Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 28 June 2012

GERAN SELANGORKU - SELANGOR MENJAWAB DAN MINTA MD ZAIN PULA MENJAWAB HASIL PERUNTUKAN RM2.71 BILION


Apabila Kerajaan Negeri Selangor membentangkan peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta untuk pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang dan menurap jalan..
UMNO mula berasa bimbang...

Ini kerana UMNO sentiasa cuba menghadkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi menggagalkan pembangunan yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri..

Jadi bila Kerajaan Negeri boleh menyediakan peruntukan RM300 juta melalui hasil negeri tanpa melibatkan Kerajaan

Wednesday, 27 June 2012

LRT AMPANG - PKR DEDAHKAN DOKUMEN CAMPURTANGAN NAJIB DALAM KONTRAK RM1 BILION


CAMPUR TANGAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK BERTENTANGAN DENGAN KEPUTUSAN AWAL JAWATANKUASA PEROLEHAN MENTERI KEWANGAN 

Walaupun KEADILAN telah memaklumkan bahawa pendedahan bersiri mengenai anugerah kontrak bernilai RM1 bilion projek sambungan LRT Ampang akan membuktikan campur tangan terus Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga kini beliau masih belum bersuara.

Saya percaya beliau memahami betapa besarnya kesan pendedahan ini kepada kredibiliti pentadbiran beliau. 

Desas-desus campur tangan beliau yang bertentangan dengan penilaian bidaan (bid evaluation) dan tindakan beliau menolak semua keputusan yang telah dibuat di peringkat jawatankuasa bertanggungjawab menjadi bahan bualan di kalangan mereka yang terbabit di dalam projek ini.

Ia menguatkan lagi pandangan komuniti perniagaan di dalam dan luar negara bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau memainkan peranan mempengaruhi pelbagai keputusan tender dan berkait rapat dengan pihak yang berkepentingan.

Dalam kes kontrak kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas melahirkan hasrat beliau untuk

Tuesday, 26 June 2012

PM ANJUR DEBAT DI SEKOLAH,TAPI KATA DEBAT BUKAN BUDAYA - ANWAR


Najib anjurkan debat di sekolah- sekolah...
tapi dia sendiri tak mahu berdebat malah mengatakan bahawa debat tu bukan satu budaya...
Kalau bukan budaya kenapa anjurkan debat-debat di sekolah..?
 
Penganjuran debat di sekolah adalah untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan,kebijaksanaan di dalam diri generasi muda dalam mengupas isu...
 
Tapi kalau dah besar nanti mereka diajar pula bahawa debat itu bukanlah satu budaya tak ker pening kepala budak-budak tu..?
 
Betul lah pertanyaan Anwar tu...
Habis yang diajar di sekolah itu apa? 

Monday, 25 June 2012

NAJIB PENING KEPALA - PEMIMPIN BN BEREBUT JAWATAN MENTERI BESAR


Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak berapa lama lagi pemimpin BN masing-masing mahu berebut mahu jadi calon..
tidak kurang juga yang mahukan jawatan Menteri Besar...
ini membuatkan Najib pening kata satu sumber BN..

Begitulah buruknya sikap pemimpin BN...
hampir semuanya berebut-rebut mahu mendapatkan jawatan dan mahu hidup kaya raya dengan kuasa yang ada.. 
Walaupun belum pasti lagi samada BN akan membentuk

Saturday, 23 June 2012

NAJIB PERTAHAN PRU MUSIM HAJI


Malaysiakini

Bila Najib rasa seakan-akan tidak bersalah apabila mempertahankan kemungkinan PRU diadakan pada musin haji,aku tidak berasa pelik...
apa nak pelik..?

Kalau larangan Allah bagi lelaki memakai perhiasan wanita (rantai leher) pun Najib dengan selamba jer langgar Ayat Al Quran dan Hadith,apa nak dihairan kan sekiranya Najib benar-benar mahu buat PRU 13 pada musim haji..?

Friday, 22 June 2012

CAMPURTANGAN UMNO BAGI MEMASTIKAN KUMPULAN ASPIRASI MENANG DALAM PILIHANRAYA KAMPUS


UMNO dan BN sememangnya kelihatan sangat terdesak bagi mendapatkan satu "petanda" bahawa mereka masih lagi kuat dan mendapat sokongan rakyat...

Itu sebabnya sebelum ini UMNO berusaha menghebah-hebahkan kepada rakyat bahawa perhimpunan ulangtahun ke 66 mereka mendapat sambutan hebat...

Padahalnya,walaupun semuanya ahli UMNO,makan minum,penginapan dan pengangkutan semua

Monday, 18 June 2012

PULUHAN RIBU HADIRI CERAMAH BN DI SRI MUDA - PR SRI MUDA PERLU KERJA LEBIH KUAT [GAMBAR & VIDEO]


Malam tadi bertempat di Taman Sri Muda (Seksyen 25 Shah Alam) berlangsungnya siri ceramah BN..

Penceramahnya adalah terdiri dari N.Gobalakrishnan (MP Padang Serai - yang juga ahli kelab katak melompat Bebas) dan juga Hamidzun Khairuddin (TIBAI)..

Jumlah hadirin...?
memang tak ada ampun...

Sunday, 17 June 2012

NABI KATA LAIN TMJ KATA LAIN - PILIH NABI ATAU KERABAT? -


Dalam Sinar harian hari ini dapat kita lihat satu kenyataan TMJ dengan tajuk TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'..

Beliau mengeluarkan kenyataan berikutan kebelakangan ini dilihat orang melayu seolah-olah tidak memihak kepada Raja...

Itu pandangan dia...
pandangan aku pulak..
sebenarnya orang melayu kini lebih memilih agama sekiranya berlaku pertembungan yang melibatkan sesuatu yang dilarang oleh agama...

Contohnya begini :-
  • Islam kata beli sesuatu yang tiada membawa manafaat

DEFISIT MENINGKAT PASCA PERBEKALAN TAMBAHAN 2012


15 Jun 2012

Defisit Meningkat Pasca Perbekalan Tambahan 2012


Loceng penggera peningkatan defisit fiskal negara sekali lagi dibunyikan berikutan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di Dewan Rakyat semalam. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membentang RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk memohon dana tambahan mencecah sejumlah RM15,295,345,000, di mana RM13,795,345,000 merupakan perbelanjaan bekalan manakala RM1,500,000,000 adalah bagi perbelanjaan tanggungan. 

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, perbekalan tambahan ini membebankan Negara dari segi kewangan dengan peningkatan hutang Negara yang setakat ini telahpun mencapai RM470,760 juta dan turut menyeret defisit fiskal secara keseluruhan ke suatu tahap yang memerlukan pengawasan yang ketara.

Dalam penulisan KPRU bersama YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang sebelum itu berjudul “Anwar vs

Saturday, 16 June 2012

SCORPENE - ORANG KANAN RAZAK BAGINDA SAKSI PERTAMA YANG AKAN KE MAHKAMAH PERANCIS


Sepina pertama di dalam perbicaraan skandal Scorpene dikeluarkan kepada Encik Jasbir Singh Chahl...
Jalbir adalah merupakan orang kanan Razak Baginda dan bekas pengarah Syarikat Perimekar SDN BHD...

Syarikat Perimekar adalah "orang tengah" di dalam urusniaga kapal selam yang melibatkan komisyen sebanyak RM500

Friday, 15 June 2012

KENYATAAN MEDIA - SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PENYELEWENGAN BAUCER JOM SHOPPING


KENYATAAN MEDIA
15 JUN 2012

SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PENYELEWENGAN BAUCER JOM SHOPPING

KEADILAN telah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan Vouchers Program JOM Shopping – salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor - yang melibatkan dua orang anggota Parti dari Cabang Kapar iaitu Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad.

KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik Parti bil. 59/2012 pada hari Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan

TOL NAIK SELEPAS 2015 DAN SETIAP 3 TAHUN SEHINGGA 2038 - KERAJAAN GAGAL MEMBELA RAKYAT!



Kerajaan bermain kata-kata dengan rakyat..?
kata tiada kenaikan tol sehingga 2015...?
tapi kerajaan ada tak berhasrat nak beritahu rakyat yang kenaikan tol akan dilakukan selepas tahun2015 dan selepas tu setiap 3 tahun akan naik harga sehingga lah tahun 2038..?
 
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS DPPM) merasa kesal kerana kerajaan tidak berusaha mengurangkan beban pengguna lebuhraya di negara ini dengan mengurangkan kadar tol, apatah lagi untuk menghapuskan tol di negara ini. 

LPAS DPPM mendapati, dalam

Thursday, 14 June 2012

TIADA DI ZAMAN BN - PENIAGA KECIL SAMBUT BAIK MiMBAR SELANGOR












Program MiMBAR ini adalah satu program yang hanya wujud di Selangor ketika di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat..
Maknanya...
ketika Selangor di bawah BN dulu benda ini tak ada...
rakyat berpendapatan rendah tak merasa semua ni..

BN tak pernah terfikir bagaimana mahu membantu rakyat yang berpendapatan rendah ni...
yang BN tahu hanyalah bagaimana mahu mendapatkan hasil daripada rakyat... 

Peniaga Kecil Sambut Baik MiMBAR Kerajaan Negeri

KLANG 14 JUN : Orang ramai khususnya peniaga kecil di negeri ini menyambut baik Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri pada Mac lalu.

Peniaga kecil yang ditemui di Majlis Taklimat MiMBAR di

DANIYAR BAKAL MENANTU PM TIDAK JAHAT MANA PUN! BELUM CAPAI TAHAP PIAWAIAN PUN!


Sumber rapat isteri Perdana Menteri menyatakan bahawa kes penipuan yang dilakukan oleh bakal menantu PM kita tu sebagai "sengaja diperbesar-besarkan"...

Sumber tu menyatakan akhbar The New York Post sengaja besar-besarkan  isu tersebut..

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

DASAR UMNO - BELUM BUBAR PARLIMEN,UMNO N9 DAH NAMAKAN MB YANG BARU


Belum pun dibubarkan parlimen bagi membolehkan satu pilihanraya diadakan...
tapi UMNO Negeri Sembilan dah mula kecoh dah...
masing-masing mahu perjuangkan "orang" sendiri...

Hari tu dengan terang dan jelas lagi bekas Adun UMNO menyatakan bahawa UMNO Negeri Sembilan menolak Menteri Besar yang ada sekarang ni iaitu Mohamad Hassan..

Baca sini.... [UMNO N9 UGUT TIDAK UNDI BN JIKA MOHAMAD HASAN BERTANDING]

Dalam keadaan Negeri Sembilan berada dalam jangkaan

Wednesday, 13 June 2012

POLITIK MALAYSIA PALING KOTOR DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB - CUCU MAHATMA GHANDI


PANDAN 13 Jun: Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini.

Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.

“Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) ‘follow’ politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat

Tuesday, 12 June 2012

UMNO N9 UGUT TIDAK UNDI BN JIKA MOHAMAD HASAN BERTANDING PADA PRU13 - BEKAS ADUN UMNO


Memang selama ini kita dah duga dah...
penangguhan PRU13 disebabkan beberapa faktor...
selain dari faktor BN semakin ditolak oleh rakyat Malaysia..
BN juga menghadapi masalah dalaman mereka terutamanya dari parti berkeris iaitu UMNO...

Krisis dalaman dalam UMNO memang parah...
masing-masing mahu pemimpin mereka yang jadi calon...
masing-masing mahu pemimpin mereka yang jabi MB...
kiranya perpecahan dikalangan mereka ni dah tak dapat dibendung lagi dah...

Macam kat perak...
orang Muhyiddin Yassin dah mula mengambil tempat masing-masing di semua peringkat samada di cawangan

KELUARGA 69 - BAKAL MENANTU NAJIB DIDAKWA TIPU AS20 JUTA DAN PALSUKAN DOKUMEN PENGAJIAN.


Sesuai...
bakal bapak mentua pun suka tipu sana tipu sini..
bakal menantu pun dah dari awal memang kaki penipu...
mak mentua pulak kaki shopping...
ini baru dinamakan keluarga 69....

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat

Monday, 11 June 2012

APA LAH ORANG MISKIN NIH - AKU PUN SOKONG BELI "PLET" WWW 1 TU,.


Semalam..
Satu perhimpunan anjuran UMNO Johor dengan jumlah yang tidak sampai 30 ribu tetapi tetap juga dikatakan 30 ribu (Bersih yang dihadiri beratus-ratus ribu orang.. tapi utusan hanya laporkan 25 ribu sahaja) telah berhimpun di Istana Pasir pelangi bagi menyatakan sokongan Sultan Johor yang sebelum ini berjaya membida nombor pendaftaran kereta WWW1...

Himpunan itu sebagai simbolik sebagai membalas  bantahan rakyat teramai sebelum ini yang terdiri dari kalangan orang biasa,orang miskin dan Nizar Jamaluddin yang "terkedu" dan terkejut dengan nilai bidaan "nombor plet" yang bernilai RM520 ribu bagi hanya:
  • 3 huruf dan juga 
  • 1 nombor...
    " WWW 1 "


Apalah orang miskin,rakyat biasa dan Nizar ni....

Sunday, 10 June 2012

HAK MILIK TANAH,MOHON DARI TAHUN 1975 - HANYA KINI SELESAI DI BAWAH PAKATAN RAKYAT


Hanya yang tahu dan yang mahu membuka pintu hati mereka sahaja yang tahu bagaimana kerajaan pakatan Rakyat bersungguh-sungguh melakukan kebajikan dan perihatin kepada nasib rakyat bawahan...

Yang ditolong oleh Kerajaan pakatan Rakyat bukanlah rakyat dari kalangan "kroni" seperti yang UMNO lakukan...
tetapi rakyat bawahan...

KUALA LUMPUR, 10 JUN: 
Dangmega Abd Latip, 45, terharu dan gembira apabila usaha hampir 40 tahun kedua ibu bapa mendapatkan hak milik tanah tercapai apabila menerima notis 5A hari ini.

Dengan nada sebak...
beliau mengimbau kembali pahit jerih kedua orang tuanya yang tidak pernah berputus asa menuntut hak mereka meskipun ketika itu beliau baru berusia 8 tahun.

“Kalau nak kira permohonan memang lama...
Dari Pejabat Tanah Dataran Merdeka, kemudian arwah mak

ANAK RAJA AJAK RAKYAT BERUBAH DALAM MAJLIS "HIMPUNAN SELAMAT TINGGAL UMNO"


Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah mengajak rakyat Terengganu supaya berubah agar hak rakyat dapat dikembalikan kepada yang berhak dan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat..

Bercakap di majlis Himpunan Selamat Tinggal UMNO anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai,Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah menggesa rakyat Terengganu meletakkan perjuangkan di landasan yang betul agar keadilan dan hak rakyat dapat dikembalikan...

Thursday, 7 June 2012

MUHYIDDIN SETUJU "PERMAINAN SENYAP" PTPTN TERHADAP UNISEL


Timbalan Perdana Menteri kita,si Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia bersetuju dengan "permainan emosi senyap" PTPTN yang kini meletakkan masa hadapan para pelajar UNISEL dalam keadaan tidak menentu hanya kerana dendam dan berniat jahat terhadap Kerajaan Negeri Selangor..

PTPTN dipercayai membekukan semua permohonan pinjaman pelajar bagi menyambung pelajaran di UNISEL hanya kerana Pemimpin Pakatan Rakyat bercadang  memberikan pendidikan percuma sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi Pilihanraya Umum 13 dan mentadbir negara..

Apa yang mereka tidak faham adalah perancangan sedemikian (pendidikan percuma) adalah sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan pusat...

EDISI BENGANG!! - PENEROKA TIDAK PUAS HATI SAHAM KURANG BERBANDING KAKITANGAN FELDA.


Sebelum ini dah jenuh dah pemimpin Pakatan Rakyat menasihatkan peneroka agar bersatu hati menolak penyeneraian FGVH...

Namun seperti biasa..
kebanyakan peneroka Felda masih lagi menjadikan Utusan sebagai bacaan wajib mereka manakala TV3 sebagai panduan hidup mereka..
maka adalah sangat mudah untuk mereka dikelirukan oleh kerajaan BN dan mengambil kesempatan diatas kelemahan peneroka-peneroka tersebut...

Kini..
telah mula timbul ketidakpuasan hati peneroka Felda yang yang sebelum ini bersetuju dengan skim penyeneraian

Wednesday, 6 June 2012

AGEN BN - PTPTN DENDAM DENGAN PAKATAN RAKYAT,PELAJAR BARU UNISEL JADI MANGSA


Memang telah dapat kita sah kan bahawa PTPTN menjadi alat kepada UMNO/BN...
berita PTPTN menggantungkan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL.Selangor memang mengejutkan rakyat Malaysia...

KIta memang sedar cara politik BN selama ini..
tetapi kita tidak tahu yang mereka sanggup bertindak sebodoh ini..
kerana dendam,pelajar muda yang jadi mangsa...

Pakatan Rakyat sememangnya mahukan pelajar di negara kita ini terutamanya yang miskin supaya belajar secara percuma di IPTA..
tetapi itu hanya berlaku jika Pakatan Rakyat mentadbir di peringkat pusat..
kerana segala kemudahan perlaksanaan terletak du peringkat

Tuesday, 5 June 2012

BATAL ALAM FLORA JIMATKAN RM100 JUTA,WANG DIGUNAKAN UNTUK BERI DISKAUN 25% CUKAI PINTU KOS RENDAH


Pada hujung tahun lepas...
Kerajaan Selangor telah membatalkan perkhidmatan syarikat pelupusan sampah Alam Flora..
semua tahu dibelakang Alam Flora ini ada orang kuat UMNO Selangor...

Jadi bila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya maka melompatlah orang-orang UMNO Selangor..
tu yang sampai kroni-kroni mereka yang merupakan kontraktor lama yang setia dibawah Alam Flora tu boikot angkat sampah di Selangor tu...

Selepas bulan March 2012..
masalah sampah di selangor tiada lagi sebab semua kontraktor baru sudah dilantik..
adalah sesekali masalah timbul akibat daripada unsur sabotaj...

Sabotaj macam mana..?
contohnya... 
pukul 10 malam tadi tempat tu tak ada sampah...
tiba-tiba selepas subuhesok,sampah berlonggok seakan-akan satu lori sampah besar telah menurunkan sampah ditempat tersebut...

Perkara ni ramai yang tahu dan ramai juga yang mengalaminya,termasuklah aku sendiri...

Berbalik kepada  isu Alam Flora tadi..
wang yang dapat dijimatkan apabila pengurusan sampah ini diberikan tanggungjawabnya kepada PBT yang melantik secara terus syarikat-syarikat pelupusan sampah (tidak lagi melalui alam flora) adalah berjumlah RM100 juta dalam tempoh Ogos 2011 sehingga kini... 
tidak sampai setahun pun...

Menurut Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim, 
“Daripada kajian UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri), kita dapat mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan sampah.

“Jadi, saya akan bentangkan satu kertas yang mana penjimatan yang kita buat hampir RM100 juta dari perbelanjaan sebelumnya di antara RM350 juta hingga RM400 juta.

“Kesan penstrukturan semula dapat kita lihat hasilnya, kos semakin berkurangan dari sebulan ke sebulan,” ujar beliau.

Hasil wang penjimatan dapat diberi kepada rakyat melalui diskaun cukai pintu 25%

Dengan penjimatan yang sebegitu banyak..
wang tersebut akan disalurkan semula kepada rakyat Selangor yang memiliki dan menetap sendiri di rumah kos rendah melalui potongan cukai pintu sebanyak 25%...

Maka dapatlah kita lihat kitaran pengurusan kebajikan di sini...
  • batal khidmat Alam Flora => jimat wang rakyat  => beri semula kepada rakyat.
Bagi aku...
untuk dapat kebajikan yang sebegini , kita perlu sabar ketika melalui waktu-waktu sukar..

Memang aku akui,dalam tempoh 2 ke 3 bulan apabila ada kontraktor lama yang setia dengan Alam Flora memboikot angkat sampah di kawasan mereka, ramai yang mengeluh dan bising...

Tapi kita kena faham...
kita cuba mengubah sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik...
dan dalam jangkamasa tertentu,sudah tentulah masalah akan wujud lebih-lebih lagi apabila ada sikap boikot memboikot berlaku...

Apa pun tahniah buat kerajaan negeri Selangor...
kerana setiap sesuatu yang dilakukan selalunya menjurus kepada kepentingan kebajikan rakyat jelata...

Kini..
masalah sampah selesai..
wang pun dapat dijimatkan...

Sunday, 3 June 2012

GAMBAR - PAS SUDAH SIAP SEDIA GANTI UMNO


Gambar yang dikirim seorang rakan ni diambil di Kampung Bukit Lanchong,Shah Alam,Selangor...

Gambar boleh memberikan seribu makna dan seribu cerita..
mungkin inilah yang dikatakan PAS bersedia ganti UMNO...

Dan mungkin juga ini satu signal bahawa penduduk setempat bersedia sekali lagi untuk menolak UMNO dalam PRU 13

EDISI BANGANG - UMNO FITNAH A.SAMAD SAID AGEN ZIONIS DAN SEBAR KEPADA BELIA.


Memanglah dah jadi resam budaya UMNO...
sesiapa yang menentang UMNO...
akan dianggap sebagai agen Zionis...

Selepas Anwar...
kini giliran sasterawan Negara yang dihormati oleh rakyat negara ini sebagai pencinta keamanan dan budaya sastera iaitu Pak A. Samad Said pulak yang difitnah sebagai agen zionis...

Asal sahaja tak sokong UMNO, orang tu agen zionis...
come on lah....
tak ker bangang nama nya tu..?

Fitnah terbaru yang dihalakan kepada A.Samad Said ini siap

Saturday, 2 June 2012

KEPUTUSAN SHARIZAT TIDAK TERLIBAT - JINGGA 13 ANGGAP SATU KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA.


SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT SKANDAL NFC : KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA DAN YAKIN RAKYAT TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN

Keputusan Panel Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mendapati Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga beliau dan mengenai pinjaman RM250 juta bukan mengejutkan dan sudah dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya satu yang luar biasa.

Tindakan SPRM telah membuktikan sikap sebenar yang menjadi badan yang akan mem'bersih'kan segala kekotoran oleh pimpinan UMNO/BN daripada sebarang skandal rasuah dan penyelewengan lebih-lebih lagi pilihanraya umum yang semakin hampir walaupun 'terang lagi bersuluh'. 

JINGGA 13 YAKIN dan PERCAYA bahawa rakyat Malaysia seluruhnya yang membenci kebejatan rasuah dan penyelewengan wang rakyat tidak akan mudah diperbodohkan dengan keputusan yang dibuat oleh Panel Operasi SPRM yang ternyata bertujuan menyelamatkan Ketua Wanita UMNO tersebut. 

Jingga 13 terjah pejabat NFC
Sedangkan  seluruh rakyat amat berkeyakinan berdasarkan siri pendedahan Skandal NFC adalah amat tidak relevan tanpa penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil , Mantan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dalam projek nepotisme tersebut .

Rakyat akan mampu menilai dan membuat persepsi terhadap penyelesaian yang diambil oleh pihak SPRM dalam usaha menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil. 

Malah tindakan melengah-lengah keputusan siasatan oleh panel siasatan Skandal NFC sehingga kini tidak ada sebarang tindakan keputusan dan pendakwaan di buat walaupun pelbagai laporan SPRM telah dibuat oleh JINGGA 13 dan Parti Keadilan Rakyat terhadap penglibatan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam penyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta , termasuk laporan SPRM di buat oleh JINGGA 13 melibat Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas.

Ahli Panel Penasihat SPRM pun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan dan keputusan mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC yang merupakan suami Datuk Seri Shahrizat Jalil menggunakan Datuk Shamsulbahrin merasuah polis .

TINDAKAN SPRM "DOUBLE STANDARD"
 
Tetapi tindakan berbeza dan segera yang diambil oleh SPRM untuk membuka  kertas siasatan semula terhadap YB Azmin Ali yang telah ditutup kes 17 tahun lalu.. 

Sedangkan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM ialah menyiasat terhadap kegagalan dan pelanggaran etika kerahsiaan dan integriti serta kredibiliti pegawai SPRM diragui sehingga  fail sulit SPRM diserah dan dibocorkan kepada orang yang tidak sepatutnya dimiliki dan ianya ADALAH SANGAT SERIUS.

Apa yang berlaku sedang diperhatikan oleh rakyat. JINGGA 13 yakin bahawa RAKYAT ADALAH HAKIM NEGARA dan tidak mudah terpengaruh dengan tindakan dan keputusan yang semata-mata untuk mem'bersih' najis yang tetap kotor dan menjijikkan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13 


lianglahad : memang lah nama sharizat tak ada dalam dokumen perjanjian semua tu...

Kalau ada memang bodoh tahap cipan ler sharizat tu... sebab mana ada pemimpin yang guna proksi atau kepentingan tersembunyi memaparkan nama mereka sendiri dalam sebarang dokumen....
itu semua orang tahu...

Tapi logik ker sebuah syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam bidang penternakan mendapat projek sebesar itu?

Dan isteri kepada bos NFC tu pula adalah seorang menteri dan juga seorang ketua wanita UMNO,tak ada kaitan ker dari segi pengaruh..?

MELAKA NEGERI MAJU - TAPI TIKET PARKING KERETA MASIH PERLU DIGORES.


Hujung bulan may yang lalu,aku telah ke Melaka..
saja jalan-jalan ke Bandar Bersejarah ni...
saja jalan-jalan melihat kesan penjajahan walaupun ada profesor "kangkung" yang berani katakan bumi tanah melayu ini tidak pernah dijajah..

Aku juga ingin lihat apakah gelaran negeri maju yang diberikan kepada Melaka 2010 dulu benar-benar sepadan dengan apa yang ada di Melaka...

Dengan gambaran Melaka Maju 2010 yang ada di dalam kepala ni, maka aku turut bayangkan sistem parking di Melaka ini maju jugak...

Dengan panduan yang diberi....
dapatlah aku membeli tiket parking di Bandar Melaka ni..

Friday, 1 June 2012

MAKSIAT DAN PEMBAZIRAN - KEMENTERIAN BAYAR ARTIS K-POP RM 2 JUTA.


Artis K-POP dibayar sebanyak RM2 juta dari wang rakyat untuk hiburan belia-belia kita lepas tu pulak membuat persembahan dengan pakaian yang seksi memanglah tidak patut...

Tidak patut dilakukan oleh kerajaan yang selalu menggambarkan mereka kononnya berjuang mertabatkan bangsa melayu,agama dan raja-raja melayu...

Dari segi agama pula,ianya adalah haram...
berdosa kita bantu membantu di dalam perkara maksiat...

Wang RM2 juta tu bukannya wang UMNO...
juga sah-sah artis tu dibayar menggunakan wang rakyat yang telah mengamanahkan pemerintah untuk melakukan yang

KELUARKAN DOKUMEN YANG SUDAH SELESAI 17 TAHUN LALU - JINGGA 13 DESAK DALANG DISIASAT!


Akhir-akhir ini YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terus menjadi sasaran kepada beberapa pihak yang bertujuan untuk menjatuhkan kreadebiliti beliau bukan sahaja dengan cara yang jijik termasuk yang terbaru dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit oleh blogger Raja Petra Kamaruddin , blogger Malaysia Today.

JINGGA 13 menyelar tindakan politik desperado murahan yang dilakukan dan menganggap pelbagai isu peribadi yang disasarkan kepada YB Azmin Ali adalah bertujuan melemah dan men'sibuk'kan YB Azmin Ali dengan isu-isu yang jijik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive