengambil kira kenaikan kos sara hidup rakyat bawahan...
rakyat bawahan yang sedang hidup susah,tapi pemimpin Sarawak pula yang dapat kenaikan gaji..
memang terbaik...

LELAKI INI LAPOR POLIS, MENGAKU MENGUNDI DUA KALI!!


Setiap kali pilihanraya diadakan di Malaysia ini..
rakyat Malaysia di sajikan dengan penipuan keputusan pilihanraya..
jika dahulunya kita tak ada media sosial untuk kita kongsikan penipuan ini,namun kini keadaan sudah berbeza..

Kita ada bukti bergambar termasuklah rakaman video..
rakyat juga sudah bijak menilai dan juga bijak dalam menguji..

Sunday, 5 May 2013

HARI MENGUNDI - TUAN GURU NIK AZIZ PUN BERATUR, TIADA PROTOKOL


Walau pun sudah berusia..
walaupun beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan..
tetapi beliau tetap beratur sama seperti rakyat marhaen yang lain..
beliau tetap juga menunaikan amanah sebagai rakyat Malaysia tanpa sebarang protokol..
Itulah Tuan Guru Nik Aziz yang aku sanjungi...

Ini kalilah!!

VIDEO PESERTA FLASHMOB PR DIPUKUL PENYOKONG BN!!


Di ambang pilihanraya yang bakal diadakan esok..
satu tragedi yang tidak kita ingini telah berlaku akibat perbuatan samseng yang selama ini memang direstui oleh pemimpin BN..

Dalam satu kejadian di Pengkalan Pegoh dalam Dun Sungai Rapat,Perak penyokong BN telah menyerang secara beramai-ramai peserta flashmob Pakatan Rakyat..

Flashmob ini adalah satu cara demokrasi yang meminta orang ramai menunjukkan sokongan melalui membunyikan "hon" motor atau kereta sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat..

Penyokong BN tidak sepatutnya melakukan sebarang provokasi ataupun memukul peserta flashmob yang terlibat,kerana peserta flashmob tidak melakukan apa-apa tindakan yang mengundang provokasi pihak BN..
samada melalui kata-kata atau pun melalui tulisan plakad..

Namun..
apabila budaya samseng telah dibiarkan tanpa kawalan malah seolah-olah mereka direstui pula oleh pemimpin mereka untuk mengasari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat..

Lihat sahaja di dalam video di bawah ini bagaimana ketika penyokong-penyokong BN melakukan kekasaran dengan membaling objek ke arah penyokong PR,terdapat seorang anggota polis di situ...
namun seperti yang kita lihat di dalam video,langsung tiada sebarang arahan dari anggota polis tersebut bagi menghentikan tindakan penyokong BN itu..


Marilah sama-sama kita menolak BN dalam pilihanraya esok..
kita tolak budaya samseng yang semakin menular dalam Barisan Nasional..
kita perlu ubah dan turunkan BN sekiranya kita mahu mendidik kembali akhlak generasi muda kita yang semakin jauh tersasar dan semakin liar...

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.



Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

Saturday, 4 May 2013

NAJIB SEMAKIN TIDAK KERUAN - BN PEKAN SEBAR RISALAH PALSU!!


Pilihanraya akan diadakan esok..
kalau mengikut kajian dan semua perkembangan yang ada di mutakhir ini..
Pakatan Rakyat akan berjaya menubuhkan kerajaan...

Dan oleh kerana itulah di hari-hari terakhir sebelum menjelang pilihanraya ini kita nampak BN semakin tidak keruan..
mereka mula memainkan cara kotor dengan mengedarkan risalah-risalah palsu termasuklah terdapatnya edaran Harakah palsu..

Thursday, 2 May 2013

AKTIVITI PAKATAN RAKYAT DI PUTRAJAYA - PENDUDUK PUTRAJAYA DIBERI AMARAN KERAS


Memandangkan setiap kali ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Putrajaya berjaya menarik jumlah hadirin yang begitu ramai sehingga mencecah puluhan ribu maka Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya mula mengeluarkan notis amaran kepada penduduk yang mendiami kuarters kerajaan di Putrajaya..

Tuesday, 30 April 2013

KAJI SELIDIK MPN MENYEBELAHI NAJIB!!


Ramai pemimpin BN yang sakit hati bila tengok hasil kajian UMCEDEL baru-baru ini..
kaji selidik UMCEDEL yang menunjukkan bahawa peratusan yang menganggap Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri adalah besar berbanding dengan Najib..



Keputusan kajian UMCEDEL itu juga ditolak bulat-bulat oleh Najib yang mengatakan hasil kajian itu sebagai karut..
malah beliau mengatakan bahawa beliau ada kajian beliau sendiri dan melalui hasil tinjauan yang dilakukan oleh pihak beliau,BN masih lagi menjadi pilihan rakyat..

Monday, 29 April 2013

BEGINILAH PEMIMPIN YANG KITA MAHU!!


Macam inilah pemimpin yang kita mahu...
menerangkan matlamat perjuangan untuk membela rakyat teramai kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit atau warna baju...

Dr. Siti Mariah Mahmud penyandang Parlimen Kotaraja yang kini bertanding mempertahankan parlimen Kotaraja menerangkan sesuatu berkenaan perjuangan Pakatan Rakyat kepada seorang remaja yang memakai baju BN..

PENCACAI BN PROVOK MAJLIS PAS JATUH MOTOR,DIBANTU UNIT AMAL!!



Memang biasa jika kita lihat di mana-mana majlis anjuran Pakatan Rakyat, pencacai BN yang masih di bawah umur dan tidak boleh mengundi kerap  mengganggu majlis sambil membuat bunyi bising samada melalui ekzos motor,bunyikan hon ataupun menjerit terpekik terlolong dengan kata-kata lucah..

Sunday, 28 April 2013

SELAIN HINA KELANTAN,NORMAN KRU JUGA ANGGAP DUNIA HIBURAN HANCUR JIKA PAS BERKUASA!!!


Norman KRU adalah salah seorang artis yang menyokong UMNO dan BN..
Norman KRU menyokong UMNO,sebuah parti yang tidak kisahkan tentang agama Islam dan lebih mementingkan bangsa dari agama..

Maka tidak hairanlah jika Norman Kru ini tidak suka kepada usaha menjadikan industri hiburan negara ini sebagai satu industri yang tidak sesat dan tidak terjebak dengan gejala maksiat..
dalam Islam,berhibur adalah dibolehkan tetapi ada batas-batasnya tersendiri..

Saturday, 27 April 2013

CERAMAH PR DI SEKSYEN 27 YANG MERESAHKAN UMNO!!!


Malam ini bertempat di Seksyen 28,Shah Alam di sebuah padang yang diberi gelaran "Padang Mat Sabu"
satu ceramah Pakatan Rakyat diadakan..

Ceramah yang menampilkan YB Shuhaimi Shafiei,YB Dr. Siti Mariah Mahmud,YB Ng Suee Lim,Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli berjaya menarik rakyat Seksyen 27 dan 28 untuk sama-sama hadir mendengar info terkini dari pemimpin PR..

GAMBAR CERAMAH PR DI PUTRAJAYA YANG MENJADI MIMPI NGERI NAJIB!!



Malam ini menjadi salah satu malam yang akan meresahkan tidur malam Tengku Adnan,calon BN di Putarajaya dan juga merupakan mimpi ngeri bagi Najib dan Kak Mah..
 
Ini kerana ceramah Pakatan Rakyat di Putrajaya dihadiri puluhan ribu umat manusia yang dahagakan perubahan kerajaan Malaysia dan juga mahukan wakil rakyat mereka bertukar..

Thursday, 25 April 2013

CERAMAH PR DI KOTARAJA KURANG SAMBUTAN!!


Malam tadi bertempat di Taman Sri Muda telah diadakan satu ceramah Pakatan Rakyat dari pentas treler AMK (Demi Rakyat)..
ceramah yang menampilkan ucapan calon-calon dari Parlimen Kotaraja (Dr Siti Mariah), Dun Sri Muda (Shuhaimi Shafiei) Dan juga Dun Andalas (Dr Xavier Jayakumar)

Tan Sri Muhammad Taib yang sepatutnya turut hadir dalam ceramah ini,tidak dapat mengahadirkan diri memandangkan beliau juga terlibat dalam beberapa siri ceramah lain pada malam tadi..

Walaupun hadirin mengikuti ucapan demi ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat dalam keadaan hujan gerimis..
namun mereka tidak berganjak sehinggalah ke pukul 12:00am

Monday, 22 April 2013

DEMI UNDI,NAJIB MINTA RAKYAT TENGOK DIA SEDANG MENDIRIKAN SOLAT!!


Orang yang selalu mendirikan solat,tak kira samada solat fardhu atau sunat, tidak akan menganggap solatnya itu sebagai satu perkara yang baru dan pelik kepada dirinya sehingga ianya perlu ditunjuk-tunjuk atau mahu ianya dipuji manusia lain..

MAAFKAN ZUL KULIM YANG PANGGIL INDIA "KELING" - PINTA NAJIB RAZAK



Demi kemenangan BN dalam pilihanraya di kerusi Parlimen Shah Alam di mana BN diwakili oleh calon buangan PR Zulkifli Nordin,Najib memohon masyarakat india supaya melupakan penghinaan yang telah di buat oleh Zul Kulim terhadap masyarakat India yang dilakukan beliau pada 6 March 2013...

Friday, 19 April 2013

DAP GUNA LOGO PAS & PKR ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA!!!


DAP akan menggunakan logo PAS dalam PRU13 di seluruh semenanjung Malaysia manakala DAP akan menggunakan logo PKR di Sabah dan Sarawak..
ini berikutan DAP sehingga kini tidak dapat lagi surat penarikan balik penggantungan jawatankuasa eksekutif  DAP daripada ROS (Pendaftar Pertubuhan)..

Bagi aku,ini merupakan satu perkembangan yang baik juga bagi Pakatan Rakyat..
sebab dalam kertas undi di semenanjung nanti akan hanya ada logo BN vs PAS & PKR sahaja...

Monday, 15 April 2013

PENYOKONG BN DUN N32 BUAT DEMO BANTAH ADIK TENGKU ADNAN SEBAGAI CALON!!!


Nampaknya Najib meletakkan BN dalam keadaan berisiko tinggi untuk kalah apabila beliau memilih untuk menampilkan muka baru sebanyak 82% di  Dun dan Parlimen pada PRU 13 ini..

bermakna ramailah orang lama parti tidak tersenarai kali ini...

Muka-muka baru yang menjadi calon BN kali ini merupakan satu "penciptaan legasi" Najib dan Rosmah dalam landskap politik UMNO dan BN di negara ini..

Sunday, 14 April 2013

GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!! PENDUDUK KAMPUNG POH MASIH MINUM AIR BUKIT SEJAK MERDEKA!!




Sebelum ini aku ada menyiarkan satu artikel berkaitan keadaan air di sebuah kampung di negeri Perak yang tidak pernah dapat bekalan air bersih dari Lembaga Air Perak sejak merdeka dan sehingga kini masih lagi menggunakan air bukit yang berkeladak dan tidak dijamin kebersihannya..

Kampung berkenaan adalah, kampung Poh di Bidor,Perak.




Saturday, 13 April 2013

KUBU NAJIB DIGEGAR!! KEBANGKITAN ANAK MUDA TOLAK UMNO/BN DI PEKAN


Mari kita sama-sama turun dan gegarkan Pekan..

Nampaknya percaturan Pakatan Rakyat meletakkan calon yang mahir dalam gerak gempur politik iaitu seorang MPP Parti Keadilan Rakyat yang juga Pengerusi NGO Jingga 13 di kerusi P85,Pekan yang merupakan kubu Najib, membuahkan hasil..

Ini dapat dilihat apabila ahli-ahli UMNO kini sedang giat mencabut dan membuang bendera parti PKR yang dipasang di kawasan Parlimen tersebut..

Tuesday, 9 April 2013

DATO' OMAR,PEGAWAI KHAS MAHATHIR MENGAKU TERLIBAT KOSPIRASI FITNAH LIWAT PERTAMA ANWAR!!!



Baru-baru ini terdapat berbagai usaha untuk menjatuhkan Anwar melalui pembinaan persepsi negatif terhadap akhlak Anwar..

Cubaan membina persepsi "Akhlak Anwar Buruk" adalah bagi mengelirukan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terhadap imej Anwar Ibrahim...

Perancangan jahat ini dilakukan secara berterusan sejak dari tahun 1997 dan 1998 sehinggalah sekarang..
dari fitnah liwat pertama,kedua dan kini sudah ada perancangan untuk yang ketiga..

Monday, 8 April 2013

DEDAH UMNO SALAHGUNA 3 KENDERAAN JABATAN PENERANGAN,PENGANJUR UMNO MAHU PUKUL WARTAWAN!!


Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

DAH NAK PILIHANRAYA, TAPI MASALAH AIR MASIH GAGAL DISELESAIKAN??!!



Nampaknya negeri yang kononnya bijak dalam mengurus isu air rupa-rupanya hanya bijak berkata-kata dan bijak membohongi rakyat..
BN hanya nampak beberapa isu di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat namun masalah di negeri mereka sendiri mereka gagal selesaikan..

Sebelum ini Najib juga pernah mengkritik negeri Kelantan dalam isu air..
dalam mengulas mengenai isu air Kelantan,Najib mengeluarkan kenyataan angkuh ; "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN".

BANNER PROVOKASI KAUM DAN AGAMA DITURUNKAN!!!


Petang semalam aku ada buat post pasal banner provokasi yang dipasang oleh pihak UMNO & BN di Seksyen 25,Shah Alam,sila baca [BANNER PROVOKASI KAUM DAN AGAMA]
dan aku juga ada beritahu pembersihan banner-banner akan dilakukan pada malam harinya..

Sunday, 7 April 2013

2 REMAJA MELAYU PASANG BANNER PROVOKASI AGAMA DAN KAUM DALAM DUN SRI MUDA DIKESAN!!!


Bahang pilihanraya semakin panas..
dan sepertimana kebiasaan pada setiap kali PRU,perang bendera yang memaparkan lambang parti masing-masing memang menjadi satu kemestian...

Namun pada kali ini permainan kotor dari pihak UMNO & Barisan Nasional semakin teruk..
mereka membuat provokasi perkauman dan agama melalui banner-banner yang dipasang dengan bertujuan memberikan persepsi yang negatif terhadap Pakatan Rakyat..

Saturday, 6 April 2013

PERHIMPUNAN PERKASA DI PADANG SEKOLAH - HADIRIN DIANGKUT DENGAN BAS!!!


Hari ini bertempat di padang Sekolah Menengah di Seksyen 2,Shah Alam Perkasa telah mengadakan perhimpunan yang menampilkan Tun M sebagai tetamu utama mereka..
mengikut jangkaan awal Ibrahim Ali sebelum ini perhimpunan itu akan dihadiri seramai 20,000 orang penduduk Shah Alam..


Thursday, 4 April 2013

MASJID TAMAN SRI MUDA - BERJAYA DIBINA SETELAH RAKYAT TOLAK BN!!



Masjid di Taman Sri Muda,Seksyen 25 Shah alam kini sudah hampir siap pembinaannya..
tidak lama lagi penduduk yang beragama Islam di Seksyen 25,Shah Alam ini akan dapat menunaikan solat berjemaah di masjid baru tersebut..

Pembinaan masjid ini berjaya dilakukan setelah rakyat Selangor membuat perubahan kerajaan negeri dari BN kepada Pakatan Rakyat..
ternyata pemilihan mereka untuk berubah membawa kebaikan kepada mereka..

Tuesday, 2 April 2013

MAHATHIR DAKWA MAHASISWA TAMAK - MAHASISWA JAWAB MAHATHIR!!!


Baru-baru ini Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa di negara ini sebagai tamak dan terlalu selesa sehingga tidak lagi mahu berterima kasih dengan kerajaan BN..

Kelihatan Mahathir masih menggunakan tektik lapuk UMNO dengan mudah melabel mahasiswa sebagai tidak tahu berterima kasih,tamak dan tidak bersyukur apabila beliau mendapati kebanyakan dari mahasiswa masakini tidak lagi menyokong kerajaan BN yang korup dan gagal menjalankan amanah rakyat..

Sunday, 31 March 2013

TERKINI!! GAMBAR FORUM "LAHAD DATU : RAKYAT BERHAK TAHU" DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM!!



Pada malam ini,bertempat di stadium Melawati,Shah Alam..
berlangsungnya satu forum yang membincangkan tentang insiden pencerobohan Lahad Datu..

ADAKAH YUKTES JUGA MENGESYAKI NAJIB KENA LIWAT DENGAN ANWAR??


Selepas kes fitnah liwat pertama dan kedua tidak berjaya untuk menghantar Anwar ke penjara selepas mahkamah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah di dalam pertuduhan tersebut..
nampaknya Anwar Ibrahim mungkin bakal berdepan dengan satu lagi fitnah liwat..

POLITIK LAHAD DATU : KETIKA PENDUDUK BERSEDIH,MEREKA DIPAKAIKAN BAJU "1M4U"?


Sejak insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku..
pihak kerajaan BN/UMNO seringkali menggunakan malapetaka insiden pencerobohan tersebut bagi kepentingan politik mereka..

Di mana-mana acara dan majlis BN akan mengambil peluang mempergunakan insiden tersebut bagi mengajak rakyat berada di dalam barisan penyokong BN di dalam menghadapi penceroboh tentera Kesultanan Sulu..

Thursday, 28 March 2013

JUMLAH KEHADIRAN DI CERAMAH EZAM MENGGAMBARKAN KEKUATAN BN KOTARAJA!!


Parlimen Kota Raja adalah merupakan kerusi parlimen yang mungkin meletakkan Ezam Mohd Noor sebagai calon UMNO/BN di situ..
jadi tidak hairanlah saban hari saban minggu Ezam kerap mengadakan siri ceramahnya di dalam Parlimen Kotaraja..

Beberapa hari lepas Ezam mengadakan ceramah di Flat Proton..
baca [SINI] untuk tahu keadaan ceramah di situ..

Wednesday, 27 March 2013

SAMSENG BN LARI LINTANG PUKANG KENA KEJAR!!


Kah..kah..kah..
tak ada apa yang dapat aku nak katakan apabila melihat video ni..
memang kelakar bila tengok samseng-samseng upahan UMNO/BN kelam kabut lari apabila penyokong PKR Sabah tidak lagi beri muka kepada mereka apabila mereka cuba mengganggu majlis dan menyerang bas jelajah PKR di Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah..

NAJIB PERLU UNDUR JIKA PRESTASI BURUK - DR.M


Nampak gayanya PM sebalik tabir (Mahathir) sudah mula mengaturkan masa depan Najib dalam arena politik tanahair selepas PRU 13 nanti..

Menurut Mahathir,Najib perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi yang baik bagi BN dalam pilihanraya ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi..

VIDEO FRU BERCOTA DAN BERPERISAI SERBU CERAMAH PAS TERSEBAR!!!



Selepas treler Negara Berkebajikan milik PAS dihalang dari memasuki ke lokasi ceramah di tapak pasar malam Kamunting,Perak..

Tuesday, 26 March 2013

DATA DARI IMIGRESEN SAHKAN TARIKH LAHIR PAPAGOMO ADALAH SAMA DALAM IC POLIS DAN AWAM!!



KEADILAN sebelum ini telah mendedahkan bagaimana seorang individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai 2 pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis. 

CEROBOH LAHAD DATU - RAKYAT SABAH SALAHKAN KERAJAAN BN KERANA BERI IC PADA WARGA FILIPINA!!


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah “Projek IC” dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu. 

Bagi komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), kategori etnik terbesar di “negeri deposit tetap” BN, pemberontak bersenjata Sulu mudah masuk ke Sabah kerana kebanjiran warga asing telah berlaku berdekad lalu di bawah inisiatif pada tahun 1980an.

Monday, 25 March 2013

HIMPUNAN PENYATUAN RAKYAT,LIHAT BAGAIMANA PENDEMO "DIHADIRKAN"!!


Hari ini Utusan melaporkan bahawa hampir 10,000 orang telah berdemo semalam bagi mambantah kerajaan Pulau Pinang yang didakwa mereka gagal menjalankan tanggungjawab mantadbir negeri berkenaan..

Itulah Utusan..
bila BN yang buat demo,kalau yang datang tu cuma seribu ke 2 ribu orang sahaja pun,dengan mudah saja Utusan mendarabkan dengan 10..

Friday, 22 March 2013

KERAJAAN BERI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA BUKAN WARGANEGARA??


Ni apa cerita ni..?
macam mana pulak bantuan awal persekolahan RM100 nak di beri pada yang bukan warganegara..?

Duit bantuan awal persekolahan ni mendapat sumber kewangan dari hasil negara dan percukaian rakyat Malaysia..

PAPAGOMO NI RUPANYA SALAH SEORANG DARI RIBUAN PENGUNDI HANTU!!


Papagomo yang selama ini terkenal dengan kaki fitnah kini telah dikenalpasti juga sebagai pengundi hantu.. 

Papagomo ini memang seorang yang boleh kita anggap tidak mengira halal haram hukum hakam agama dalam mencapai matlamat dunianya...

sepertimana suatu ketika dulu,kita pernah melihat bagaimana beliau sanggup meninggalkan solat jumaat semata-mata untuk melawat lembu Kak Jat dalam misinya untuk mempertahankan Kak Jat yang ketika itu bertungkus lumus untuk menyelamatkan dirinya dalam skandal lembu fidlot [KERANA LEMBU KAK JAT PAPAGOMO TAK SOLAT JUMAAT]

Thursday, 21 March 2013

VIDEO DIDEDAH - DUA PEGUAM DIRUJUK JAWATANKUASA SIASATAN!


Video pembongkaran salah laku dan penyelewengan keluarga Taib Mahmud yang didedahkan oleh Global Witness baru-baru ini telah menyebabkan dua peguam dirujuk kepada Jawatankuasa Siasatan oleh Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS)..

ANWAR SAMAN PAPAGOMO!!


papa gomoKUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.

Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.

CERAMAH UMNO DI FLAT PROTON BERJAYA MENARIK "HAMPIR" SERATUS HADIRIN!!


Malam tadi bertempat di flat Proton Seksyen 27 Shah Alam telah diadakan satu siri ceramah bagi mempolitikkan isu insiden pencerobohan di Lahad Datu,Sabah..

Tengok tajuk pun sudah tahu betapa BN dan UMNO mempolitikkan insiden Lahad Datu..

Tuesday, 19 March 2013

SHARIZAT PERTAHAN KELUARGANYA BELI KONDOMINIUM MEWAH SINGAPURA


Ketua Wanita UMNO,Sharizat Abdul Jalil mempertahankan pembelian kondominium mewah di Singapura yang menggunakan nama peribadi ahli keluarganya dari dana pinjaman mudah kerajaan untuk projek ternakan lembu fidlot yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta..

Sharizat berkata nama ahli keluarganya digunakan bagi pembelian kondominium mewah itu adalah kerana syarikat suaminya, National Feedlot Corporation tidak dapat membuat pinjaman di Singapura..
maka terpaksalah menggunakan nama ahli keluarganya sendiri untuk membeli kondominium mewah tersebut..

Saturday, 16 March 2013

NAJIB PUN TAKKAN BERANI TANYA SOALAN INI!!




Mazidul Akmal Sidik tersilap langkah apabila membuat satu status dengan pertanyaan "Siapa Sokong Anwar Ibrahim? di laman facebook beliau..

Mungkin Mazidul mengharapkan facebokers yang lain akan komen "saya memang tak sokong Anwar" atau pun "saya sokong Najib"...

PENEROKA DIBERI AMARAN KERAS KERANA MENJALANKAN AKTIVITI PARTI PAS!!


Nampaknya BN semakin ketakutan..
setiap usaha penyampaian maklumat dan kebenaran yang mahu dilakukan oleh pemimpin PR akan cuba dihalang dengan apa cara sekalipun..
ditambah pula jika ianya berlaku di dalam tanah rancangan Felda..
yang UMNO selalu beri gambaran seolah-olah tanah Felda,hasil tanaman termasuklah semua peneroka itu adalah milik BN dan UMNO...

Friday, 15 March 2013

UTUSAN MELAPORKAN BALA MENGAKU LETIH JADI ALAT POLITIK!!



Memang sangat kelakar..
Media UMNO yang memegang rekod sebagai akhbar yang paling banyak kena saman dan paling banyak pula kalah dalam saman akibat suka melaporkan berita yang tidak benar dan fitnah,kali ini melaporkan bahawa Bala sempat membuat pengakuan di hadapan wartawan Utusan bahawa Bala rasa letih berasa 'sangat letih' menjadi alat politik pihak tertentu...

BALA DI SAHKAN MENINGGAL DUNIA.



Individu penting yang mendedahkan penglibatan Najib dalam kes wanita Monggolia yang mati dibunuh 7 tahun lalu,PI Bala disahkan sudah meninggal dunia sebentar tadi..

Thursday, 14 March 2013

JENAZAH DILAMBATKAN KEBUMI HANYA KERANA NAJIB!!


Jenazah wira negara yang terkorban dalam pertempuran dengan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu pada pagi 12 March 2013 baru-baru ini di biarkan begitu lama sebelum dikebumikan hanya semata-mata kerana Najib mahu lihat keranda dua wira negara itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang..

BANTUAN TADIKA - 1,888 IBU BAPA SAMAN SELANGOR,SINI JAWAPANNYA.


Hari ini akhbar Utusan melaporkan seramai1,888 ibu bapa memfailkan saman kepada kerajaan negeri Selangor..
saman itu dibuat konon-kononnya kerajaan negeri gagal memberikan bantuan prasekolah anak-anak kepada seramai 1,888 ibu bapa yang telah dipergunakan UMNO itu..

ARTIKEL UTUSAN MENGESAHKAN NAJIB ADA JANJI SESUATU KEPADA SULTAN SULU!!!


Dua hari lepas aku ada menyiarkan satu artikel mengenai Kumpulan Utusan sudah mula berani memainkan peranan mendedahkan sedikit demi sedikit kisah di sebalik Lahad Datu...

Sila baca [NAJIB MULA TERPERANGKAP,UTUSAN MULA MAIN PERANAN DALAM PENAMATAN KARIER NAJIB!!]

Ketika itu pendedahan tersebut dilakukan di dalam akhbar Kosmo,sebuah akhbar milik Kumpulan Utusan..

Wednesday, 13 March 2013

ALHAMDULILLAH - KELUARGA ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU PENYOKONG PAS RUPANYA.


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita sedih akan kematian seorang anggota tentera ketika berjuang menentang pihak pengganas Sulu..

Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail,terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada hari isnin baru ini...

Tuesday, 12 March 2013

PENYOKONG SETIA UMNO BERDEMO TUNTUT LAYANAN ADIL DARI KERAJAAN NEGERI BN!!



Najib seringkali melaung-laungkan kerajaan BN prihatin dengan masalah kehidupan rakyat..
Najib juga, sebaik sahaja menjadi PM..
beliau sepantas kilat mencari slogan bagi menggantikan slogan "Islam Hadhari" yang dahulunya menjadi slogan keramat Pak Lah..
lalu Najib mencipta slogan "Pencapaian di Utamakan Rakyat Didahulukan" bagi menunjukan konon-kononnya kerajaan mendahulukan rakyat..

Tapi yang nyatanya..
semua itu hanyalah sekadar slogan kosong semata-mata..

NAJIB TIPU RAKYAT!! UMUM KENAIKAN GAJI DIDALAM KEADAAN TIADA MANDAT!!


Bagaimana Najib dengan tidak segan silu boleh mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sedangkan mandat yang diberikan kepada kerajaan BN sudahpun berakhir Jumaat lepas..
 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam, memandangkan mandat pentadbiran BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

Monday, 11 March 2013

NAJIB MULA TERPERANGKAP,UTUSAN MULA MAIN PERANAN DALAM PENAMATAN KARIER NAJIB!!


Nampaknya permainan Najib dalam insiden Lahad Datu ini memakan dirinya sendiri..

Dalam pada UMNO dan BN mahu menggunakan insiden Lahad Datu untuk meraih kembali sokongan rakyat Sabah di atas kesempatan semangat patriotik... 

Nampaknya ada beberapa pihak dalam UMNO dan BN yang mengambil kesempatan mendedahkan kepincangan pentadbiran Najib dalam isu pencerobohan ini..

BAPA SAIFUL BUKHARI SERTAI PKR!!


SaifulPETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.

Sunday, 10 March 2013

POLIS HANYA BERMINAT SIASAT TUJUAN PENDEDAHAN BAPA SAIFUL!!!


Susulan pendedahan oleh Bapa Saiful Bukhari,iaitu Azlan Mohd Lazim mengenai anaknya yang telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu termasuklah pegawai khas kepada Najib Razak,maka seperti kebiasaannya PDRM akan memulakan siasatan...

Dan seperti juga amalan kebiasaan bagi pihak Polis,siasatan mereka tidak menjurus kepada fakta dan info pendedahan...
tetapi bapa Saiful akan dipanggil dan disiasat oleh pihak Polis hanya untuk mengetahui "kenapa Azlan membuat pendedahan demikian"..

Friday, 8 March 2013

SELEPAS BAPA SAIFUL DEDAHKAN ANAKNYA DIPERGUNAKAN PEGAWAI NAJIB,KINI SAIFUL PULA DAKWA BAPANYA DIPERGUNA ANWAR!!



Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan oleh pengakuan bapa kepada Saiful Bukhari yang mendakwa anak beliau telah dipergunakan oleh pihak tertentu termasuklah antaranya pegawai khas kepada Najib razak untuk memfitnah Anwar..

Sila baca sini [BAPA SAIFUL BUKHARI DEDAHKAN ANAKNYA DIPERGUNAKAN PEGAWAI NAJIB]

Pengakuan bapa Saiful itu menjawab persoalan rakyat Malaysia selama ini kenapa dan mengapa Saiful berada di kediaman Najib di Putrajaya sebelum membuat laporan polis memfitnah Anwar Ibrahim..

BAPA SAIFUL BUKHARI DEDAHKAN ANAKNYA DIPERGUNAKAN OLEH PEGAWAI NAJIB!!!


Alhamdulillah...
itulah yang boleh kita ucapkan selepas apa yang didedahkan oleh bapa Saiful Bukhari yang mendakwa anak beliau,si Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memfitnah Anwar Ibrahim..
pihak-pihak tersebut termasuklah salah seorang darinya adalah pegawai khas kepada Najib..

Thursday, 7 March 2013

BUKAN SANDIWARA!! KEJAP 49 MATI,KEJAP 16 DAN LAST-LAST HANYA 10 MATI TERMASUK ORANG AWAM!!


Tuan-tuan dan puan-puan..
ini bukan satu sandiwara..
bukan cerekarama..
tapi ianya tetap melawakkan...

Mari kita lihat perbezaan angka korban di Lahad Datu...

Wednesday, 6 March 2013

BUKAN SANDIWARA TETAPI KENAPA TANGAN PENGGANAS INI TIDAK DIGARI??


Kerajaan seringkali memberi amaran supaya pengamal media baru tidak mengatakan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara pihak kerajaan BN...

Kerajaan marah jika kita kata sedemikian...

Tuesday, 5 March 2013

BALU SULTAN SULU KATA INSIDEN LAHAD DATU HANYALAH DRAMA!!


Insiden di Lahad Datu dikatakan sebagai sebuah "drama"..
mungkin sahaja "drama" yang pada mulanya sudah dirancang rapi itu menjadi tidak terkawal lalu mengakibatkan pertumpahan darah dan mengorbankan nyawa kedua-dua belah pihak..

Friday, 1 March 2013

PEKERJA LADANG PLANTATION FELDA BERGAJI RM400 TERPAKSA IKAT PERUT!!


Tak sangka aku..
masih ada juga rakyat Malaysia yang terpaksa ikat perut dalam meniti kehidupan mereka sehari-hari..

Kalau ikut kata Najib,duit BR1M sebanyak RM500 tu akan cukup untuk makan setahun..
Najib cakap seolah-olah menggunakan hidung,sesuka kembang sesuka kuncup..
seolah-olah hidup ni hanya nak beli bawang jer selama setahun...

Thursday, 28 February 2013

MARI LIHAT SENARAI TERKINI 50 TERKAYA DI MALAYSIA.



Nampaknya Robert Kuok masih kekal sebagai orang terkaya di negara kita dengan kekayaan bernilai AS$12.5 bilion...

Menurut senarai terkini orang terkaya Forbes..
di tangga kedua selepas Robert Kuok ialah Ananda Krishnan yang mempunyai kekayaan bernilai AS$11.7 bilion berbanding AS$9.9 bilion pada tahun lepas..
   
Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul AS$1.5 bilion dalam proses ini.

VIDEO BALA YANG MEMBAWA BALA KEPADA NAJIB!!


Kepulangan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam ke Malaysia boleh dikira sebagai "bala" kepada Najib..

Pendedahan-demi pendedahan yang dilakukan oleh Bala sebelum ini tidak pernah disambut dengan berani oleh Najib Razak samada dengan membuat laporan polis mahupun menyaman beliau..

TV3 MAINKAN ISU WARGA EMAS SELANGOR,SINI JAWAPANNYA!!



Sejak kebelakangan ini TV3,RTM dan Utusan semakin menggila memainkan isu khairat kematian warga emas di negeri Selangor..

Mereka mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menunaikan janji untuk memberikan wang khairat kematian sebanyak RM2,500 kepada warga emas...

UMNO dan BN sebenarnya mengetahui bahawa Kerajaan negeri Selangor sebenarnya telah pun melaksanakan program Skim Mesra Usia Emas ini dengan jayanya...

Tuesday, 26 February 2013

POPULARITI NAJIB MEROSOT LAGI!!


Najib ditimpa malang bertimpa-timpa menjelang Pilihanraya UMUM ke 13 yang tidak berapa minggu saja lagi..

Setelah dua kali dimalukan di Pulau Pinang apabila pertanyaan beliau "are you ready for BN" di jawab "No" oleh para hadirin sebanyak 3 kali dan dalam majlis yang sama juga Psy turut memalukan Najib apabila enggan bersama Najib untuk menggaul  Yee Sang,membuatkan Najib ternanti-nanti dalam keadaan terpinga-pinga di atas pentas..

PENYELEWENGAN BN LAGI - SYARIKAT BALAK TERENGGANU DIPAKSA BELI SAHAM SYARIKAT TIDAK AKTIF!!



PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa sebuah syarikat yang memperolehi kawasan pembalakan di Terengganu dikehendaki memeterai perjanjian pembelian saham (Share Sale Agreement) sebuah syarikat tidak aktif iaitu Berkat Seribumi Sdn Bhd.

Saham syarikat yang dipercayai bernilai RM2 itu dibeli dengan harga tinggi yang tidak sepadan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai aktiviti perniagaan.

SEHINGGA HARI INI KE MANA SIASATAN POLIS TERHADAP DAKWAAN BALA??


Bala bersumpah dengan kitab Hindu Bhagavad Gita sejurus tiba di KLIA


Kepulangan Penyiasat Persendirian P.Balasubaramaniam semalam 24 Februari 2013 setelah sekian lama berada di luar negara sangat dialu-alukan dan merupakan saat terbaik sebelum rakyat berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang masih belum diumumkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive